Anda di halaman 1dari 2

NORSAMILAH BINTI MUHAMAD

KAMPUNG BANTAYAN
91308 SEMPORNA,
SABAH

AMANAH IKHTIAR MALAYSIA


CAW PEGAGAU
91308 SEMPORNA,
SABAH 3 JULAI 2023

Tuan,

SEBAB TIDAK DAPAT HADIR KE MESYUARAT PUSAT

Merujuk perkara di atas saya sahabat Norsamilah binti Muhamad dari Pusat Wanita Maju cawangan
Pegagau, ingin menyatakan sebab tidak hadir ke mesyuarat pusat pada setiap minggu yang telah
lepas.

2. Ketidakhadiran saya adalah disebabkan menjaga kedua mertua saya yang telah uzur dan
kurang sihat. Memandangkan anak-anak kandung mereka jauh di perantauan, maka saya yang
dipertanggungjawabkan oleh suami untuk menjaga makan minum beliau kerana suami saya juga
bekerja.

3. Selain itu, bapa mertua saya juga pernah ditahan di wad hospital kerana kesihatannya yang
merosot. Disebabkan itu, beliau berada dalam pantauan pihak hospital dan diminta untuk hadiri
temujanji bersama doktor pakar di Kota Kinabalu, Sabah untuk rawatan susulan. Oleh itu, ketiadaan
orang dirumah mertua membuatkan saya tidak dapat kemana-mana kerana saya juga mempunyai
anak-anak kecil yang perlu dijaga yang sebelum ini dijaga oleh mak mertua jika saya ada urusan
penting.

4. Alhamdulillah, kebelakangan ini kesihatan kedua mertua saya dalam keadaan baik
dan saya dapat hadir ke Mesyuarat Pusat seperti biasa.

5. Saya berharap jasa baik dari pihak tuan dapat menerima sebab ketidakhadiran ini dan
membenarkan saya membuat pembentangan untuk pinjaman seterusnya.

Sekian, Terima kasih

Yang benar,

(NOR SAMILAH BINTI MUHAMAD)

Anda mungkin juga menyukai