Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PROGRAM IHYA RAMADHAN

1442H

PENDAHULUAN

Bulan Ramadhan yang datang setiap tahun merupakan bulan yang diwajibkan
berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat. Bulan penuh rahmat dan
keberkatan ini disambut dengan penuh meriah oleh umat Islam di seluruh dunia.
Nabi s.a.w bersabda dalam satu hadis yang bermaksud:

“ Barangsiapa yang menghidupkan bulan Ramadhan dalam keadaan


keimanan dan penuh mengharapkan ganjaran daripada Allah s.w.t , maka
diampunkan dosa-dosanya yang terdahulu”

Justeru itu, bagi menyambut seruan daripada Rasulullah s.a.w. tersebut, pihak
panitia Pendidikan Islam SK. Bandar Baru Sungai Lalang telah merancang beberapa
program bagi mengimarahkan bulan yang penuh berkat ini dan tidak lain tidak bukan
adalah untuk kelangsungan tarbiyah warga SKBBSL bersempena bulan Ramadhan
yang mulia ini.

MATLAMAT

1. Melahirkan murid yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial selaras dengan falsafah Pendidikan Kebangsaan..
2. Menjana pembangunan modal insan agar penghayatan Ramadhan dapat dirasai
oleh semua warga sekolah.
3. Meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi warga sekolah agar cita-cita melahirkan
generasi MODAL INSAN ~ Cemerlang Sahsiah, Cemerlang  Akademik tercapai.
OBJEKTIF

1. Meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang disyariatkan berpuasa.


2. Merapatkan silaturahim antara guru dan murid .
3. Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah.
4. Melatih murid agar memenuhkan bulan Ramadhan dengan perkara yang
bermanfaaat.
5. Memberikan pengalaman berguna kepada murid suasana meraikan bulan
Ramadhan.
6. Memperbanyakkan amalan dibulan yang diberkati.

KUMPULAN SASARAN

Program ini melibatkan semua murid, guru dan staf SKBBSL yang beragama Islam.
LAPORAN PROGRAM

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Lalang

telah menganjurkan Program Sambutan Ihya Ramadhan bagi tahun 2021


bersamaan 1442 Hijrah.

Program ini telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 13 April – 10 Mei 2021


Masa : Mengikut kesesuaian program yang dilaksanakan.
Tempat : Bilik-bilik Khas dan kelas-kelas

Diantara aktiviti yang dijalankan ialah :


1. Sambutan Ambang Ramadhan Tadarus Al-Quran
2. Tadarus Al-Quran
3. Sambutan Nuzul Al- Quran
4 .Tazkirah Ramadhan
5. Kuiz Nuzul Al-Quran dan Pertandingan Mewarna / Mencipta Kad Hari
Raya
6.Khatam Al Quran & Nur Syawal 1442H

Laporan semua program diatas adalah seperti yang dilampirkan.


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Ilahi kerana semua program dapat dijalankan
dengan baik dan lancar walaupun dalam keadaan Pandemik Covid 19 yang sedang
melanda negara . Semua program dibuat mengikut SOP yang ketat.

Semua program dan aktiviti yang telah diadakan memberi banyak manfaat
dan ilmu yang berguna buat semua murid. Semua murid telah memberi kerjasama ,
tumpuan dan perhatian yang sangat baik bagi setiap program yang dibuat. Semua
guru dan jawatankuasa yang terlibat juga memberikan komitmen yang sunguh-
sungguh menjayakan Sambutan Ihya Ramadhan kali ini.

Semoga segala usaha dan kerja buat ini mendapat pahala dan kebaikan yang
banyak oleh Allah S.W.T.
 Disediakan oleh; Disemak oleh;

......................................................... .......................................................
( Pn. Nor Hafizah binti Md Fuda ) (En. Abdul Hafiz bin Mat Johar )
Setiausaha, Ketua Panitia,
Program Ihya’ Ramadhan 2021, SK Bandar Baru Sg. Lalang,
SK Bandar Baru Sg. Lalang, 08000 Sungai Petani, Kedah.
08000 Sg. Petani,Kedah .

Disahkan oleh;

................................................
( En. Razali bin Awang)
Guru Besar,
SK Bandar Baru Sg. Lalang,
08000 Sungai Petani, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai