Anda di halaman 1dari 2

Raja Masita Raja Samri

No 18, Jalan Geharu 13,


Taman Rinting,
81750 Masai,
Johor Bahru

Pengetua / Pihak Pengurusan Tertinggi


Masai Music Centre (Yamaha Music School)
34 & 34A, Jalan Suria 67,
Bandar Seri Alam,
81750 Masai,
JOHOR 19 JUN 2019

Tuan,

MEMOHON CUTI BULAN JULAI DAN OGOS SERTA PENGECUALIAN YURAN KURSUS JMC

Saya Raja Masita Binti Raja Samri, No. Kad Pengenalan 800627015034, ibu kepada SUFI DARWISY BIN
SUDIN (4 tahun) yang bersekolah di Masai Music Centre ingin memohon cuti untuk bulan JULAI dan
OGOS serta pengecualian bagi yuran Junior Music Course, JMC bagi bulan JULAI dan OGOS 2019 ini.

2. Sebab pengecualian ini dimohon adalah kerana kami suami isteri terpilih sebagai bakal haji bagi
musim haji tahun ini 1440H yang mana kami akan berangkat pada ​10 JULAI 2019​ dan akan kembali ke
tanahair pada ​26 OGOS 2019​. Sehubungan itu, kami memohon pengecualian yuran JMC anak kami
kerana terpaksa mencutikan anak kami atas kekangan pengurusan penghantaran ke sekolah. Untuk
makluman pihak tuan/puan, sepanjang ketiadaan saya dan suami nanti, anak-anak kami akan berada di
bawah jagaan datuk dan nenek mereka iaitu ibu dan ayah saya yang tinggal di Kampung Sri Padu,
Kawasan Perindustrian Larkin. Kedua ibu dan bapa saya tidak memiliki kenderaan untuk bergerak apatah
lagi untuk menghantar cucu-cucu ke sekolah yang agak jauh dari alamat tempat tinggal mereka. Saya
juga tidak mahu menyusahkan ibu bapa saya untuk urusan penghantaran dan pengambilan anak-anak
balik sekolah memandangkan jarak yang agak jauh antara rumah orang tua ke sekolah anak hingga perlu
menaiki teksi atau ​grab car​ yang mana tiada pengangkutan awam masuk ke kawasan perkampungan
setinggan Kampung Seri Padu tersebut.

3. Kami berharap permohonan kami dapatlah dipertimbangkan atas sebab kami memerlukan
perbelanjaan yang besar untuk menampung kos mengerjakan haji juga kos-kos lain yang berkaitan
seperti senarai di bawah :
i. kos membayar dam Haji Tamattuk untuk suami isteri
ii. kos menunaikan ibadah korban / aqiqah
iii. perbelanjaan penting sepanjang berada di Mekah / Madinah iaitu selama 47 hari
iv. perbelanjaan tanggungan yang ditinggalkan di tanahair selama 47 hari seperti makan minum
dan keperluan-keperluan utama anak-anak seperti susu, pampers, ubat-ubatan dan sebagainya
v. perbelanjaan untuk kedua orang tua saya yang membantu menguruskan dan menjaga
anak-anak saya selama 47 hari tersebut seperti duit lauk-pauk, wang saku, perbelanjaan runcit,
wang kecemasan dan sebagainya

4. Pengecualian ini juga saya mohon atas sebab ketidakstabilan ekonomi suami saya yang bekerja
sendiri yang mana kelak tidak mempunyai sebarang pendapatan selama 47 hari berada di Mekah /
Madinah kerana bekerja sendiri (berniaga). Berbeza dengan saya yang bekerja ‘makan gaji’, terdapat
peruntukan khas cuti haji 40 hari untuk penjawat awam yang mana kami mempunyai pendapatan tetap
setiap bulan selagi tidak mengambil cuti tanpa gaji. Walau bagaimanapun saya mempunyai komitmen
saya sendiri yang tetap iaitu bayaran balik pinjaman perumahan kerajaan yang nilainya agak tinggi setiap
bulan selama puluhan tahun lagi selain komitmen lain yang tidak kurang pentingnya juga. Jadi untuk
mengurangkan komitmen kewangan suami saya yang tinggi atas tuntutan ibadah haji ini, saya memohon
ihsan pihak tuan/puan untuk mempertimbangkan permohonan ini. Untuk makluman, saya akan mula
mencutikan anak-anak saya seawal 1 JULAI 2019 sehingga 31 OGOS 2019.

5. Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul daripada pihak saya dan berharap pihak
pengurusan Yamaha Music School berpuas hati dengan penjelasan ini. Saya juga menyusun sepuluh jari
memohon maaf zahir dan batin daripada guru dan kakitangan Masai Music Centre atas segala kekhilafan
saya selama ini. Di kesempatan ini juga saya ingin merakamkan jutaan terima kasih atas segala tunjuk
ajar, bimbingan dan didikan yang guru JMC curahkan kepada anak saya selama ini.

6. Segala kerjasama dan keprihatinan daripada pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………
( RAJA MASITA BINTI RAJA SAMRI )

Anda mungkin juga menyukai