Anda di halaman 1dari 28

KERTAS KERJA

PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU


TAHUN 2015
1.0

PENDAHULUAN

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta


Pendidikan 1996, Bahasa Melayu adalah mata pelajaran teras di semua
sekolah rendah dan menengah. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat
membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan akal budi dan
pemikiran rakyat. Selain itu juga, bahasa berperanan sebagai pemangkin
kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua
rakyat dalam satu wawasan. Selaras dengan matlamat kurikulum Bahasa
Melayu untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian,
pendidikan, dan pekerjaan, maka Panitia Bahasa Melayu, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina Chun Yin akan menganjurkan Minggu Bahasa Melayu buat
kali pertama.
2.0

RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha mendaulatkan dan memperkasa


bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Lantaran itu, pelbagai aktiviti
mampu dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajarpelajar agar lebih mahir berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta
akan bahasa kebangsaan. Selain itu, ini dapat menjadi medan awal dalam
membuat pemilihan antara murid-murid bagi mewakili sekolah dalam
pelbagai kategori pertandingan berkaitan bahasa Melayu.
3.0

MATLAMAT PROGRAM

Membimbing dan meningkatkan pengetahuan tentang aspek budaya sesuatu


bahasa terutamanya dari segi kesantunan dan kepersisan bahasa.
5.0

OBJEKTIF PROGRAM
5.1

Mendedahkan keunikan bahasa Melayu dari pelbagai aspek.

5.2

Meningkatkan penghayatan terhadap


sebalik kewujudan bahasa Melayu.

kehalusan

budaya

di

5.3 Menimbulkan minat dalam kalangan individu untuk menguasai


bahasa Melayu.
5.4

6.0
Tarikh

Melahirkan individu yang menghayati dan mengamalkan nilai


murni, sikap positif, dan semangat patriotik bertunjangkan
bahasa Melayu.

TEMPAT, TARIKH DAN MASA


: 2, 3, 4, 5 dan 6 Mac 2015

Tempat

: Dewan Sekolah dan Bilik Darjah

Masa

: 8.00 pagi 1.35 petang (mengikut jadual)

7.0

KUMPULAN SASARAN

Semua murid, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chun Yin


8.0

KEWANGAN

Sila Lihat Lampiran 1


9.0

JAWATANKUASA KERJA

Sila Lihat Lampiran 2


10.0 SENARAI TUGAS
Sila Lihat Lampiran 3
11.0 SENARAI PERTANDINGAN
Sila Lihat Lampiran 4
12.0 ATURCARA PERTANDINGAN
Sila lihat Lampiran 5
13.0 BORANG PENYERTAAN
Sila lihat Lampiran 6
14.0 BAHAN-BAHAN PERTANDINGAN
Sila lihat Lampiran 7
15.0 PENUTUP
Segala program yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah
digarisi. Semoga semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan
dan kelulusan daripada pihak tuan.
Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,

Diluluskan oleh,

......................................................
....................

.....................................

(GAN SHAI LEE)

(BONG SIN CHOY)

Setiausaha,

Guru Besar,

Program Minggu Bahasa,


SJK (C) Chun Yin.

SJK (C) Chun Yin.

Lampiran 1
A. Anggaran Pendapatan
Bil.
Perkara
1. Peruntukan Panitia

Jumlah (RM)
150

B. Anggaran Perbelanjaan
Bil.

1.

2.
3.
4.
3.

Perkara

Sijil Penghargaan :
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3
Tahun 4
Tahun 5
Tahun 6
Buku Tulis Garis Tiga
Kertas Kajang
Buku Program
Lain-lain :
Fotostat
Cetakan

Harga
Per
Unit
(RM)

Kuantiti

Jumlah
(RM)

0.90
0.90
0.90
0.90
0.90
0.90
0.80
11.00
1.50

12
15
15
15
18
18
6
1 (rim)
5 (set)

10.80
13.50
13.50
13.50
16.20
16.20
4.80
11.00
7.50

Jumlah Besar

10.00
10.00
107.00

Lampiran 2
JAWATANKUASA KERJA
PROGRAM MINGGU BAHASA MELAYU TAHUN 2015
Pengerusi

: Encik Bong Sin Choy

(Guru Besar)

Naib Pengerusi

: Puan Sin Yoke Koon

(Guru Penolong Kanan 1)

Penyelaras

: Puan Siti Husna

(Ketua Panitia Bahasa Melayu)

Setiausaha

: Cik Gan Shai Lee

Bendahari

: Cik Low Kai Xin

Ahli Jawatankuasa Guru


Pengurusan Peserta

: (Guru Bahasa Melayu Setiap Kelas)

Pengurusan Tempat

: Pn. Siow Sin Yee

Sistem Audio

: Cik Toon See Yin

Disiplin

: Pn. Yap Kwan Ho

Cenderamata & Cenderamata

: Cik Low Kai Xin

Borang Penyertaan

: Cik Gan Shai Lee

Penyediaan Bahan/ Tajuk

: Bercerita Tahap 1 & 2

: Syarahan

(Pn. Siti Husna)

: Silang Kata

Jurugambar
Hakim Pertandingan
Low Kai Xin)

(Cik Low Kai Xin)


(Pn. Siti Husna)

: Tulisan Tercantik

(Pn. Siow Sin Yee)

: Permainan SAHIBBA

(Cik Gan Shai Lee)

: Ujian Bertulis

(Cik Gan Shai Lee)

: En. Cha Nyien Sin


: Bercerita Tahap 1
: Bercerita Tahap 2

(Pn. Siow Sin Yee, Cik

(Pn. Yap Kwan Ho, Cik Gan

Shai Lee)
: Syarahan

(Pn. Yap Kwan Ho, Pn. Siti Husna)

: Pantun

(Pn. Siow Sin Yee, Cik Gan Shai Lee)

: SAHIBBA

(Cik Low Kai Xin, Pn. Siti Husna)

Lampiran 3
SENARAI TUGAS

Pengurusan Peserta
pertandingan.

: Menyediakan peserta sebelum dan semasa

Pengurusan Tempat
pertandingan.

: Menyediakan meja untuk hakim


: Menyediakan tempat duduk para guru serta

tetamu.
Sistem Audio
: Menyediakan pembesar suara serta
kelengkapan yang berkaitan.
Disiplin

: Mengawal disiplin murid-murid.

Hakim Pertandingan
secara adil.
Jurugambar
menyertai

: Menilai kemampuan serta bakat peserta


: Mengambil gambar-gambar murid-murid yang
pertandingan untuk dijadikan sebagai laporan.

Cenderamata
Sijil Penyertaan

: Menyediakan cenderamata untuk hakim.


: Menyediakan sijil penyertaan untuk para peserta.

Penyediaan Bahan/ Tajuk


Kata

Bercerita

Syarahan

SAHIBBA

Tulisan

Silang

Ujian Bertulis

Lampiran 4
SENARAI PERTANDINGAN
Pertandingan Tulisan Tercantik
Pertandingan Syarahan

: Tahap 1

: Tahap 2 (5,6)

Pertandingan Ujian Bertulis

: Tahap 2

Pertandingan Silang Kata

: Tahap 2 (4,5,6 Kuning)

Pertandingan Bercerita

: Tahap 1 (3)
Tahap 2 (4)

Pertandingan SAHIBBA

: Tahap 1 (3)
Tahap 2 (4,5,6 Merah)

Pertandingan
Tulisan Tercantik
Pantun

T1

T2

T3

T4

T5

T6

K
M

M
K
M

M
K
M

Bercerita

Syarahan
Ujian Bertulis
Silang Kata
SAHIBBA

Lampiran 5

ATURCARA PERTANDINGAN
HARI

TARIKH

MASA

Isnin

09-02-15

10.45 pg
11.45
pg
10.45 pg
11.45
pg
10.45
11.45 pg

Selasa

03-03-15

Rabu
Khamis
Jumaat

8.30 pagi
04-03-15
8.30 pg
05-03-15
8.30 pg
06-03-15 8.30 pagi

TAHU
N
4, 5, 6
(Kunin
g)

TEMPAT

PERTANDINGAN

Bilik
Darjah

Silang Kata

4,5,6
(Merah
)
5, 6
(Merah
)
1,2,3
1, 2
3, 4
5, 6

Dewan B

Sahibba
(murid yang terlibat
sahaja)
Ujian Bertulis

Bilik
Darjah
Dewan B
Dewan B
Dewan B

Tulisan Tercantik
Pantun
Bercerita
Syarahan

Lampiran 6
BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN

: MELAFAZKAN PANTUN

KELAS
BIL.
1
2
3
4
5
6
PERTANDINGAN
KELAS

: TAHUN 1
NAMA

CATATAN

: MELAFAZKAN PANTUN
: TAHUN 2

BIL.
1
2
3
4
5
6

NAMA

CATATAN

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN
KELAS
BIL.
1
2
3
4
5
6
PERTANDINGAN

: BERCERITA
: TAHUN 3
NAMA

: BERCERITA

CATATAN

KELAS

: TAHUN 4

BIL.
1
2
3
4
5
6

NAMA

CATATAN

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN
KELAS
BIL.
1
2
3
4
5
6
PERTANDINGAN
KELAS
BIL.
1
2
3
4
5
6

: SYARAHAN
: TAHUN 5
NAMA

CATATAN

: SYARAHAN
: TAHUN 6
NAMA

CATATAN

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN
KELAS
BIL.
1
2
3
4
PERTANDINGAN
KELAS
BIL.
1
2
3
4
PERTANDINGAN
KELAS
BIL.
1
2
3
4

: SAHIBBA
: TAHUN 4 MERAH
NAMA

CATATAN

: SAHIBBA
: TAHUN 5 MERAH
NAMA

CATATAN

: SAHIBBA
: TAHUN 6 MERAH
NAMA

CATATAN

Lampiran 7

Tahun 1
Terang bulan di malam sepi,
Cahya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Pergi mendaki Gunung Daik,


Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Selasih tumbuh di tepi telaga,


Selasih dimakan si anak kuda,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Buah cempedak bentuknya bujur,


Sangat disukai oleh semua,
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.

