Anda di halaman 1dari 6

ULASAN BUKU /BOOK REVIEW

Indahnya Hidup Bersyariat


(Modul Fardhu Ain Diri, Keluarga dan Masyarakat)
Oleh Dato Ismail Kamus
Mohd Azrul Azlen Abd Hamid
TELAGA BIRU SDN. BHD (429118-A)
28, Jalan Tembaga, SD 5/2A Sri Damansara, Industrial Park
52000, Kuala Lumpur.
Diulas Oleh Nazirah Daraman Sah (M20142001961)
Buku ini mengandungi 303 muka surat dan terbahagi kepada 7 bahagian atau bab. Setiap
bahagian itu pula dipecahkan kepada beberapa tajuk kecil yang menerangkan tentang sesuatu
topik dengan mendalam dan terperinci. Dari pembacaan saya, buku ini sangat baik dan
mempunyai kandungan yang sangat mantap untuk dijadikan bahan bacaan wajib kepada setiap
individu kerana kandungan buku ini memberi

pencerahan tentang setiap persoalan yang

berkaitan dengan fardhu ain. Bukan itu sahaja buku ini dilengkapi dengan doa, ayat Al-Quran
dan hadith-hadith sahih, serta buku ini didatangkan dengan lengkap beserta gambar untuk
rujukan para pembaca.
Seperti mana yang kita ketahui, mempelajari dan mendalami perkara-perkara berkaitan
dengan fardhu ain amatlah dituntut dan ia juga merupakan pembelajaran sepanjang hayat. Oleh
itu,

saya berpendapat bahawa

buku ini

mampu memberikan pengalaman pembelajaran

sepanjang hayat dan praktikal yang mudah difahami oleh para pembaca. Namun begitu saya
lebih tertarik untuk memberi perhatian kepada tiga bahagian daripada tujuh bahagian yang ditulis
dalam buku ini iaitu di bahagian 4 yang menerangkan tentang perkara asas fardhu ain yang wajib
dipelajari oleh setiap individu, manakala di bahagian 5 pula membicarakan tentang munakahat
iaitu menghuraikan hukum-hukum dalam perkahwinan dan juga bahagian 6 iaitu tentang amalan
syariat dalam bermasyarakat.

1 | Page

Dalam bahagian keempat, bertajuk perkara asas fardhu ain menghuraikan tentang kepada
para pembaca tentang bertapa pentingnya setiap individu sama ada remaja atau dewasa perlu
mempelajari tentang perkara-perkara asas fardhu ain. Fardhu ain merupakan perkara yang wajib
ditunaikan oleh setiap umat islam dan barangsiapa yang tidak menunaikan perkara-perkara
tersebut boleh menyebabkan berdosa kepada Allah S.W.T. Ringkasnya di sini fardhu ain wajib
dilakukan oleh setiap individu yang bergelar muslim. Antara perkara asas fardhu ain yang
digariskan dalam buku ini ialah bab bersuci, bab menunaikan solat, solat berjemaah, berpuasa,
menunaikan zakat, mengerjakan umrah dan haji, serta melaksanakan ibadah qurban dan
sembelihan.
Antara beberapa bab yang disebutkan tadi, fokus utama yang perlu diberi perhatian ialah
berkenaan bahagian yang menerangkan tentang ibadah mengerjakan umrah dan haji. Ibadat haji
hanya diwajibkan kepada Muslim yang berkemampuan dari segi kewangan, kesihatan fizikal dan
juga mental. Allah membuka ruang dan memudahkan semua hamba-Nya menziarahi,
mendekatkan diri dan bermunajat kepada-Nya serta memohon limpah Rahmat-Nya dan HidayahNya. Ibadat haji adalah satu-satunya peluang keemasan untuk kita mengadap Allah secara lebih
dekat. Di dalam bahagian ini juga penulis menceritakan secara terperinci tentang rukun-rukun
haji serta perkara-perkara wajib yang perlu dipatuhi dan juga perkara-perkara sunat yang boleh
dilakukan oleh para jemaah haji dan umrah sepanjang tempoh tersebut. Selain dari itu, penulis
ingin memberikan kemudahan kefahaman kepada para pembaca yakni penulis memasukkan
sekali gambar-gambar serta penerangan yang ringkas dan padat tentang cara-cara yang betul
untuk memakai kain ihram. Serta yang terakhir dalam bahagian ini ialah diterangkan juga
perkara-perkara yang membatalkan haji serta denda atau dam yang dikenakan kepada para
jemaah sekiranya meninggalkan beberapa perkara wajib dalam ibadah haji.
Dalam bahagian kelima dalam buku ini, penulis benar-benar menggarapkan isu-isu
berkaitan dengan hukum perkahwinan satu persatu bermula dengan mengapa manusia amat
dituntut untuk mendirikan rumah tangga dan juga penulis telah membongkar rahsia-rahsia dalam
alam perkahwinan. Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu telah memenuhi separuh
agamanya, Hadis riwayat Al- Baihaqi R.A daripada Rasulullah S. A.W. Penulis juga telah
mengkhaskan satu bahagian dalam bukunya iaitu mengupas semua isu-isu dan permasalahan
yang dihadapi dalam melayari bahtera rumah tangga. Penulis bermula dengan menerangkan
2 | Page

tentang tuntutan perkahwinan yang bukan sahaja dianggap oleh sesetengah individu sekadar
untuk memuaskan nafsu serakah sahaja tetapi tuntutan perkahwinan ini adalah bertujuan untuk
mendamaikan kerunsingan yang melanda hati dan sanubari seseorang itu. Terlalu banyak fadhilat
telah penulis kupaskan dalam bahagian ini antaranya ialah Allah telah melorongkan rezeki yang
banyak untuk setiap zuriat keturunan yang lahir bagi setiap pasangan yang berkahwin dan
mereka beriman kepada Allah S.W.T. Penulis telah menggariskan panduan yang harus diikuti
oleh setiap individu yang ingin melansungkan perkahwinan dan pada setiap peringkat dalam
perkahwinan bermula dengan peringkat merisik, meminang, akad dan sebagainya berlandaskan
syariat-syariat Islam dan juga diterangkan secara ringkas tentang penceraian (talak) serta
poligami.
Dalam bahagian ini juga, penulis mampu menarik perhatian para pembaca dengan
memberikan garis panduan dan ciri-ciri umum dasar pemulihan calon isteri dan juga calon
suami. Antara yang disebutkan dalam ciri-ciri umum pemilihan bakal isteri ialah pertama,
perempuan tersebut haruslah seorang yang taat dan berpegang teguh kepada ajaran agama seperti
yang disebutkan dalam hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud; dinikahi perempuan itu kerana
hartanya, dan keranaketurunannya dan kerana kecantikannya, dan kerana agamanya, maka
pilihlah yang beragama nescaya kamu akan beroleh keuntungan. Kedua, perempuan yang
berketerunan yang baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna akhlaknya. Ketiga,
perempuan yang subur dan berpotensi melahirkan ramai anak. Keempat, sekupu atau hampir
sekufu, masih gadis atau anak dara, dan yang terakhir ialah perempuan yang bukan dari keluarga
yang terdeka;. Misalnya adik-beradik atau sepupu tersekat. Manakala dasar pemilihan suami
pula, Islam memberikan tiga panduan sahaja iaitu pertama, lelaki yang mempunyai akhlak mulia
serta kuat agamanya. Kedua, lelaki tersebut bukanlah dari keluarga yang terdekat dan bebas dari
penyakit yang berat.
Seterusnya dalam bahagian bab 6 berkenaan syariat dalam bermasyarakat, penulis
menggarapkan isu-isu yang lebih perlu diberi perhatian oleh setiap individu iaitu berkenaan
hukum muamalat iaitu berjual beli. Hidup bermasayarakat menghubungkan anggotanya dalam
pelbagai bidang kemasyarakatatan, agama, politik, dan juga ekonomi. Tanggung jawab sebagai
ketua keluarga adalah terletak di atas bahu seorag lelaki yang mempunyai mata pencarian dan
nafkah hidup sama ada melalui bekerja sendiri dalam bidang pertanian, perdagangan, berniaga
3 | Page

atau bekerja dalam bidang perkhidmatan kerajaan. Seseorang ketua keluarga haruslan
berkemampan menyara kehidupan keluarga, khususnya membeli barang-barang makana, pakaian
dan keperluan asasi yang lain. Apabila ada permintaan terhadap sesuatu barangan seperti
keperluan harian, tentunya terdapat urusan jual beli atau muamalat antara pembeli dengan
penjual.
Dalam bahagian mumamalat ini, penulis

