Anda di halaman 1dari 7

PROGRAM IHYA RAMADHAN

2013M / 1434H

1. PENGENALAN

Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya bagi
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan-Nya. Justeru itu,
program ini dirancang dan dilaksanakan dengan tujuan untuk mendapatkan keredhaan
Allah dan memohon agar ibadah yang dilakukan mendapat ganjaran pahala dari Allah,
serta dapat memberikan kesedaran dan pengajaran dalam penghayatan Ramadhan . Oleh
itu pelbagai aktiviti agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini
khususnya, sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah murid
dan warga sekolah.
2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah agar
penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi dan kredibiliti
warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah tercapai.
3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi pekerti,
berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan al Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat dalam
bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta seimbang
dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di
kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk
mereka yang kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga sekolah
dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa murid.

4. SASARAN

4.1. Murid - murid


4.2. Guru dan staf sokongan
4.3. Ibu Bapa Murid

5. TEMPAT
SK.
6. CADANGAN PROGRAM IHYA RAMADHAN
6.1.

Aktiviti Utama
a. Program Di Ambang Ramadhan
b. Tadarus Quran Murid dan guru-guru serta staf sokongan ( Sepanjang Bulan
Ramadhan)
c. Majlis Khatam Al-Quran
d. Iftar Jamaie dan Solat Tarawih
e. Memperdengarkan Al-Quran/Zikir/Nasyid (Setiap pagi dan waktu rehat).
f. Tazkirah Ramadhan (5 Minit setiap pagi)
g. Kutipan Derma / Galakan Bersedekah (Tabung Ihya Ramadhan)
h. Pameran (Sempena bulan kemerdekaan dan Ramadhan)
i. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, azan, tulisan jawi ,
mewarna dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan dan Aidil Fitri
j. Majlis Perasmian Penutupan Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al
Quran 1434 H
k. Majlis Perutusan Aidil Fitri

7. KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA RAMADHAN

1. PROGRAM DI AMBANG RAMADHAN


Tarikh : 15 JULAI 2013
Tempat

: DATARAN SK BUKIT TONGKAT

Tempoh Masa : 30 minit


Sasaran

: Seluruh warga sekolah

Objektif :
1.

Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang


penuh berkat dan menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk
beramal ibadat sepanjang Ramadhan.
2.
Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan
bulan Ramadhan dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam
muttaqin.
3.
Menghebahkan program yang dirancang sepanjang
Ramadhan untuk makluman semua warga sekolah.
Kaedah Pelaksanaan :
a.
Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi
Sekolah
b.
Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar
c.
Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.

2. TADARUS QURAN MURID DAN GURU-GURU SERTA STAF SOKONGAN

Tarikh

Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan

Tempat

: Surau Sk Bukit Tongkat

Masa

: 9.30 10.30 ( Waktu Rehat )

Objektif

1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.


2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan
dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.

Kaedah Pelaksanaan :

a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwuduk


b. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh
urusetia.
c. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.
Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru
3. MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Tarikh : 2 ogos 2013
Tempat

: Dewan Sk Bukit Tongkat

Masa

: 8.00 12.00 tgh

Sasaran

: Seluruh warga sekolah

Objektif

1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran


khususnya di bulan Ramadhan.
2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang
disarankan al-Quran.
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan
Rasulullah saw.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau
dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.
b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.
c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar
bacaan al-Quran.
d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan
Sekolah.
e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar,
bunga telur dan paluan kumpulan kompang.
f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh
semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.
g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan
bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.
h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

4. IFTAR JAMAIE DAN SOLAT TARAWIH


Tarikh : Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan
Tempat

: Dewan SK Bukit Tongkat

Masa

: 6.00 9.30 mlm

Sasaran

: Seluruh warga sekolah

Objektif

1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam
Ramadhan al Mubarak.
2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta
seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat
majlis.
b. Tazkirah / ceramah mengenai fadhilat Ramadhan oleh seorang guru
Pendidikan Islam / penceramah jemputan.
c. Membaca doa berbuka.
d. Berbuka puasa.
e. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.
5. MAJLIS PERUTUSAN AIDIL FITRI
Tarikh : 29 OGOS 2013
Tempat

: Dewan Besar Sekolah

Tempoh Masa : 1 jam


Sasaran

: Seluruh warga sekolah

Objektif

1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat


sepanjang Ramadhan.
2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.
3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari
bulan syawal.

Kaedah Pelaksanaan :
a.

Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan


Pagi Sekolah.
b.
Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar.
c.
Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang
bernasib baik.
d.
Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.

8.

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA


Rujuk Lampiran 1

9. TENTATIF PROGRAM
Rujuk Lampiran 2

10. ANGGARAN PERBELANJAAN


Rujuk Lampiran 3

11.

PENUTUP
Diharap program ini akan dapat melahirkan umat yang cemerlang di dunia dan
akhirat serta menjadi insan yang bertakwa disamping menjadikan al-Quran sebagai
panduan hidup untuk kejayaan di dunia dan di akhirat. Dengan berpuasa dan
berzakat serta bersedekah akan dapat melatih pelajar membantu rakan mereka yang
kurang bernasib baik.

DISEDIAKAN OLEH,

DISEMAK OLEH ,

.
(

-----------------------------)

Setiausaha

Ketua Panitia

Panitia pendidikan Islam

Panitia pendidikan Islam

DISAHKAN OLEH,

----------------------------(
Guru besar,

Anda mungkin juga menyukai