Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada tuan/puan pegawai yang menilai kelulusan eg-tukar pada

tahun ini. Banyak faktor kenapa saya berharap sangat dapat ditukarkan ke Kelantan. Antaranya, saya PJJ
dengan suami yang bekerja di kota bharu, sekarang saya tengah sarat mengandung anak sulung kami
(31 minggu), jadi kesukaran untuk kami berjumpa dengan jarak 688km (pergi dan balik) terlalu
membebankan kedua pihak. Tambahan lagi,suami saya bekerja 6 hari seminggu (jumaat cuti), jadi sukar
untuk dia ulang-alik setiap minggu untuk berjumpa dengan saya. Dengan keadaan saya yang tengah
sarat jadi untuk saya balik ke Kelantan setiap minggu sangat sukar.

Selain itu, Saya sudah lama berada di negeri,daerah dan sekolah yang sama lebih dari 6 tahun. Oleh itu,
saya ingin merubah angin dan berkhidmat di negeri kelahiran saya di Kelantan. Disamping memenuhi
keperluan guru opsyen Pendidikan Khas Integrasi yang sangat diperlukan di Kelantan, dan saya berharap
saya boleh memenuhi keperluan itu.

Masalah kesihatan ibu saya yang menghidap minor strok pada awal tahun ini menyebabkan saya ingin
dekat dan menjaga ibu saya yang masih keadaan kronik dan memerlukan penjagaan rapi. Oleh itu, Saya
berharap sangat pertukaran saya ke negeri Kelantan berjaya dan diluluskan. Saya tidak kisah jika
ditempatkan di mana sahaja daerah asalkan dalam negeri Kelantan dan semakin dekat dengan keluarga.
Saya berharap tuan/puan dapat meluluskan pertukaran saya pada tahun ini. Segala kesulitan saya
memohon maaf dan kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai