Anda di halaman 1dari 2

Tarikh

: 4 April 2013

Suriani Binti Shoeib SK Kuala Teriang Langkawi 07100 Langkawi Kedah Darul Aman. Y.B. DR. MOHD PUAD ZARKASHI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BLOK E, KOMPLEKS E, PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604 PUTRAJAYA

Tuan, PERMOHONAN PERTUKARAN GURU DALAM NEGERI BAGI SESI JUN 2013 Adalah dengan segala hormatnya, saya ingin mengucapkan salam sejahtera kepada Tuan serta keluarga dan saya mendoakan semoga sentiasa berada di dalam keadaan sihat sejahtera serta dilimpahkan rezeki, kebaikan dan keberkatan dalam menjalankan tugas seharian. Saya seperti nama di atas adalah seorang guru Sekolah Kebangsaan Kuala Teriang, Langkawi, Kedah, No. K/P 801216-02-5216 telah memohon pertukaran guru antara Daerah bagi sesi Jun 2013. Di sini saya ingin merayu kepada Tuan agar memberi peluang kepada saya bertukar ke Daerah Kubang Pasu, Kedah. Untuk makluman Tuan, antara sebab utama adalah untuk hidup bersama anak-anak dan suami Encik Fauzi Bin Abdul Rahman yang bertugas sebagai Penolong Pengarah Kanan Teknikal, ICU, Jabatan Perdana Menteri. Perkhidmatan saya di Langkawi mencecah 4 tahun dan selama itulah saya tidak pernah hidup sebumbung dengan suami saya.

Selain daripada itu, saya menguruskan sendiri 3 orang anak tanpa suami disisi. Dua anak lelaki berusia 6 dan 3 tahun,serta anak perempuan berusia 10 bulan. Adalah menjadi kesulitan apabila anak saya jatuh sakit kerana suami tidak boleh sampai secept mungkin kerana perlu menaiki bot. Salah seorang anak saya mengalami Allergy serta perlu dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (ALor Setar)setiap 3 bulan sekali. Selain dari sebab di atas, saya memikirkan faktor keselamatan diri hidup berasingan dengan suami. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya sudi apalah kiranya Tuan dapat memberi pertimbangan yang sewajarnya dan seterusnya meluluskan permohonan saya ini. Di atas segala bentuk bantuan serta sokongan Tuan berkenaan perkara tersebut di atas, amatlah saya hargai dan saya sanjung tinggi. Saya juga doakan semoga Tuan sekeluarga berada di dalam peliharaanNya dan sentiasa beroleh kesihatan yang baik. Sekian. Terima Kasih. Yang Benar,

Suriani Binti Shoeib 801216-02-5216

Anda mungkin juga menyukai