Cuaca gelap semakin redup,


Masakan boleh kembali terang,
Budi bahasa amalan hidup,
Barulah kekal dihormati orang.

Terang bulan di malam sepi,


Cahya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Adik ke kedai membeli halia,


Emak memesan membeli laksa,
Jadilah insan berhati mulia,
Berhati baik berbudi bahasa.

Selasih tumbuh di tepi telaga,


Selasih dimakan si anak kuda,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Pakai baju warna biru,


Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak ditaati,
Mana yang dapat jangan dilupa.

Hendak belayar ke Teluk Betong,


Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Tahun 2

Air melurut ke tepian mandi,


Kembang berseri bunga senduduk,
Elok diturut resmi padi,
Semakin berisi semakin tunduk.

Terang bulan di malam sepi,


Cahya memancar kepangkal kelapa,
Hidup di dunia buatlah bakti,
Kepada ibu dan juga bapa.

Hendak belayar ke Teluk Betong,


Sambil mencuba labuhkan pukat,
Bulat air kerana pembetung,
Bulat manusia kerana muafakat.

Selasih tumbuh di tepi telaga,


Selasih dimakan si anak kuda,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Bandar baru Seberang Perai,


Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan tulang berkecai,
Budi yang baik dikenang juga.

Adik ke kedai membeli halia,


Emak memesan membeli laksa,
Jadilah insan berhati mulia,
Berhati baik berbudi bahasa.

Pakai baju warna biru,


Pergi ke sekolah pukul satu,
Murid sentiasa hormatkan guru,
Kerana guru pembekal ilmu.

Cuaca gelap semakin redup,


Masakan boleh kembali terang,
Budi bahasa amalan hidup,
Barulah kekal dihormati orang.

Bintang tujuh sinar berseri,


Bulan purnama datang menerpa,
Ajaran guru hendak ditaati,
Mana yang dapat jangan dilupa.

Adik ke kedai membeli halia,


Emak memesan membeli laksa,
Jadilah insan berhati mulia,
Berhati baik berbudi bahasa.

Parang tajam tidak berhulu,


Buat menetak si pokok Ru,
Bila belajar tekun selalu,
Jangan ingkar nasihat guru.

Buah cempedak bentuknya bujur,


Sangat disukai oleh semua,
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.

Pergi ke kedai naik beca,


Beca dinaik bersama tamu,
Rajin-rajin adik membaca,
Membaca baik menambah ilmu.

Pergi mendaki Gunung Daik,


Hendak menjerat kancil dan rusa,
Bergotong-royong amalan yang baik,
Elok diamalkan setiap masa.

Budak-budak berkejar-kejar,
Rasa gembira bermain di sana,
Kalau kita rajin belajar,
Tentu kita akan berjaya.

Buah cempedak bentuknya bujur,


Sangat disukai oleh semua,
Jika kita bersikap jujur,
Hidup kita dipandang mulia.

Tumbuh melata si pokok tebu,


Pergi ke pasar membeli daging,
Banyak harta tak ada ilmu,
Ibarat rumah tidak berdinding.

Selasih tumbuh di tepi telaga,


Selasih dimakan si anak kuda,
Kasih ibu membawa ke syurga,
Kasih saudara masa berada.

Tahun 3
Rubah Yang Baik Hati
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Rubah
yang baik hati.
Pada suatu hari, seorang pemburu tertembak mati seekor ibu robin.
Tembakan itu telah mengakibatkan tiga ekor anak robin menjadi anak yatim.
Mereka adalah anak0anak robin yang baru sahaja menetas. Mereka langsung
tidak tahu apa-apa pun, apatah lagi mencari makan. Anak-anak robin itu
amat merindui ibu mereka yang selalu menyuapkan mereka makanan. Anakanak robin itu menggeletar kesejukkan sambil mencicit dengan sedih.
Mereka tersangat ingin ibu mereka kembali.
Siapakah yang tidak sedih akan keadaan anak-anak burung ini? kata
seekor rubah yang berada betul-betul di bawah sarang robin itu. Rubah
berkata kepada burung-burung yang lain, Oh, sahabat-sahabat yang baik
hati, jangan awak semua biarkan anak-anak burung yang memerlukan
bantuan ini begitu sahaja! Marilah kita tolong anak-anak burung ini! Mari
kita berikhtiar menambahkan lagi jerami ke dalam sarang itu. Dengan apaapa cara pun kita mesti selamatkan anak-anak burung robin ini. Bukankah ini
lebih penting daripada perkara-perkara lain? marilah tekukur, cabutlah
bulu pelepah awak itu dan buat satu lapisan cadar lembut untuk mereka.
Awak pula, Lark! Cukuplah awak ternamg berlegar-legar di udara. Carilah
makanan dan beri sebahagiannya kepada anak-anak burung robin ini.
Awak, Merpati, bolehkah awak tinggalkan sarang lama awak dan menjadi
ibu angkat kepada anak-anak burung robin ini? Awak, Burung
Layang0layang, pergi tangkap beberapa ekor lalat untuk dijadikan makanan
ketiga-tiga ekor anak burung robin ini. Awak pula, Burung Tukang yang baik
hati, nyanyikanlah beberapa buah lagu yang merdu supaya anak-anak
burung ini boleh tidur dengan lena. setelah kita jaga anak-anak burung ini
dengan penuh kasih saying, saya percaya kita boleh tolong mereka
melupakan kesedihan kerana kehilangan ibu mereka. Mari kita
Belum lagi rubah menghabiskan kata-katanya, ketiga=tiga ekor anak
burung itu terjatuh dari dalam sarang kerana tidak tahan kelaparan. Anakanak burung itu kebetulan terjatuh di sisi rubah. Air muka rubah yang baik
hati it uterus hilang entah ke mana. Ia duduk sambil mengunyah anak-anak
burung itu.
Cerita ini telah menyampaikan nilai moral kepada kita, orang yang baik
hati tidak akan berkata sahaja tetapi melakukannya. Sekian,Terima kasih.

Tahun 3
Dua Ekor Keldai Dengan Perompak
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Dua Ekor
Keldai Dengan Perompak.
Terdapat dua ekor keldai sedang berjalan mengekori tuan mereka dan
pembantunya. Kedua-dua ekor keldai memikul barang yang dimuatkan di
dalam beg. Salah seekor keldai memikul beg yang berisikan penuh dengan
duit syiling emas. Seekor keldai lagi memikul beg yang berisikan penuh
dengan biji-bijian.
Keldai yang memikul duit syiling emas itu berjalan dengan penuh gaya,
seolah-olah mengetahui barang yang dibawanya itu amat berharga. Keldai
itu asyik menggoyang-goyanglan loceng yang tergantung pada lehernya.
Loceng itu mengeluarkan bunyi yang nyaring. Keldai yang seekor lagi pula
berjalan dengan langkah yang mantap. Ia mengikut tuannya tanpa sepatah
kata.
Tiba-tiba, tiga orang perompak yang bersembunyi di sebalik semak di tepi
jalan meluru keluar. Perompak-perompak itu menerpa kea rah keldai-keldai
untuk merompak barang yang dibawa mereka. Tuan punya keldai dan
pembantunya bertarung hebat dengan perompak=perompak itu. Salah
seorang perompak mengeluarkan sebilah pisau pendek lalu mencederakan
keldai yang membawa duit syiling emas itu.
Akhirnya perompak-perompak itu merampas semua duit syiling emas.
Walau bagaimanapun, mereka langsung tidak member perhatian kepada
keldai yang membawa biji-bijian itu. Setelah perompak-perompak itu pergi
dari situ, keldai yang telah dirompak dan dicederakan itu pun terbaling di
atas tanah. Keldai itu mengeluh kesakitan dan mengadu akan nasibnya yang
malang, Inikah ganjaran yang saya peroleh daripada manusia? Sahabat
saya yang baik tidak dianggap penting itu sebaliknya tidak mengalami apaapa kecelakaan. Saya pula yang menerima nasib malang ini!
Setelah mendengar kata-kata tersebut, barulah keldai yang seekor lagi itu
bersuara, Wahai sahabatku, kita tidak semestinya dilayan dengan baik
walaupun kita dipandang tinggi. Saya pula amat gembira jika orang lain
memandang rendah terhadap saya. Oleh itu saya tidak mengalami sebarang
kecederaan.
Janganlah kita terlalu bermegah dengan harta kekayaan kita kerana
perbuatan sedemikian hanya akan membawa bencana.
Sekian, terima kasih.

Tahun 3
Wanita Tua Dengan Doktor
Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para hakim yang bijaksana, guruguru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah Wanita
Tua Dengan Doktor.
Pada masa dahulu, terdapat seorang wanita tua yang amat kaya. Dia
memiliki sebuah rumah yang besar. Di samping itu, terdapat pelbagai barang
yang bernilai tinggi di dalam rumahnya. Malangnya wanita tua itu telah
menghidapi penyakit mata dengan tiba-tiba. Dia Cuma dapat melihat secara
samar-samar sahaja.
Pada suatu hari, wanita tua itu menjemput seorang doktor merawat
penyakit matanya. Dia bersetuju membayar ganjaran yang amat besar
sebaik sahaja doktor itu Berjaya menyembuhkan penyakitnya. Doktor
tersebut mengubati mata wanita tua setiap hari. Setiap hari pula dia melihat
barang-barang yang amat cantik di dalam rumah wanita tua itu.
Doktor bertanya kepada wanita tua, Adakah barang-barang di rumah ini
amat berniali? wanita tua menjawab, Memanglah setiap barang ini amat
bernilai! setelah mendengar kata-kata wanita tua itu, niat jahat mula timbil
dalam lubuk hati doctor. Dia mahu mencuru satu barang wanita tua itu
ketika wanita tua menutup matanya untuk dibubuh ubat.
Dengan cara itu, setiap kali selepas mengubati mata wanita tua, doktor
pasti mencuri satu barang dari rumah wanita tua itu. Apabila wanita tua
sembuh daripada penyakit mata, barang-barang di dalam rumahnya itu juga
hamper habis dicuri. Bagaimanapun doktor masih tidak mengenal erti malu
atas perbuatannya. Dia tetap mahu meminta ganjaran daripada wanita tua
tetapi wanita tua tidak mahu membayarnya.
Doktor pun membawa wanita tua ke hadapan Tuan Hakim untuk diadili.
Doktor menuduh atas kesalahan wanita tua itu bahawa dia enggan
membayar ganjaran yang telah dijanjikan. Wanita tua tersebut terus
membelakan diri dengan menceritakan atas kecurian yang dilakukan oleh
doktor itu.
Tuan Hakim sungguh hairan. Beliau pergi menyiasat dan cuba memahami
keadaan yang sebenarnya. Setelah penyiasatan dijalankan, Tuan Hakim pun
menjatuhkan hukuman. Doktor diwajibkan memulangkan kesemua barang
yang dicurunya dari rumah wanita tua, kata Tuan Hakim. Di samping itu,

wanita tua tidak perlu member sebarang ganjaran. Akibatnya, doktor tidak
memperoleh apa-apa. Dia pergi dari situ dengan penuh kecewa.
Jangan cuba mengambil kesempatan terhadap kesusahan seseorang.
Sekian, terima kasih.

Tahun 4
Si Tanggang Anak Derhaka.
Selamat pagi kawan-kawan. Pada hari ini saya ingin menyampaikan
sebuah cerita yang bertajuk, Si Tanggang Anak Derhaka.
Di dalam sebuah kampung, tinggallah sepasang suami isteri bernama
Si Talang dan Si Deruma. Mereka mempunyai seorang anak lelaki bernama
Si Tanggang. Kehidupan mereka amatlah miskin. Si Tanggang merupakan
seorang kanak-kanak yang bercita-cita tinggi. Akan tetapi, hidupnya yang
serba kekurangan menjadi penghalang cita-citanya.
Pada suatu hari, Si Tanggang terlihat sebuah kapal besar berlabuh di
muara sungai berhampiran rumahnya. Si Tanggang pergi mencuba nasib
berjumpa nakhoda kapal tersebut meminta untuk dijadikan anak kapalnya.
Walaupun ibu dan bapanya keberatan untuk melepaskan Si Tanggang
belayar, tetapi mereka terpaksa mengalah. Si Tanggang berjanji akan pulang
ke kampung semula setelah menjadi kaya.
Nakhoda amat menyukai Si Tanggang yang rajin bekerja. Lalu, Si
Tanggang diambil sebagai anak angkatnya. Apabila nakhoda menjadi uzur, Si
Tanggang dilantik menjadi nakhoda yang baru. Dia digelar Nakhoda
Tanggang.
Si Tanggang sangat cekap berniaga. Dia menjadi kaya raya dan
namanya menjadi terkenal. Kehebatan Si Tanggang sampai ke telinga sultan.
Tidak lama kemudian, sultan mengahwinkan puterinya dengan Si Tanggang.
Si Tanggang membawa isterinya belayar ke merata tempat dan negeri.
Pada suatu hari, kapal Si Tanggang berlabuh di muara sungai kampung
asal-usulnya. Kedua ibu bapanya berasa amat gembira. Mereka mendayung
sampan menuju ke kapal Si Tanggang.

Apabila tiba di kapal, seorang anak kapal melarang mereka naik. Si


Tanggang malu melihat keadaan ibu bapanya yang daif. Ibu bapanya
memanggil-manggil Si Tanggang tetapi Si Tanggang berpura-pura tidak
mengenali mereka. Apabila isterinya bertanya, Si Tanggang mengatakan
bahawa ibu bapanya sudah tiada.
Si Tanggang menghalau ibu bapanya. Ibu bapanya berdayung ke
tebing sungai dengan perasaan sedih dan kecewa. Apabila tiba di daratan,
ibunya memandang ke langit dan berdoa : Oh, Tuhan tunjukkanlah
kepada anak kandungku Si Tanggang bahawa akulah ibu
kandungnya.
Tiba-tiba, angin bertiup kencang dan petir berdentum. Laut bergelora
dan kapal Si Tanggang terumbang-ambing dipukul ombak. Ketika itulah Si
Tanggang berasa kesal. Dia sedar Tuhan telah memperkenankan doa ibunya.
Dia akan menerima balasannya kerana telah menderhaka. Akhirnya, Si
Tanggang berteriak meminta ampun kepada ibunya :Ibuampunkan
Tanggang(2X).
Akan tetapi, penyesalannya sudah tidak berguna lagi. Kapalnya pecah
akibat dipukul ombak yang kuat. Apabila ribut reda Si Tanggang, isterinya,
kapalnya,dan semua anak kapalnya telah bertukar menjadi batu.
Oleh itu kawan-kawan, janganlah kita menderhaka kepada ibu dan
bapa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.
Sekian, terima kasih.

