Anda di halaman 1dari 1

HAKIKAT SYAHADAT Bahagian 1

HAKIKAT SYAHADAT Bahagian 1 Sesungguhnya syahadat adalah merupakan rukun


islam yang pertama dimana seseorang itu ingin menjadikan islam sebagai cara
hidupnya haruslah terlebih dahulu mengucap dua kalimah syahadat itu:- Ash hadu
allaa ilaha ilallah wa ash hadu anna muhammadar rasulullah.
Jadi sesungguhnya selagi sesorang itu tidak melafazkan dua kalimah syahadat maka
selama itulah dia tidak boleh di iktiraf sebagai seorang islam. Dalam pengertian
syariat,dua kalimah syahadat itu ialah "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang
disembah melainkan Allah dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh
Allah. Sesungguhnya ramai diantara kita hanya pandai melafazkan ucapan dua
kalimah syahadat itu tetapi jarang benar dikalangan kita cuba mengkaji atau
sekurang2nya menyoal diri sendiri tentang hakikat pengertian hujung jatuhnya
syahadat itu sendiri. kita lihat ibu bapa kita melafazkan syahadat maka kita pun turut
berbuat demikian,namun begitu tak pernah bertanya kenapa kita harus
melafazkanya.?? Ashadu alla ilaha illallah wa asha hadu anna muhammadar
rasulullah Dan kenapa kita pula tidak boleh melafazkan satu bentuk penyaksian yang
lain daripada dua kalimah syahadat. Disamping itu tidak kurang pula dikalangan kita
bertanya kenapa LAA ILAHA ILLALLAH itu boleh membawa pengertian "Tiada tuhan
yang di sembah melainkan Allah" sedangkan di dalam kalimah tersebut tidak pernah
terdapat perkataan tuhan (RABB) dan tidak pula terdapat perkataan sembah
(fabuduh) tetapi di dalam pentafsiran erti balik bahasa oleh para ulama syariat, ada
perkataan "tuhan" dan "sembah" dan kenapa pula syahadat tersebut tidak boleh
dikatakan begini......Laa rabbi fabuduh illallah,yang mungkin lebih sesuai untuk
diberi erti "Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah". Tetapi islam tetap
mengunakan lafaz syahadat dengan.. LAA ILAHA ILLALLAH, yang membawa
pengertian kepada Tiada lain selain Allah. Jadi boleh disimpulkan di sini bahawa
pengertian yang dibuat oleh para alim ulama syariat adalah jauh,tidak menepati
daripada matlamat sebenar yang hendak dinyatakan oleh syahadat itu sendiri
disamping itu soalnya apakah perkataan Allah di dalam syahadat itu boleh di samakan
kepada tuhan dan apakah sebenarnya begitu..?? Pendek kata banyaklah lagi
persoalan2 yang harus ditanya oleh kita apabila kita melangkah dan berusaha
mencari dan menggali pengertian syahadat yang benar, justeru itu marilah kita
membincangkan bersama2 akan hakikat syahadat mengikut pandangan hakikat dan
makrifat dan marilah kita sama2 menggali makna hujung jatuh syahadat itu sendiri
agar kita sama2 dapat memahaminya dengan mendalam dan dapat pula berpegang
dengan pemahaman yang benar.

Anda mungkin juga menyukai