Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA PERMOHONAN MENAIKTARAF DAN MENGUBAHSUAI SURAU SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT RAHMAN PUTRA

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membentangkan menaiktaraf dan mengubahsuai Surau Sekolah.

cadangan

bagi

1.2 Diserahkan kepada pihak pengurusan atasan untuk tujuan pertimbangan selanjutnya dan memberi persetujuan bagi peruntukan tersebut demi memastikan kelancaran pengurusan mesyuarat-mesyuarat sekolah. 1.3 Keadaan surau ini agak lama. Justeru itu, sudah tiba masanya surau ini dinaiktaraf dan diubahsuai. 1.4 Melalui peruntukan ini, diharapkan semua guru,murid dan kakitangan serta pelawat akan lebih selesa dalam menjalankan semua aktiviti dan amal ibadat yang telah dirancangkan .

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Surau yang terletak di bangunan C bersebelahan Bilik j-QAF merupakan bilik yang digunakan oleh semua masyarakat SKBRPbagi semua aktiviti Pendidikan Islam dan untuk solat. 2.2 Bilik Mesyuarat ini juga merupakan bilik yang digunakan untuk menerima tetamu yang datang untuk berurusan serta mengadakan aktiviti di antara pihak sekolah dan pihak luar. 2.3 Bilik ini tidak mampu menampung bilangan murid sedia ada. Maka pihak sekolah terpaksa mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan surau ke tempat lain yang lebih sesuai. 2.4 Oleh hal yang demikian, pihak jawatankuasa berpendapat bahawa peruntukan ini amat diperlukan bagi tujuan di atas. 2.5 Dengan adanya sebuah surau yang lebih selesa, diharap segala aktiviti dan amal ibadat dapat diadakan dengan lebih selesa dan kondusif.

3.0 IMPLIKASI KEWANGAN

3.1 Implikasi kewangan terhadap cadangan tersebut adalah seperti di bawah.

Anggaran Kos Menaiktaraf dan Mengubahsuai Surau SK Bukit Rahman Putra

Bil. 1. 2. 3. 4. Kain Langsir

Item / Perkara

Anggaran Kos (RM) RM 600.00 RM 200.00 RM 3200.00 RM 1000.00 RM5000.00

Peralatan dan pertukangan Mosek ruang solat Mengecat ruang solat ANGGARAN JUMLAH KOS

3.2 Secara kasarnya, jumlah keseluruhan yang dipohon adalah sebanyak RM5000.00.

4.0 PERTIMBANGAN 4.1 Oleh hal yang demikian, jawatankuasa memohon daripada pihak AJK PIBG agar dapat meluluskan permohonan ini supaya semua aktiviti pengubahsuaian dapat dilaksanakan mengikut jangka masa yang telah ditetapkan. 4.2 Dengan kelulusan ini, diharap semua aktiviti yang telah dirancangkan dapat dilaksanakan dan visi SKBRP dapat direalisasikan dengan jayanya. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:

__________________________ ( Setiausaha Jawatankuasa Projek Menaiktaraf Dan Mengubahsuai Surau SKBRP Tarikh: 30 Januari 2013 )

Anda mungkin juga menyukai