Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KHAS

Lembaga Pengelola
PUSAT TUISYEN SERI IDAMAN (SRJ: 1541 )
No. Jalan Temiang
Taman Seri Perdana
81200 Johor Bahru
Tarikh
Masa
Tempat
Pengerusi

:
:
:
:

Kehadiran :

1.
2.
3.

10 Julai 2008
8.45 pagi
PUSAT TUISYEN SERI IDAMAN Johor Bahru.
Pn.

Puan Zeila Manan


Pn Elizabeth Ashram
Pn. Nor hidayati Marzuki

( Pengerusi )
( Ahli Pengelola)
( Ahli Pengelola)
Semua Hadir.

Agenda:
1.

1. Ucapan Pengerusi Lembaga Pengelola


2. Perpindahan premis Pusat Tuisyen Seri Idaman ke tempat baru.
Ucapan Aluan Pengerusi

1.1
1.2
1.3
2.

Tuan Pengerusi mengalu-alukan kehadiran semua Ahli Lembaga Pengelola Pusat Tuisyen
Seri Idaman
Terima kasih kerana hadir.Mesyuarat ini penting untuk menentukan masa depan Pusat
Tuisyen Seri Idaman.
Usaha berterusan terus dilaksanakan oleh pengurusan Pusat Tuisyen Seri Idaman untuk
menentukan kejayaan dan kemajuan murid.
UcapanTerima kasih dan menerangkan Agenda utama mesyuarat khas kali ini.

2.1

Perpindahan ke lokasi baru menjadi agenda utama mesyuarat kali ini.

2.2

Operasi dan pengurusan Pusat Tuisyen Seri Idaman berjalan lancar. Walau bagaimanapun
pihak Ahli Lembaga Pengelola telah memikirkan pelan pengembangan dan perancangan
jangka panjang dengan memilih satu lokasi baru yang lebih sesuai untuk memindahkan
operasi / didirikan satu bangunan tadika yang lebih baik dan terancang kerana premis sedia
ada akan diambil kembali oleh pemilik .

2.3

Premis sekarang kurang selesa dan perlu juga memikirkan tentang faktor keselamatan dan
perkembangan jangka panjang. Oleh sebab itu, pengerusi berpendapat sampai masanya untuk
mencari tempat baru dan memindahkan operasi tadika ke tempat yang lebih selesa dari aspek
2.3.1

Keselamatan kawasan premis sedia ada kecil dan bangunan berasingan menyukarkan
pergerakan serta berbahaya

2.3.2

Keselesaan perlu ruang yang lebih besar untuk pergerakan murid. Sesuai dengan
pertambahan murid yang memerlukan ruang yang lebih selesa serta premis yang
mempunyai bilik dan prasarana yang baik untuk kemudahan proses pengajaran dan
pembelajaran.

3.

2.3.3

Jangkaan pertambahan populasi


mega .

di sekitar perumahan yang melibatkan pembangunan

2.3.4

Kita telah menerima notis supaya mengosongkan tadika dalam tempoh yang terdekat. .
Oleh sebab itu kita perlu mencari tempat baru yang lebih memenuhi keperluan semasa.

Persetujuan Ahli Lembaga Pengelola Pusat Tuisyen Seri Idaman.


Ahli Lembaga Pengelola bersetuju dengan usaha memindahkan premis dengan persetujuan sebulat
suara.

4.

Pindah Tempat Baru .


Besar kemungkinan tempat yang dicadangan ialah di lokasi premis baru di No.................................
untuk Dicadangkan premis baru.
Pelan lakaran lokasi baru, pelan lantai dan kemudahan bangunan disertakan.

5.

Persiapan.
Pihak pengurusan perlu membuat persiapan berkaitan proses perpindahan yang akan berlaku.
Segala prosedur, pemberitahuan perpindahan, kertas kerja serta dokumen yang diperlukan akan
diuruskan oleh Pn Elizabeth a/p Gnanamuthu.

6.

Tindakan : Semua Ahli Pengelola Pusat Tuisyen Seri Idaman .


Majlis mesyuarat sebulat suara bersetuju dengan semua ketetapan mesyuarat hari ini dan
mengambil tindakan bersama. Pembahagian tugas yang perlu akan ditentukan dalam mesyuarat
khas pada masa yang sesuai.
Pengerusi mengucapkan ucapan terima kasih kepada Ahli mesyuarat.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi.

Laporan disediakan oleh :

Disahkan oleh :

..............................................
Pn Siew Tuck Moy
Setiausaha

....................................................
Pn Angela Sim
Pengerusi

Anda mungkin juga menyukai