Anda di halaman 1dari 1

Tinagran a/l Perumal

SJKT Ladang Yam Seng,


34400 Semanggol, Perak.

Pegawai Pendidikan Daerah,


Pejabat Pendidikan Daerah Kerian,
Jalan Permai Utama,Taman Kerian Permai,
34200 Parit Buntar, Perak. 27 June 2022
(Penyelia Sekolah Rendah)

Melalui

Guru Besar,
SJKT Ladang Yam Seng,
34400 Semanggol,
Perak.

Tuan,
MEMOHON PERTUKARAN
Merujuk kepada perkara di atas, saya Tinagran a/l Perumal, guru di SJKT Ladang Yam
Seng ingin memohon pertukaran ke SJKT Ladang Pondok Tanjung.

2. Saya memohon pertukaran kerana saya mengalami slip disc di tulang belakang.Saya
mempunyai slip disc pada tulang leher dan lumbar.Masalah ini menyebabkan saya tidak
dapat duduk atau berdiri dengan lama. Saya juga mengalami masalah kesukaran untuk
bercakap, masalah mudah lupa, mengambil masa yang lama untuk mengingati apa yang
saya belajar dan masalah kemurungan, jadi saya mahu bertukar ke sekolah yang
mempunyai bilangan murid yang sedikit supaya saya boleh menjalankan tugas dalam
keadaan tenang dan selesa.
3. Saya amat berharap agar pihak tuan mengambil perhatian dan mempertimbangkan
permohonan saya ini. Bersama-sama ini saya melampirkan laporan perubatan saya untuk
perhatian tuan. Kerjasama dan tindakan dari pihak tuan amat saya hargai.

Sekian,terima kasih.
Yang benar,
………………………
(Tinagran a/l Perumal)

Anda mungkin juga menyukai