Anda di halaman 1dari 2

NURUL AMNI BINTI EHSAN

SMK ALAM MEGAH,

JLN SG BATU 27/72, SEKSYEN 27,

40400 SHAH ALAM, SELANGOR.

_________________________________________________________________________________

ENCIK ROSMAN BIN YAAKUB,

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah,

Unit Pengurusan Sekolah Menengah,

Pejabat Pelajaran Daerah Manjung,

Lorong Selamat, 32000 Sitiawan,

PERAK DARUL RIDZUAN 18 MAC 2021

Tuan,

PERMOHONAN RAYUAN PERTUKARAN GURU KE PPD MANJUNG TAHUN 2021

Merujuk perkara di atas, saya NURUL AMNI BINTI EHSAN (890127-08-5556) ingin memohon
pertukaran antara negeri dari SELANGOR ke PERAK bagi TAHUN 2021. Untuk makluman tuan, saya
sekarang sedang berkhidmat di SMK ALAM MEGAH, SHAH ALAM, SELANGOR dan memohon untuk
bertukar ke Pejabat Pendidikan Daerah MANJUNG, PERAK.

2. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertukaran saya dipertimbangkan dengan


sewajarnya atas sebab-sebab berikut :

i. Mengikut suami yang berkhidmat sebagai Juruteknik di Seri Manjung.

ii. Tidak bersemangat untuk menjalankan tugas harian di sekolah kerana kurang
sokongan dan perhatian suami. Perkara ini amat menganggu tugas harian, sehingga
terpaksa berjumpa dengan therapist untuk temujanji setiap bulan, dan masih dalam
rawatan dan yang terkini, dirujuk ke pakar psikiatrist di HTAR.

iii. Tiada saudara mara yang boleh menemani saya di sini bagi menjamin keselamatan diri
saya.

iv. Suami saya tidak dapat bertugas di tempat lain selain di Seri Manjung, kerana di sana
dia menjaga ayahnya yang sakit.

v. Saya juga ingin bertukar ke Seri Manjung atas sebab ibu saya yang sakit. Ibu saya dan
ibubapa mentua kedua-duanya tinggal di Seri Manjung.

vi. Kedudukan dan jarak yang sangat jauh ini melibatkan kos pengangkutan dan masa
untuk berulang-alik dari Selangor ke Perak.

vii. Berjauhan dengan anak saya yang masih kecil (berumur 3 tahun), kerana saya tidak
mampu menjaganya seorang diri atas sebab masalah kesihatan saya. Anak saya masih
kecil dan memerlukan kasih sayang seorang ibu.
3. Sekiranya tiada kekosongan untuk guru option Pendidikan Seni Visual di daerah Manjung,
saya juga boleh mengajar subjek Bahasa Inggeris. Saya pernah menjadi guru ganti untuk subjek
Bahasa Inggeris di sekolah SMK Seri Samudera selama setahun sebelum ini, menggantikan guru yang
cuti sakit berpanjangan.

4. Bersama-sama dengan ini saya lampirkan dokumen Sijil nikah, arahan bertugas suami, surat
keizinan suami, surat-surat tawaran saya semasa mengajar di SMK Seri Samudera, time slip dan kad
temujanji rawatan terapi saya dari Klinik Botanic, Klang dan HTAR untuk rujukan pihak tuan.

5. Saya berharap permohonan ini dipertimbangkan oleh pihak tuan. Saya yakin, jika diberi
peluang untuk saya berkhidmat di Seri Manjung, saya akan buat yang terbaik untuk mengajar anak
bangsa. Bantulah saya untuk membantu mereka. Segala kerjasama daripada pihak tuan diakhiri
dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

___________________

(NURUL AMNI BINTI EHSAN)

NO K/P: 890127-08-5556

Anda mungkin juga menyukai