Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PERASMIAN

CERAMAH NUZUL AL-QURAN &


PENGISIAN PENDIDIKAN MORAL
SERTA AGIHAN BUBUR RAMADAN 1445H

PERINGKAT SK KUNAK 1
TAHUN 2024

Oleh

En. Abd Mohmin Bin Kadir


Guru Besar Sk Kunak 1

1
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam JPN Sepakat
Sabah Hebat, Salam PPD Kunak Bersama Menjana Kegemilangan dan
Salam SK Kunak 1 Bersama Membangun Potensi Menjana Prestasi.

SALUTASI

Yang Berusaha ________________________________________

Yang dihormati ________________________________________

Jawatankuasa Kerja bagi Ceramah Nuzul Al-Quran &


Pengisian Pendidikan Moral Serta Agihan Bubur Ramadan,

Murid-murid Sk Kunak 1,

Seterusnya, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

KATA ALUAN

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurniaNya juga, kita dapat berhimpun di hari yang berbahagia ini
untuk bersama-sama menjayakan Ceramah Nuzul Al-Quran &
Pengisian Pendidikan Moral Serta Agihan Bubur Ramadan
1445h Peringkat Sk Kunak 1 bagi Tahun 2024.

2. Hari ini 27 Mac bersamaan 16 Ramadhan, hanya tinggal beberapa


hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita dan dipertemukan
pula dengan Syawal. Untuk itu sekolah kita pada hari ini telah
melaksanakan Ceramah Nuzul Al-Quran &
Pengisian Pendidikan Moral Serta Agihan Bubur Ramadan
seterusnya mengimarahkan lagi suasana di bulan Ramadan
khususnya di sekolah kita.

3. Kepada Panitia Pendidikan Islam dan Bahasa Arab serta Panitia


Pendidikan Moral yang menganjurkan program ini, tidak lupa semua
jawantankuasa kerja program dan juga kepada murid-murid yang

2
memberikan komitmen yang sangat tinggi bagi menjayakan program ini,
saya ucapkan tahniah dan syabas. Hanya Allah sahaja yang dapat
membalas segala penat lelah dan pengorbanan masa dan tenaga anda
semua.

4. Saya menyambut baik usaha ini dan diharap menjadi acara tahunan
kerana ia bukan sahaja dapat menyemarakkan & menyuburkan bulan
Ramadhan ini malah dpt membina warga sekolah yang mempunyai sifat
insaniah dan sahsiah terpuji. Ia juga dapat membuka ruang untuk kita
sama - sama melipat gandakan pahala sempena bulan yg mulia ini.
Tahniah kepada barisan guru dan staff serta murid yangg mengambil
bahagian. InsyaAllah besar ganjaran pahala yg menanti anda.

5. Penghayatan kita kepada Ramadhan dengan menganjurkan pelbagai


program keagamaan bukan sahaja mendekatkan diri kita kepada Allah
S.W.T malah diharap dapat membina modal insan yang berpegang
teguh kepada agama, mempunyai minda kelas pertama dan bersifat
terpuji. Nasihat saya kepada murid-murid agar dekatkan lah diri kamu
dengan Tuhan. InshaAllah kamu akan peroleh kejayaan dunia dan
akhirat.

Hadirin Hadirat Yang Dirahmati ALLAH SWT,

6. Akhir kata, percayalah setiap kebaikan yang kita buat, pasti ada
ganjarannya. InshaAllah, Sama-sama kita doakan agar kita
dipanjangkan usia dan dipertemukan dengan Ramadhan yang
akan datang.

7. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan ini


merasmikan Ceramah Nuzul Al-Quran &
Pengisian Pendidikan Moral Serta Agihan Bubur Ramadan 1445h
Peringkat Sk Kunak 1 bagi Tahun 2024.

Sekian saya akhiri dengan Wabillahi Taufik Walhidayah,


Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai