Anda di halaman 1dari 3

Kelebihan Dan Manfaat Anggota Ahli 1.

Kemudahan bantuan kewangan Bagi setiap anggota ahli yang menyertai koperasi, kesemua mereka diberi kemudahan dari segi bantuan kewangan. Bantuan ini bukan sahaja diberikan kepada setiap anggota yang menyertai koperasi malah bantuan ini juga diberikan kepada keluarga terdekat setiap anggota ahli koperasi. Bantuan ini memberi kemudahan kepada anggota ahli koperasi untuk menyelesaikan permasalahan yang dialami oleh mereka. 2. Pendedahan sikap menabung Setiap anggota ahli harus didedahkan mengenai kepentingan sikap menabung terutamanya bagi golongan yang baru ingin memulakan tugas atau sesuatu pekerjaan baru. Kebanyakkan golongan yang baru ingin memulakan sesuatu bidang pekerjaan terdiri daripada mereka yang belum mendirikan rumahtangga. Justeru, sangat wajar bagi golongan ini menyimpan wang lebihan menerusi skim tabungan yang disediakan oleh koperasi. Simpanan yang dibuat akan memberi pelbagai manfaat kepada anggota ahli. 3. Dividen Bagi setiap anggota ahli yang menyertai koperasi, mereka akan mendapat manfaat melalui dividen. Dividen yang diterima ialah hasil yang diperolehi melalui aktivitiaktiviti serta program yang dilaksanakan oleh koperasi. Semakin banyak keuntungan yang diperolehi maka semakin banyak dividen yang akan diterima oleh anggota ahli koperasi. 4. Memupuk sikap berdikari Koperasi secara nyata banyak membawa kebaikan kepada anggota-anggota dalam melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan insaniah. Pemupukan nilai-nilai positif serta pegangan terhadap prinsip-prinsip yang wujud dalam koperasi membantu ke arah melahirkan ahli yang cemerlang. Nilai-nilai yang diamalkan dalam koperasi dapat melahirkan ahli yang bertanggungjawab. Berdikari merupakan salah satu nilai asas yang terdapat dalam koperasi. Berdikari untuk mendapatkan modal, tidak perlu menadah simpati orang lain dari segi kewangan,

begitu juga dalam menguruskan koperasi. Secara tidak langsung ia boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian. Nilai ini dapat mengajar para ahli supaya tidak bergantung harap kepada orang lain bagi mendapatkan apa yang dihajati. 5. Menyuburkan sikap sadik/siddiq Selain dari itu, nilai sadik amat dititikberatkan dalam koperasi. Sadik yakni benar. Benar dari segi niat, tutur kata dan juga perbuatan. Sekiranya nilai ini tiada dalam diri anggota koperasi, sudah pasti koperasi gagal mencapai matlamat sebagaimana yang dikehendaki iaitu untuk membantu anggota dari segi sosial, ekonomi dan budaya. Anggota Lembaga Koperasi perlu sadik dalam mentadbir koperasi. Setiap janji perlu dikotakan. Bak kata orang tak ada istilah, cakap tak serupa bikin dalam koperasi. Nilai ini perlu diterapkan dalam diri bagi memastikan kecemerlangan mereka. Mengatur niat untuk menjadi ahli yang cemerlang. Niat sahaja tidak mencukupi, perlu disusuli dengan tindakan yakni berusaha untuk memastikannya tercapai. Sama juga dengan tutur kata, tindakan tersebut menggambarkan janji. 6. Meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar Prinsip koperasi pula menjadi panduan untuk koperasi mengamalkan nilai-nilainya. Antara prinsip koperasi yang boleh dijadikan pegangan untuk memastikan kecemerlangan pelajar adalah kepentingan pendidikan, latihan dan maklumat. Melalui pendidikan perubahan boleh dibuat. Melalui latihan kemahiran diperoleh. Seterusnya melalui maklumat pendidikan dan latihan boleh dikembangkan. Prinsip ini memberi gambaran kepada pelajar betapa pentingnya ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu pengetahuan kehidupan pelajar mungkin akan ketinggalan. Perlaksanaan aktiviti koperasi sekolah dapat mendidik pelajar untuk menjadi seorang koperator yang berjaya. Pelajar boleh menggunakan ilmu yang diperoleh di dalam kelas ke dalam aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam koperasi. Program pendidikan yang diwujudkan dalam koperasi akan gagal

menghasilkan pelajar yang cemerlang sekiranya ia tidak dapat melahirkan seorang manusia yang seimbang dari segi insaniah. Prihatin terhadap masyarakat adalah salah satu prinsip yang diamalkan dalam koperasi yang menekankan kepada konsep insaniah. Prinsip ini mengajar para pelajar untuk lebih bersifat prihatin bukan sahaja

kepada manusia tetapi kepada alam sekitar. Perlu ada dalam diri para pelajar sikap ambil berat dan ambil tahu kepada persekitaran. Potongan harga istimewa dalam pembelian barang. Saling menbantu dalam menjalankan tugas.

Anda mungkin juga menyukai