Anda di halaman 1dari 2

KERTAS KERJA PROGRAM “FLEA MARKET” DI CAREFOUR SUBANG JAYA

1.0 Pendahuluan
Flea Market adalah satu program berkonsepkan pasar di mana para peniaga yang terlibat
akan disediakan khemah dan lain-lain kemudahan untuk mereka menjalankan lain-lain aktiviti
penjanaan ekonomi kecil. Kebiasaannya, konsep Flea Market berkait rapat dengan penjualan
barang-barang terpakai, makanan dan minuman.

PeBT Zon 1 akan menganjurkan Flea Market di tingkat teratas tempat letak kereta bangunan
Carrefour Subang Jaya. Sebagai permulaan, kami ingin menghadkan bilangan tapak untuk
memudahkan proses pengurusan dengan strategi perkembangan yang sistematik, realistik
dan pragmatik.

Kumpulan sasaran program ini akan memberikan penumpuan yang lebih kepada warga belia
dan persatuan-persatuan yang bernaung di bawah institusi-insitusi pendidikan seperti Taylors
College International Business Society, Persatuan Pengakap Subang Jaya dan lain-lain
pertubuhan belia bersesuaian dengan tujuan penganjuran Flea Market ini iaitu untuk
memupuk semangat berdikari di kalangan belia.

2.0 Objektif
Tujuan program ini adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan penglibatan peserta di dalam aktiviti perniagaan dengan penggalakkan
yang khusus kepada persatuan-persatuan belia tempatan.
2. Memupuk disiplin dalam perniagaan di kalangan peserta, terutamanya belia-belia
tempatan.
3. Menganjurkan aktiviti yang sihat dan peluang untuk pengunjung berjimat dengan
membeli produk terpakai.
4. Mengurangkan sisa buangan pepejal dan usaha untuk mengelak dari sumbangan ke
tapak pelupusan sampah.
5. Menggunakan ruang yang dicadangkan yang mempunyai potensi dan penggunaan
yang rendah.

3.0 Penganjur
Penggerak Belia Tempatan Zon 1 dengan kerjasama Kelab Belia Subang Jaya dan beberapa
pertubuhan belia yang masih dalam proses persetujuan.

4.0 Tarikh dan Masa


Setiap hari Ahad dari jam 8 pagi hingga 5 petang. Pada waktu petang, kami akan mengaturkan
persembahan tarian, muzik dan lain-lain persembahan kesenian. Untuk memudahkan
prosedur kawalan dan keselamatan, tapak Flea Market haruslah dibersihkan dan diuruskan
sebelum 7 petang.

5.0 Lokasi
Tempat letak kereta aras bumbung bangunan Carefour Subang Jaya

6.0 Sasaran
Untuk 2 bulan pertama, kami bercadang untuk menyediakan hanya 15 tapak dengan
peningkatan 5 buah tapak setiap 2 bulan.

7.0 Jawatankuasa
Ahli jawatankuasa khusus bagi usulan ini adalah seperti berikut:
Penasihat:
Pengerusi:
Seketariat:
Tujuan penubuhan AJK khusus ini adalah untuk memantau, menasihat dan memastikan
kelancaran program ini.

8.0 Kewangan
Sebanyak RM______ diperlukan untuk memulakan program ini. Kos yang terlibat adalah
seperti penyewaan khemah (khemah pasar ramadhan MPSJ), PA System, insuran, promosi
dan lain-lain. Sebagai penganjur, pihak PeBT Zon 1 juga akan menjual dan berusaha untuk
mengumpul dana yang boleh digunakan dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan belia-belia
tempatan.

Segala urusan kewangan akan menggunakan akaun bank Kelab Belia Subang Jaya; iaitu
sebuah akaun yang didaftarkan sebagai persatuan bukan kerajaan (NGO) di Hong Leong
Bank cawangan S19 Subang Jaya. Ini adalah untuk memastikan ketelusan dalam bahagian
kewangan projek ini.

9.0 Penutup
Semoga program yang dicadangkan ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang
dan dapat meningkatkan membantu situasi ekonomi para pengunjung terutamanya
penduduk-penduduk sekitar Subang Jaya.

Hariz Manaf

Anda mungkin juga menyukai