Tahun 4
Shiou Peh
Tolong diam, Syajid menjerit di dalam kelas pada suatu pagi.
Tolong senyap, sesiapa yang bising saya akan catat nama mereka dan
berikan kepada Cikgu Haniza, kata Syajid lagi.
Raju.Kamal.Ah Kaw, duduk di tempat kamu. Nanti saya adukan
perbuatan kamu kepada cikgu! kata Syajid memberi amaran.
Raju, Kamal, dan Ah Kaw tidak sudah-sudah mengusik Shiou Peh,
seorang murid yang pendiam di kelas tersebut. Mereka cuba mengambil
bungkusan yang terdapat dalam beg Shiou Peh.
Jajangan ambil beg saya,kata Shiou Peh. Air matanya mula
mengalir.
Raju..Kamal..Ah Kaw, kenapa kamu bertiga suka mengusik Shiou
Peh, kata Shikin yang duduk di sebelah Shiou Peh.
Kami suka.kami seronokHa..HaHaHo. Ah Kaw ketawa
terbahak-bahak.
Syajid berasa kasihan melihat Shiou Peh diusik oleh kawan-kawannya.
Setahunya, Shiou Peh seorang murid yang baik dan tidak pernah
mengganggu sesiapa.

Siapa yang bising tadi hingga saya terdengar di bilik mesyuarat? Cepat
bangun, kalau tidak saya akan denda seluruh kelas, kata Cikgu Haniza
apabila masuk ke kelas.
Raju.Kamal dan Ah Kaw mengusik Shiou Pei cikgu, beritahu Syajid.
Kamu bertiga, pergi minta maaf kepada Shiou Peh. Saya tidak suka
kamu berbalah sesama sendiri. Kita hidup mestilah hormat-menghormati
bukannya mengusik perasaan orang lain, nasihat Cikgu Haniza.
Kami minta maaf, Shiou Peh. Kami berjanji tidak akan mengusik kamu
lagi, kata mereka bertiga.
Saya maafkan, kata Shiou Peh sambil mengesat air matanya.
RinggRingRing.Loceng rehat berbunyi. Semua murid keluar
kelas untuk ke kantin. Seperti biasa Shiou Peh akan berjalan ke belakang
penjuru blok sekolah. Di tangannya terpegang satu bungkusan.
Apa yang hendak dibuat Shiou Peh? Apakah dalam bungkusan itu?
kata Syajid dalam hati.
Syajid mengekori Shiou Peh dari belakang. Tiba di belakang penjuru blok
sekolah, Shiou Peh pun mengeluarkan batang-batang straw dan manik-manik
kecil daripada bungkusan yang dibawanya.
Dengan pantas Shiou Peh menganyam batang-batang straw dan manikmanik kecil tadi menjadi kuntuman bunga yang kecil dan menarik. Dengan
perasaan ingin tahu, Syajid menghampiri Shiou Peh perlahan-lahan.
Apa yang kamu buat ni, Shiou Peh? tanya Syajid.
Ti..tidak ada apa-apa, jawab Shiou Peh gugup kerana terkejut.
Shiou Peh tergesa-gesa bangun dan cuba beredar.
Eh, nanti dulu, Shiou Peh, kata Syajid.
Kenapa kamu buat semua ini? Jika kamu ada masalah, beritahulah
kepada saya. Sebagai seorang sahabat, saya akan cuba menolong kamu, jika
kamu dalam kesusahan.
Tak mengapalah, biar semua ini menjadi rahsia diri saya, jawab Shiou
Peh menundukkan kepala.
Cakaplah, kenapa? pujuk Syajid.
Akhirnya Shiou Peh mengalah.
Saya terpaksa melakukan semua ini untuk menampung perbelanjaan
harian di rumah. Keluarga saya miskin. Ayah saya sedang terlantar sakit di
hospital. Adik-adik saya ramai yang bersekolah. Emak saya bekerja mencuci
kain di rumah orang. Sebagai anak sulung saya berasa bertanggungjawab
membantu emak mencari duit, terang Shiou Peh panjang lebar.
Kamu buat bunga-bunga straw ini untuk dijual? tanya Syajid.
Ya, kata Shiou Peh.
Ayah kamu sakit apa? tanya Syajid lagi.
Dia sakit jantung. Penyakitnya sudah mencapai tahap kritikal, jawab
Shiou Peh sedih.

Air matanya mula mengalir.


Ringgring.ringg.Loceng tamat waktu rehat berbunyi.
Tak apalah, Shiou Peh. Kita balik ke kelas dahulu. Saya akan cuba untuk
membantu awak nanti, kata Syajid dengan lembut.
Malam itu Syajid memikirkan cara untuk membantu Shiou Peh. Syajid
mengeluarkan wang dari tabung ayamnya. Dia bercadang untuk
mendermakan wang itu kepada Shiou Peh. Keesokan harinya, Syajid
berjumpa dengan Cikgu Haniza. Dia menceritakan penderitaan keluarga
Shiou Peh kepada cikgunya.
Saya cadangkan kita mengadakan kutipan derma untuk membantu
Shiou Peh, Cikgu,kata Syajid.
Ini wang simpanan hasil lebihan wang belanja saya untuk didermakan
kepada Shiou Peh, kata Syajid lagi.
Terima kasih Syajid. Cikgu bangga dengan kamu. Cikgu akan
kemukakan cadangan kamu itu kepada pihak atasan. Kita juga mungkin
meminta kerjasama pihak akhbar supaya membantu memungut derma
untuk Shiou Peh, kata Cikgu Haniza.
Syahid berjalan pulang ke keluarga. Hatinya berasa lega kerana dapat
menolong sesama insan.Semasa melangkah masuk ke dalam kelasnya Syajid
memandang Shiou Peh dan tersenyum. Shiou Peh membalas senyuman itu
tanpa mengerti apa-apa.
Semoga hari-hari akan mendatang, persahabatan kita erat seperti
eratnya kuntuman bunga straw awak, Shiou Peh, kata Syajid dalam hatinya.

Tahun 5 & Tahun 6


MUHIBAH DAN PERPADUAN
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang bijaksana,
guru-guru besar, guru-guru dan para hadirin yang dihormati sekalian. Salam
perpaduan dan salam Satu Malaysia saya ucapkan.
Muhibah dan Perpaduan begitulah tersusun tajuk bicara saya pada
pagi yang mulia ini. Menurut Kamus Dewan, muhibah bererti percintaan,
perasaan persahabatan dan kemesraan. Manakala perpaduan pula
membawa maksud kerjasama dan persefahaman. Dengan kata lain, tajuk

syarahan ini boleh diertikan sebagai semangat kerjasama, saling bantumembantu tanpa mengira bangsa, agama dan kebudayaan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Umum mengetahui, cabaran pertama Wawasan 2020 ialah mewujudkan
rakyat Malaysia yang bersatu padu serta mempunyai matlamat yang
dikongsi bersama. Ini jelas membuktikan bahawa perpaduan merupakan
unsur terpenting dalam usaha kerajaan memajukan negara. Manakala,
gagasan Satu Malaysia pula merupakan penerus penyatuan rakyat Malaysia
yang berbilang kaum ini. Gagasan ini mengukuhkan lagi perpaduan yang
sedia terjalin bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,
selamat dan makmur. Perpaduan adalah senjata yang paling ampuh dalam
mencapai sesuatu kejayaan.
Para hadirin,
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, Malaysia telah memperkenalkan Dasar
Ekonomi Baru pada tahun 1970, di mana objektif dan strategi yang telah
dilaksanakan adalah untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia
ke arah pembangunan negara. Antara langkah-langkah yang telah diambil
ialah menyusun semula masyarakat dari segi politik, ekonomi dan sosial
serta mengadakan peraturan dan undang-undang untuk memelihara
keharmonian antara kaum. Kempen-kempen untuk mengukuhkan perpaduan
kaum dipergiatkan lagi. Kerajaan telah menzahirkannya dengan
menggalakkan sambutan perayaan seperti Rumah Terbuka Aidilfitri, Tahun
Baru Cina, Deepavali dan Krismas secara besar-besaran untuk mewujudkan
semangat muhibah dan perpaduan.
Para hadirin yang dihormati,
Sering kali kita lihat peristiwa-peristiwa seperti peperangan, rusuhan
dan pembunuhan menghiasi dada akhbar-akhbar. Ini jelas menunjukkan
tiada perasaan kerjasama dan toleransi di antara satu sama lain. Peristiwa
13 Mei, seharusnya kita jadikan iktibar. Mempertahankan negara dari musuh
dan ancaman luar adalah tanggungjawab kita bersama. Kita perlu sedar dan
sentiasa berpegang kepada nilai-nilai patriotik seperti kesetiaan, keberanian,
rela berkorban, kesukarelaan,dan
cintakan bangsa dan negara. Setiap
rakyat harus menyemai roh perpaduan sejak kecil lagi. Bak kata pepatah
Melentur buluh, biar dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa berperanan
penting di samping institusi pendidikan negara. Bermula dengan Laporan
Razak, diikuti dengan Penyata Rahman Talib, kini termaktubnya Akta dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan , pelaksanaanya berteraskan perpaduan
rakyat.

Hadirin yang budiman,

Tajuk telah saya bentangkan, isi telah saya kupaskan dan saya pasti,
hadirin sekalian bersetuju jika saya katakan nilai muhibah dan perpaduan
menjadi tunjang keamanan, kemakmuran dan pembangunan negara. Jatuh
bangunnya negara kita adalah di tangan kita. Justeru itu, kita sebagai
generasi dan pewaris bangsa Malaysia perlu mengekalkan dan
memantapkan perpaduan yang sedia terjalin demi menjamin keunggulan
bangsa kita iaitu bangsa Malaysia. Sebelum mengundurkan diri, saya ingin
memetik untaian kata perdana menteri kita iaitu "Kita berdiri, berfikir dan
bertindak sebagai bangsa Malaysia yang merentasi tembok dan kepompong
etnik". Saya percaya muhibah dan perpaduan mampu meruntuhkan tembok
perkauman ini.
Sekian, terima kasih.

