LAPORAN PROGRAM
BACAAN SURAH LAZIM
SEMPENA IHYA’ RAMADHAN
PERINGKAT SEKOLAH 1443H/ 2022M
TARIKH :
4 APRIL HINGGA 24 APRIL 2022
ANJURAN :
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SKBBSL
PROGRAM BACAAN SURAH LAZIM
SEMPENA IHYA’ RAMADHAN
ANJURAN PANITIA PENDIDIKAN ISLAM
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BARU SUNGAI LALANG.
PENGENALAN
Al-Quran adalah kitab yang diturunkan oleh Allah sebagai panduan manusia. Justeu itu,
ia perlu dibaca, dijaki dan ditelaah sepanjang masa agar kehidupan kita benar-benar terpimpin
dibawah naungan Al-Quran. Antara cara yang berkesan bagi memangkinkan seseorang itu
mudah berhubung dengan Al-Quran adalah dengan mengadakan aktiviti bacaan Al-Quran
secara berkala. Menyedari hakikat ini, Panitia Pendidikan Islam telah mengambil inisiatif
mengadakan aktiviti bacaan surah lazim bagi mengimarahkan dan menghidupkan bulan
Ramadhan kali ini.
OBJEKTIF
MATLAMAT
LAPORAN PENUH
Pertandingan ini telah diadakan pada waktu rehat sepanjang bulan Ramadhan. Murid
turus akan ke kelas yang telah ditetapkan oleh guru penyelaras. Murid turus membaca surah-
surah lazim bersama-sama murid di dalam kelas tersebut.
Sepanjang program ini berjalan, murid menunjukkan minat dan semangat yang tinggi
untuk sama- sama membaca surah dengan rakan- rakan yang lain dengan dipantau oleh guru
yang berada di dalam kelas tersebut.
Pada keseluruhannya, program ini berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama
yang baik dari semua murid dan guru. Semoga program ini memberi manfaat kepada semua
murid dan murid dapat mengaplikasi dengan sebaiknya surah yang dibaca semasa solat dan di
dalam kehidupan seharian mereka.
Diharapkan semoga semua warga SKBBSL mendapat manfaat daripada program yang
telah dilaksanakan ini dan akan diteruskan lagi pada masa akan datang.