Anda di halaman 1dari 2

Pelajar IPG Unit Pendidikan Islam, (PISMP-IPG) Pendidikan Islam, Institut Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan D.K.

___________________________________________________________________ Encik Wang Leong Boon, Ketua Unit Disiplin, Jabatan Hal Ehwal Pelajar, IPG Kampus Raja Melewar, 70400 Seremban, Negeri Sembilan D.K. 19 MAC 2014

Tuan, Surat Memohon Kebenaran Untuk Mencukur Kepala Merujuk perkara di atas, kami ingin memohon kebenaran untuk mencukur kepala sepanjang berada di IPG ini. Hal ini kerana saya mengalami masalah kulit kepala sensitif dan sering kala mengalami masalah pening kepala apabila berambut panjang. 2) Tujuan memohon kebenaran untuk mencukur kepala ini adalah berdasarkan

masalah kesihatan yang saya alami sejak kebelakangan ini. Kebelakangan ini saya mengalami masalah kulit kepala sensitif dan sering kala mengalami masalah pening kepala apabila berambut panjang. Sehubungan itu, masalah ini dapat di atasi melalui cara atau kaedah mencukur kepala sahaja. Dengan ini saya ingin meminta kerjasama daripada tuan untuk meluluskan permohonan yang telah saya nyatakan seperti diatas. Sebarang risiko adalah di bawah tanggungjawab kami sendiri. Segala kerjasama pihak tuan, saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

Disokong oleh,

.. (Muhammad Ihsan bin Zamri)

.. (Ustaz Mohd Army bin Yusop) Pensyarah Mentor Unit PAI

S.k : Unit Disiplin Hep Pensyarah Mentor

Anda mungkin juga menyukai