Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARAAN

MAJLIS PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG


SK. PARIT BAKAR DARAT, MUAR
KALI KE-32

TARIKH : 15 MAC 2013

HARI : JUMAAT

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT: DEWAN HAJAH FADZILAH, SKPBD MUAR

DIRASMIKAN OLEH : YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI ZULKHAIRI BIN


AHMAD
PEGAWAI EKSEKUTIF GSSB SYNERGY SDN. BHD.

1
MASA ISYARAT MOHD SUFIAN
3.15 Ketibaan Tokoh Perasmian Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia
Dato’ Haji Zulkhairi bin
Ahmad Dato’ Haji Zulkhairi bin Ahmad
PEGAWAI EKSEKUTIF GSSB SYNERGY SDN. BHD.

Diiringi oleh
Yang Berusaha Encik Juanda bin Shariff
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar
dan
Yang Berusaha Encik Kamal bin Mohd Ghazali
Naib Yang DiPertua PIBG Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar.

Hadirin dipersilakan berdiri.

MASA ISYARAT KAMILAH


Setelah tetamu kehormat Mawar merah dari benua,
duduk di dalam dewan. Harum mewangi di dalam taman,
Sungguh bertuah kami semua,
Bertemu tuan orang budiman.

MASA ISYARAT MOHD SUFIAN


Ucapan Pengacara Majlis Yang Berbahagia, Dato’ Haji Zulkhairi bin Ahmad, Pegawai Eksekutif GSSB SYNERGY SDN. BHD.
Yang Berusaha Encik Juanda bin Shariff, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar.
Yang Berusaha Encik Kamal bin Mohd Ghazali, Naib Yang DiPertua PIBG SK. Parit Bakar Darat, Muar
dan barisan Ahli-Ahli Jawatankuasanya.
Yang Dihormati Ustaz Kamal bin Haji Mohd Said, Guru Besar Sekolah Agama Parit Bakar Darat, Muar
Para Ibu Bapa, Penjaga, Guru-Guru dan murid-murid serta hadirin hadirat yang dihormati.

2
Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh dan salam sejahtera.

MASA ISYARAT KAMILAH


Penghargaan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi atas limpah kurniaNya maka apa yang
direncana terlaksana jua pada hari yang mulia ini.

Hadirin yang saya hormati,


Penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kita ucapkan buat Yang Berbahagia
Dato’ Haji Zulkhairi bin Ahmad atas kesudian beliau bersama-sama kita pada Majlis Perasmian
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat, Muar kali ke-32

MASA ISYARAT MOHD SUFIAN


Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita menadah tangan memohon
kepada Ilahi agar majlis ini berjalan dengan jayanya dan semoga segala yang dirancang dan
dilaksanakan mendapat keredhaan Allah S.W.T.
Dengan ini dipersilakan Yang Dihormati Ustaz Kamal bin Haji Mohd Said tampil ke atas pentas untuk
memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

MASA ISYARAT KAMILAH


Setelah selesai bacaan doa. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada yang dihormati Ustaz Kamal bin Haji Mohd Said atas
kesudian beliau memimpin bacaan doa itu tadi.

Ucapan NYDP PIBG Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Sebagai meneruskan acara, majlis dengan sukacitanya menjemput
Yang Berusaha Encik Kamal bin Mohd Ghazali Naib Yang DiPertua PIBG SK. Parit Bakar Darat, Muar
menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dipersilakan.

3
MASA ISYARAT MOHD SUFIAN
Selepas ucapan NYDP PIBG Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Kamal bin Mohd
Ghazali atas ucapan yang telah disampaikan.

Ucapan Guru Besar Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Juanda bin Shariff
Guru Besar SK. Parit Bakar Darat, Muar, tampil ke atas pentas untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.

MASA ISYARAT KAMILAH


Selesai ucapan Guru Besar Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Juanda bin Shariff atas ucapan
beliau sebentar tadi.

Ucapan Perasmian Hadirin dan hadirat yang dihormati,


Sekarang tibalah saat yang kita nantikan, iaitu ucapan Perasmian.
Untuk itu, majlis dengan penuh ta’zim menjemput dan mempersilakan
Yang Berbahagia Dato’ Haji Zulkhairi bin Ahmad
Pegawai Eksekutif GSSB SYNERGY SDN. BHD.
menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK. Parit Bakar Darat, Muar kali ke-32. Dipersilakan dengan hormatnya.

MASA ISYARAT MOHD SUFIAN


Selepas ucapan perasmian Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada
Yang Berbahagia Dato’ Haji Zulkhairi bin Ahmad, kerana telah sudi menyampaikan ucapan dan
merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SK. Parit Bakar Darat, Muar kali ke-32. Semoga majlis ini akan
terus dilimpahi rahmat sehingga ke akhirnya.

4
MASA ISYARAT KAMILAH
Penyampaian Hadiah dan Hadirin Hadirat yang dimuliakan,
Cenderahati Sebentar lagi kita akan menyaksikan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata serta cabutan
bertuah. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Yang Berusaha Encik Kamal bin Mohd Ghazali Naib Yang DiPertua PIBG SK Parit Bakar Darat, Muar
menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Haji Zulkhairi bin Ahmad naik ke atas pentas.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

MASA ISYARAT MOHD SUFIAN

5
MASA ISYARAT KAMILAH

MASA ISYARAT MOHD SUFIAN

MASA ISYARAT KAMILAH

6
MASA ISYARAT MOHD SUFIAN

MASA ISYARAT KAMILAH

MASA ISYARAT MOHD SUFIAN

7
8

Anda mungkin juga menyukai