Anda di halaman 1dari 2

Thanalechmi a/p Muniandi,

No 42, Jalan 18,


Kampung Sri Indah A,
47000 Sungai Buloh,
Selangor.

En Sajoli Bin Mansor,


Pegawai Pendidkan Daerah,
Pejabat Pendidikan Daerah,
Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall,
Jalan SU 9, Taman Selayang Utama,
68100 Batu Caves, Selangor. 22 Februari 2018

Tuan,

RAYUAN UNTUK MEMBATALKAN PERTUKARAN SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, saya Thanalechmi a/p Muniandi, 830314086402, Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG42 dari Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Saraswathy,
BBD8457 ingin merayu untuk membatal pertukaran saya ke SJKT Rawang , Nombor Rujukan
Surat : PPDG.UPS 500-1/18/2/5 Jld.3 (80) yang bertarikh 12 Februari 2018 atas sebab-sebab
yang berikut.

2. Saya telah menerima maklumat pertukaran dan surat pertukaran pada hari 21 Februari
2018 pada pukul 11.50pagi di bilik Guru Besar. Saya menyusun sepuluh jari supaya pihak
tuan dapat mempertimbangkan pertukaran ini atas sebab masalah kesihatan saya. Saya
mengalami sakit lutut sejak tahun 2013 sehingga hari ini. Saya tidak boleh menaik dan
menurun tangga, mengangkat berat, memandu kereta pada jangka masa yang lama dan
berjalan jauh. Apabila saya memaksa diri saya untuk membuat perkara-perkara ini, kaki saya
akan sakit dan lutut akan bengkak. Saya menetap di alamat seperti di atas terpaksa
memandu kereta (manual) ke SJKT Rawang sejauh 36km pergi balik. Untuk pengetahuan
tuan, baru tahun lepas bulan Februari pun saya telah diwadkan dan menerima rawatan di
Tropicana Medical Centre.

3. Doktor yang merawat saya telah pun memberi surat tugas ringan kepada saya. Saya
telahpun memaklumkan tentang perkara ini kepada guru besar, Puan Yasotha a/p
Manickam pada hari Jumaat, 03 Nov 2017 pukul 1.00 petang dan menyerahkan surat
Tugas ringan dari doktor pada hari Selasa, 14 Nov 2017 pada pukul 1.00petang. Beliau
pun telah memberi kelonggaran kepada saya untuk mengajar kelas bawah dan memberi
kebenaran untuk duduk di kantin sekolah untuk menanda buku supaya mengelak
mengangkat buku ke sana ke mari. Maka, saya rasa selesa dan kondusif untuk bekerja di
sekolah ini.

3. Sebab kedua saya merayu untuk mempertimbangkan permohonan saya ialah keluarga
saya. Suami saya bekerja di luar negeri. Beliau balik pada hujung minggu sahaja. Di rumah
saya tinggal ibu mertua yang berusia 67 tahun dan anak kembar saya yang berumur satu
tahun enam bulan. Rumah saya terletak di sejauh 2km dari SJKT Saraswathy, Sungai Buloh.
Maka saya dapat bekerja dengan tenang dan bersemangat kerana saya boleh mencapai
mereka pada waktu kecemasan. Baru-baru ini ibu mertua saya telah mengalami kekurangan
gula dalam badan (hypo) dan hampir pengsan di rumah. Jiran telah menelefon saya dan saya
dapat balik ke rumah untuk membawanya ke hospital. Saya amat risau dan rasa tertekan
akan keadaan ibu mertua tua dan anak-anak kecil saya jika saya terpaksa pergi balik ke
Rawang di mana keadaan lutut saya ini pun tidak baik. Saya tidak dapat bergantung atau
berharap sesiapa pun pada waktu kecemasan.

4. Seterusnya status kewangan yang sederhana. Gaji bersih saya setelah menolak semua
hutang hanya tinggal RM2000++ sahaja. Gaji suami saya pun RM2500 sahaja. Jika saya pergi
balik dari Sungai Buloh ke Rawang saya terpaksa berbelanja lebih kurang RM400- RM500
untuk tol dan minyak. Ia merupakan amount yang agak tinggi untuk saya. Duit tersebut
sama dengan amount yang saya gunakan untuk membeli susu tepung untuk anak kembar
saya.

5. Saya berpegang dengan moto Pengarah yang mengatakan hati gembira kerja pun
sempurna. Selama ini saya menjalankan tugas saya dengan sempurna sebagai seorang guru
tanpa sebarang kekangan dan keberatan. Saya ingin meneruskan tugas saya ini seperti sedia
kala untuk mengajar anak bangsa tanpa stress dan tekanan. Di sini, saya juga melampirkan
bukti-bukti bagi masalah yang dinyatakan di atas.

6. Atas sebab-sebab di atas, saya amat sangat berharap agar tuan dapat
mempertimbangkan pertukaran ini dengan menitikberatkan masalah saya. Saya percaya
pihak tuan memberi satu harapan yang baik bagi masa depan saya dan kerjaya saya.
Keperihatinan dan sokongan tuan, saya dahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian,

Yang Benar,

_______________________
(THANALECHMI A/P MUNIANDI)
Guru PPP DG42
SJKT SARASWATHY,
47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR.

Anda mungkin juga menyukai