Anda di halaman 1dari 2

Siti Suraya Binti Mohamed

No. 364, Jln 18/4

Taman Seri Serdang

43300 Seri Kembangan

Selangor.

Kementerian Pelajaran Malaysia

Bahagian Sumber Manusia

(Pertukaran Guru)

Aras 1-5 Blok ET 2

Kompleks Kerajaan Parcel E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 Putrajaya 18 November 2010

PER : RAYUAN PERMOHONAN PERTUKARAN KE NEGERI KELANTAN

Merujuk kepada perkara di atas, saya Siti Suraya Binti Mohamed, No KP: 830623035836 adalah guru
yang mengajar di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur. Saya dengan ini memohon
jasa baik pihak yang berkenaan untuk meneliti rayuan saya untuk bertukar ke Kelantan di atas sebab-
sebab yang sangat penting dan telah menyebabkan saya terlalu terdesak untuk membuat pertukaran
ini.

2. Antara faktor utama saya memohon pertukaran ini adalah untuk mengikut suami saya yang kini
bertugas di negeri Kelantan. Memandangkan suami saya kini sedang sakit kerana mengalami
kemalangan 6 bulan yang lalu dan beliau masih belum sembuh sepenuhnya. Oleh itu suami saya
tersangat memerlukan penjagaan saya seperti membuat urutan dan balutan di bahagian kaki setiap hari.
Dengan keadaan beliau yang sangat dukacita menyukarkan beliau untuk datang melawat saya yang
tinggal di Kuala Lumpur. Ini telah menyebabkan saya terpaksa berulang alik setiap 1 minggu sekali dari
Kuala Lumpur ke Kelantan.

3. Jarak yang sangat jauh dari Kuala Lumpur ke Kelantan dan memakan masa hampir 9 jam telah
menyebabkan keadaan diri saya mengalami kepenatan apabila pulang semula ke Kuala Lumpur dan
kadang-kadang menjejaskan prestasi kerja saya di sekolah disebabkan gangguan emosi seperti perasaan
sedih dan letih. Selain itu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan juga terlalu berisiko kerana jalan
raya yang berbukit-bukit dan merupakan laluan utama lori-lori balak. Perjalanan yang agak berbahaya
ini telah menyebabkan gangguan fikiran sehingga saya berfikir jika apa-apa berlaku kepada diri saya
contohnya kemalangan yang mungkin akan menjejaskan keadaan fizikal saya jadi kesannya saya
mungkin tidak dapat lagi berkhidmat sebagai guru dan kemungkinan juga kehidupan masa hadapan saya
akan kesempitan. Sebagai insan yang normal saya sememangnya tidak ingin perkara ini berlaku tetapi
perkara-perkara seperti ini juga perlu difikirkan. Oleh itu saya sangat memohon pihak tuan memahami
situasi dan keadaan saya ini.

4. Selain faktor di atas, saya memohon pertukaran ini juga adalah untuk menjaga dan merawat
ayah saya yang sedang sakit di kampung. Untuk pengetahuan pihak tuan, ayah saya mengalami penyakit
kencing manis dan sudah 4 kali mengalami pembedahan mata. Kini keadaannya yang kurang
memuaskan dengan penglihatannnya yang kabur menyukarkan beliau untuk pergi ke pejabat. Saya
merasa sangat sedih dengan keadaan yang berlaku kepada bapa saya dan perkara ini pernah berlaku
kepada arwah bapa mertua saya yang telah kembali ke Rahmatullah pada tahun lepas. Arwah bapa
mertua telah banyak berusaha membantu saya untuk membuat pertukaran ke Kelantan seperti pergi ke
Putrajaya untuk membuat rayuan pertukaran. Namun harapannya tidak kesampaian. Oleh itu besarlah
harapan saya supaya dapat menjaga dan merawat bapa saya selagi hayat dikandung badan.

5. Untuk pengetahuan pihak tuan sudah banyak kali saya membuat permohonan dan juga rayuan
untuk pertukaran ke negeri Kelantan dan malang sekali permohonan saya ditolak. Permohonan saya ini
adalah di atas alasan yang sangat kukuh dan bukan bertujuan suka-suka dan usaha saya ini berterusan
sehinggalah hampir lima tahun bertugas sebagai pendidik. Dengan itu, saya berharap pihak tuan lebih
prihatin dan mengkaji masalah yang saya hadapi dengan teliti, seterusnya meluluskan permohonan saya
ke Kelantan. Segala jasa baik dan budi bicara daripada pihak yang bertanggungjawab saya dahului
dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkhidmat Untuk Negara’

Saya yang menurut perintah,

……………………………………………..

Puan Siti Suraya Binti Mohamed

(830623035836)

Anda mungkin juga menyukai