Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAN KUNAK 1

KERTAS KERJA
MENAIK TARAF
SURAU KHALID
ALWALID

SEKOLAH KEBANGSAN KUNAK 1

2022
1.       OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memaklumkan mengenai usaha untuk memohon
sumbangan dana peralatan dan kelengkapan Surau Khalid Al-walid Sekolah Kebangsaan Kunak
1.

Kertas kerja ini menjelaskan betapa pentingnya pelaksanaan projek ini dan seterusnya sokongan
daripada semua pihak berhubung dengan usaha pengumpulan dana untuk mencapai tujuan
tersebut.

2.       LATAR BELAKANG

Sejarah Islam menunjukkan bahawa masjid / surau / musolla memainkan peranan penting
sebagai pusat ibadat, pembangunan ilmu, pembinaan keperibadian dan peradaban Islam secara
menyeluruh. Kebanyakan pembinaan masjid atau surau pada masa kini adalah disusun atur
berhampiran dengan bangunan-bangunan pentadbiran, pusat-pusat perniagaan dan kawasan-
kawasan perumahan, sekolah-sekolah di sekitarnya supaya ia menjadi arah tuju.

Objektif pembinaan Surau Khalid Al-walid adalah untuk memenuhi tuntutan Kementerian
Pelajaran Malaysia yang telah menetapkan surau-surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat
pelajar menunaikan sembahyang, tetapi lebih daripada itu ia berperanan sebagai “Makmal
Pendidikan Rohani”. Melalui semua aktiviti yang berbentuk kurikulum dan ko-kurikulum dapat
dilaksanakan di dalam surau sekolah bagi melaksanakan teori-teori yang diajar di dalam bilik
darjah dan juga aktiviti-aktiviti pendidikan Islam. Fungsi ini dapat dihuraikan dengan lebih
terperinci seperti berikut :
1. Tempat ibadat sembahyang untuk murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah yang
beragama Islam.
2. Tempat mengadakan latihan amali mengenai ibadat seperti mengambil wuduk,
sembahyang, pengurusan jenazah, amali haji, bersuci dan lain-lain ibadat fardu.
3. Tempat latihan membaca al-Quran, bertadarus, menghafal dan mengkhatamkan al-Quran.
4. Tempat syarahan, ceramah dan kuliah.
5. Tempat mengadakan majlis-majlis hari kebesaran Islam seperti majlis Maulid Nabi, Maal
Hijrah, Isra’ Mikraj dll.

3.       SURAU KHALID AL-WALID

Pada peringkat awal penubuhan Surau Khalid Al-walid, surau kayu dibina untuk memberi ruang
kepada murid-murid dan guru-guru melaksanakan aktiviti-aktiviti keagamaan. Memandangkan
Surau Khalid Al-walid Sekolah Kebangsaan Kunak 1 sering menerima pelawat dan guru-guru
daripada sekolah lain untuk aktiviti mesyuarat dan kursus, maka dengan tujuan itu usaha
pengumpulan dana sangat diperlukan untuk mencapai tujuan tersebut.
Namun peralatan dan kelengkapan surau serba kekurangan khususnya di kawasan wudhuk
wanita yang tidak tertutup dan tidak beratap menyebabkan aurat jemaah wanita terdedah.
Apabila tiba waktu bulan ramadhan dan hari-hari kebiasaannya Surau Khalid Al-walid Sekolah
Kebangsaan Kunak 1 tidak dapat menampung bilangan pelajar yang begitu ramai kerana
keluasan surau sedia ada tidak lagi mampu menampung bilangan jemaah seperti yang
sepatutnya.

5.       CADANGAN MENAIK TARAF SURAU KHALID AL-WALID

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan menaik taraf Surau
Khalid Al-walid ini adalah di atas dua tujuan utama iaitu :

a)      Untuk membolehkan lebih ramai murid bersembahyang jemaah dan melaksanakan aktiviti
kerohanian setiap hari dengan selesa.
b)      Untuk membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan yang disertai oleh murid-murid pada satu-
satu masa dapat dilaksanakan dengan sempurna dan selesa.

6.       SENARAI PERALATAN DAN KEPERLUAN


Berikut adalah senarai peralatan dan keperluan menaik taraf .

Bi Perkara
l
1 Membaiki atap bocor.
2 Menyediakan langsir surau dan bahagian solat wanita.
3 Menyediakan rehal Al-quran, sejadah dan telekung untuk kegunaan
solat.
4 Menyediakan jubin dan upah memasang jubin dan hal-hal yang
berkaitan dengannya.
5 Menyediakan cat luar dan dalam surau dan upah mengecat.

7.       RUMUSAN

Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama menaik
taraf peralatan dan kelengkapan Surau Khalid Al-walid adalah untuk memperluaskan
kepelbagaian fungsinya sebagai nadi kehidupan harian murid Sekolah Kebangsaan kunak 1
khususnya kepada semua murid, warga pendidik, staf sokongan, ibu-bapa dan tetamu secara
umumnya.

Dengan menaik taraf peralatan dan kelengkapan ini, adalah menjadi harapan warga Sekolah
Kebangsaan Kunak 1, agar kegiatan keagamaan serta peranan surau sebagai makmal kerohanian
akan dapat berfungsi dengan lebih teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya
akan dikecapi oleh semua pihak, sama ada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat
kehidupan akhirat, Insya Allah.

Sedekah boleh diserahkan melalui Tabung Surau Khalid Al-walid.

YANG BENAR

………………………………………………………….
(NUR FARAH AIN CHE HASSAN)
KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM,
SEKOLAH KEBANGSAAN KUNAK 1.

Anda mungkin juga menyukai