Tahun 5 & Tahun 6


SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN
Cincin suasa cincin pusaka,
Disimpan rapi dalam peti;
Cintai negara sayangi bangsa,
kekalkan perpaduan tanpa sangsi.
Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.
Salam bahagia dan sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi
Majlis, Yang Berbahagia Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif dan berdiri
di atas paksi keadilan, guru-guru dan tidak dilupakan hadirin sekalian yang
saya muliakan. SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN , demikianlah
bunyinya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi yang mulia
ini.
Hadirin sekalian,
Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan
satu impian, kita akan jadikan Malaysiasebuah negara lebih kuat, gagah
perkasa dan Berjaya. Begitulah kata Dato seri najib tun razak selaku
perdana menteri Malaysia keenam negara kita yang faham akan secara
realitinya masyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu
bersatu bagi menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.
Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata
dan realiti sebenar rakyat pelbagai kaum di negara ini. 1Malaysia diwujudkan
dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi
membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita
sebagai satu bangsa. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi
kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa
hadapan.
Sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif telah diperkenalkan
dalam konsep satu Malaysia ini. Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah
hati, penerimaan, kesetian, meritokrasi, pendidikan dan integriti, kelapanlapan nilai ini telah menjadi asas kepada satu Negara satu bangsa.
Para hadirin,
Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan.
Contohnya sebagai kawan, anda setia kepada kawan anda tak kisah dari segi
keturunan dan keagamaan, kerana kesetiaan tersebut akan membina
kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan seorang yang lain.
Dengan adanya kepercayaan antara kawan, maka wujudlah keharmonian di
antara jiran memandangkan jiran kita kawan kita. Semangat kejiranan yang

kukuh penyumbang kepada keamanan masyarakat. Tambahan pula,


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA begitulah bunyinya prinsip kedua
rukun Negara kita. Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara. Yang
di Pertuan Agong merupakan ketua negara yang menyimbolkan penyatuan
rakyat.

Perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan.


Apabila kita menyebut toleransi, mungkin kita tidak berapa suka akannnya,
tetapi tetap menerimanya kerana kita tiada pilihan. Tetapi jika kita bercakap
dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan pemikiran bahawa kita
menerima sepenuhnya sesuatu secara positif. Penerimaan dari segi kita
bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika kita sanggup menerima
sebarang perkara, kita mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka
dengan kepastian kita akan dapat melihat kepada semua perkara secara
lebih positif. Oleh hal yang sedemikian, dengan nilai penerimaan ini, kita
sebagai rakyat Malaysia patut menerima konsep satu Malaysia secara positif.
Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk manamana negara mencapai kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat
hanya empayar yang berteraskan akal yang terus wujud, khususnya dalam
konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada kekuatan tentera
tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Pendidikan yang disepadukan
dengan nilai, kita akan memiliki sebuah masyarakat yang bukan sahaja
dapat menempatkan pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain
malah dapat menghayati erti perpaduan yang dikecapi selama ini.
Saudara-saudari,
'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga
bukannya suatu pernyataan slogan yang kosong. Kita mesti sama-sama
menghayati kepentingan 'Satu Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya
dengan suasana sedia ada. Tidak ada satu bangsa hebat di dunia ini yang
mampu mencapai klimaks kehebatan dengan bangsanya yang berpecahbelah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu
dinafikan. Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula
dengan 'cita-cita kebernegaraan' yang dikongsi bersama.
Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu
diperkukuhkan lagi dengan menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan
bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat mewujudkan suasana negara yang
aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin
dan memberi
kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang
mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjamin akan memberi
perkembangan ekonomi yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati
limpahan daripada kerancakan ekonomi negara.

Para hadirin yang saya hormati,


Sebagai rumusan, setelah 58 tahun kita Merdeka, kita sebagai
rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama, budaya dan
adat resam memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama.
Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah
langkah yang amat bertepatan dengan suasana untuk menyatakan impian
satu bangsa satu Negara.
Sekian, terima kasih.

Tahun 4
Nama

Kelas

Lengkapkan silangkata dibawah berdasarkan gambar yang diberi.

Tahun 5
Nama :
Kelas :
Warnakan perkataan yang tersembunyi menggunakan pensel warna.

PETOLA

SEKOLAH

LEMBU

JAMBU

HIJAU

MALAYSIA

KUNCI

SUMBU

RUMAH

TELEFON

LAKSA

MERDU

TENTERA

SUDIP

PINTU

PANDU

PERIUK

GAJAH

BENDI

BAJU

SEMUT

MANDI

KERJA

KERUSI

KELAPA

BALDI

LAMPU

KEPALA

Tahun 6
Nama

Kelas

Anda dikehendaki mencari 7 perkataan yang tersembunyi dengan


menjawab soalan-soalan dibawah.

Anda mungkin juga menyukai