Anda di halaman 1dari 7

KERTAS KERJA CADANGAN PEMBESARAN SURAU

SK PAYA BUNGA

1.       PENDAHULUAN

Sejarah Islam menunjukkan bahawa masjid / surau / musolla memainkan peranan penting
sebagai pusat ibadat, pembangunan ilmu, pembinaan keperibadian dan peradaban Islam
secara menyeluruh. Kebanyakan pembinaan masjid atau surau pada masa kini adalah disusun
atur berhampiran dengan bangunan-bangunan pentadbiran, pusat-pusat perniagaan dan
kawasan-kawasan perumahan, sekolah-sekolah di sekitarnya supaya ia menjadi focal point
atau arah tuju.

Objektif pembinaan surau adalah untuk memenuhi tuntutan Kementerian Pelajaran Malaysia
yang telah menetapkan surau-surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat pelajar menunaikan
sembahyang, tetapi lebih daripada itu ia berperanan sebagai “Makmal Pendidikan Rohani”.
Melalui semua aktiviti yang berbentuk kurikulum dan ko-kurikulum dapat dilaksanakan di dalam
surau sekolah bagi melaksanakan teori-teori yang diajar di dalam bilik darjah dan juga aktiviti-
aktiviti pendidikan Islam. Fungsi ini dapat dihuraikan dengan lebih terperinci seperti berikut :
 Tempat ibadat sembahyang untuk pelajar-pelajar, guru-guru dan kakitangan sekolah
yang beragama Islam.
 Tempat mengadakan latihan amali mengenai ibadat seperti mengambil wuduk,
sembahyang, pengurusan jenazah, amali haji, bersuci dan lain-lain ibadat fardu.
 Tempat latihan membaca al-Quran, bertadarus, menghafal dan mengkhatamkan al-
Quran.

 2.       OBJEKTIF

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk memaklumkan mengenai usaha untuk
membesarkan ruang solat di bangunan surau sekolah.

Kertas kerja ini menjelaskan betapa pentingnya pelaksanaan projek ini dan seterusnya
sokongan daripada semua pihak berhubung dengan usaha memohon sumbangan untuk
mencapai tujuan tersebut.
3.       CADANGAN PEMBESARAN SURAU

Berdasarkan kepada perkara-perkara yang disebutkan di atas, cadangan pembesaran surau


sekolah adalah di atas dua tujuan utama iaitu :

a)      Untuk membolehkan lebih ramai pelajar bersembahyang jemaah dan melaksanakan


aktiviti kerohanian setiap hari dengan selesa
b)      Untuk membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dilaksanakan dengan sempurna
dan selesa. Contohnya solat hajat bersama ibu-bapa dan murid-murid.

4.       ANGGARAN KOS

Adalah dianggarkan maklumat kerja-kerja pembesaran surau ini seperti berikut :

Bi Perkara Kuantiti Harga (RM) Jumlah


l
1 Kerja-kerja membina dan 10” X 20” RM 10000.00
menyiapkan bangunan
tambahan untuk tempat
solat serta kerja-kerja
bumbung menggunakan
“metal decking” serta kerja-
kerja yang berkaitan
dengannya seperti arahan
daripada pihak penguasa
2 Kerja-kerja membekal dan 10”X20” RM 5000.00
memasang jubin jenis
homogenous dan kerja-
kerja yang berkaitan
dengannya
JUMLAH KESELURUHAN RM 15000.00
5.       PENUTUP

Dari laporan yang dibentangkan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa matlamat utama
pembesaran surau adalah untuk memperluaskan kepelbagaian fungsinya sebagai nadi
kehidupan harian murid SK Paya Bunga khususnya dan semua warga pendidik, staf sokongan,
ibu-bapa secara umumnya.

Dengan terbinanya tambahan surau ini, adalah menjadi harapan warga SK Paya Bunga agar
kegiatan keagamaan serta peranan surau sebagai makmal kerohanian akan dapat berfungsi
dengan lebih teratur dan berkesan. Hasil daripada usaha ini, manfaatnya akan dikecapi oleh
semua pihak, sama ada untuk kesenangan kehidupan dunia ataupun nikmat kehidupan akhirat,
Insya Allah.

Di sediakan oleh, Di sahkan oleh,

WAN ZAMRI BIN WAN ABD RAHMAN ROS HAYA BT AZIZ


Setiausaha PIBG. Guru Besar.
SOLAT HAJAT BERJEMAAH SEBELUM SESI PEMBELAJARAN DI SURAU

MURID SOLAT SAMBIL DI AWASI GURU YANG BERTUGAS


SOLAT HAJAT BERJEMAAH SEBELUM SESI PEMBELAJARAN DI SURAU

BACAAN DOA SELAMAT SAMBIL OLEH IMAM YANG BERTUGAS


TAZKIRAH RINGKAS DARIPADA MURID YANG BERTUGAS

MURID-MURID TEKUN MENDENGAR TAZKIRAH YANG DISAMPAIKAN


KEADAAN DARI LUAR SURAU SEKOLAH

TEMPAT CADANGAN UNTUK PEMBESARAN SURAU SEKOLAH

Anda mungkin juga menyukai