meletakkan beberapa perkara yang boleh

menjadi panduan kepada semua ahli masyarakat dalam urusan jual beli. Antaranya ialah pertama
mengelakkan pinupuan berlaku semasa proses jualbeli itu dilaksanakan. Di sini penulis lebih
menitik beratkan kepada penjual / peniaga agar bersifat amanah dan tidak menipu pembeli
dengan mengurangkan timbangan, menjual barangan yang telah rosak dan sebagainya. Sifat
amanah yang dituntut itu adalah bukan sahaja sebagai ukuran keuntungan dari perniagaan yang
dijalankan walhal ianya lebih kepada mencari keberkatan dalam rezeki yang diterima di samping
mendapat redha dari Allah S.W.T. Dalam Islam menjalankan perniagaan itu adalah amat dituntut
kerana 99 peratus punca rezeki itu adalah berpunca dari perniagaan. Kedua, penulis ada
menyatakan tentang sikap yang tinggi hemahnya ialah peniaga yang mampu membenarkan
sebahagian pembeli yang kurang berkemampuan berhutang barangan yang hendak dibeli dengan
perjanjian untuk membayar semula hutang tersebut pada tempoh masa yang ditetapkan.
Ketiga, penulis juga ada membincangkan tentang sikap-sikap baik yang harus dijadikan
contoh ialah bersikap tidak meninggikan harga sewenang-wenangnya hingga menyusahkan
pembeli dan juga sikap peniaga yang dianjurkan ialah sanggup menanggung kerugian terhadap
nilai sesuatu barang yang dijual sekiranya ada kesrosakan atau tidak sempurna seperti asalnya.
Ini sesuai dengan hadis Nabi S.A.W yang bermaksud; Allah mengasihi seseorang lelaki yang
bertolak ansur ketika menjual, ketika membeli dan ketika menuntut iaitu menuntut hutangnya.
Hadis riwayat al-Bukhari. Begitu juga peniaga dituntut untuk memberi kelonggaran semasa
proses jual beli di antara fakir miskin.

Kesimpulannya, buku ini

sangat baik dijadikan sebagai rujukan dan panduan oleh

segenap lapisan masyarakat kerana ia boleh dirumuskan mampu menjawab setiap persoalan atau
isu yang ditimbulkan berkaitan dengan perkara-perkara asas fardhu ain. Pada setiap bahagian
4 | Page

dalam buku ini diterangkan oleh penulis dengan cara yang amat mudah difahami beserta
penerangan yang ringkas dan padat dengan gambar-gambar untuk memudahkan para pembaca
membuat rujukan. Pada tiga bahagian yang saya beri fokus utama adalah

rumusan yang

melibatkan pembelajaran sepanjang hayat dan juga berkaitan dengan pembelajan andragogi.
Andaragogi berasal dari perkataan andro atau aner yang bererti orang dewasa, manakala agogos
bererti memimpin. Dari segi definisi andragogi adalah seni dan ilmu mengajar orang dewasa
(Knowles, 1980). Buku Indahnya Hidup Bersyariat ini telah berjaya digarap dengan baik
secara ilmiah oleh penulisnya kerana beliau sendiri adalah seorang ahli agama yang sangat
berwibawa dalam bidangnya. Buku ini juga dapat memberikan maklumat yang berguna dan
peransang kepada setiap para pembaca agar lebih berusaha memperbaiki diri serta
memartabatkan ilmu agama demi kepentingan diri, keluarga dan masyarakat.

BIBLIOGRAFI
Abdullah bin Basmeih, 2000. Tafsir pimpinan al-Rahman kepada Pengertian al-Quran. Kuala
Lumpur: Dar al-Fikr.
5 | Page

Ahmad Abdul Jawwad, 1997. Tuntutan Doa-Doa Mustajab daripada al-Quran & al-Sunnah.
Malaysia: Hashimi Press.
Ahmad Abdul Jawwad, 2000. Berdoa Bersama Nabi. Malaysia: Hashimi Press.
Ahmad, Muhamammad Bin Hanbal, 1995. Al-Musnad. 20 jil. Kaherah: Dar Al-Hadis
Al-Bakistani, Zakariya bin Ghulam Qadir, 2001. Al-Akhbar bimala Yasihu Min Ahadis, Arab
Saudi: Darr Al-Kharraz.
Al-ghazali, Abu Hamid Muhamad bin Muhamad, 1996. Ihya Ulumuddin. Tahqiq Assyihat alTahhan, Abdullah al-Mansyawi. 5 jln. Mansorah: Maktabul iman
Humam AsAd, 2001. Ilmu Tajwid Cara Mudah & Berkesan.Cetakan ketiga. Sekangor: Darul
Kitab.
Luqman Hakim, 1988. Ajarilah Anak Anda Berdoa. Kuala Lumpur: Bismi Publishers. Mohd
Uzair Taufik, 2002. Panduan Lengkap Sembahyang Farddhu Dengan Bacaan serta Doa dalam
tulisan rumi.
Sulaiman Endut, 2005. Asas-asas fardhu ain. Malaysia: Pustaka Haji Abdul Majid.
Zahazan Mohamed, 2006. 101 Doa Para Nabi & Rasul dalam Al-Quran, Khasiat & Khafiat
Beramal. Malaysia: Telaga Biru

6 | Page

Anda mungkin juga menyukai