Anda di halaman 1dari 19

LAPORAN PROJEK

(DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA / DIPLOMA


LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA)

TAHAP KEFAHAMAN MUTAWWIF DALAM


MENGURUS MASALAH BAGASI HILANG DI
LAPANGAN TERBANG

Oleh:

MUHAAMMAD ASYRAF WAN HABIB DRAHMAN

No. Kumpulan:

04

DIPLOMA KEMAHIRAN PENGURUSAN MUTAWWIF


UMRAH DAN ZIARAH

N791-001-4:2016
BORANG PENGESAHAN LAPORAN PROJEK

TAJUK PROJEK :

Saya membuat akuan bahawa hasil laporan projek dibuat dengan mempraktikkan
pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan bidang berdasarkan kepada pengalaman
serta kemahiran tanpa meniru dari mana-mana sumber.

TANDATANGAN PELATIH :
NAMA :
NO. K/PENGENALAN :
TARIKH :

“ Saya mengaku telah membaca Laporan Projek ini dan pada pandangan saya, laporan ini
adalah mencukupi dari skop dan kualiti bagi keperluan NOSS yang berkaitan ”

TANDATANGAN PP :
NAMA :
NO. K/ PENGENALAN :
TARIKH :

TANDATANGAN PP :
NAMA :
NO. K/ PENGENALAN :
TARIKH
ABSTRAK

Kajian ini merupakan projek akhir dalam Diploma Kemahiran Mutawwif Umrah & Ziarah..
Kajian ini dijalankan bertujuan bagi mengenal pasti serta mengkaji secara empirikal dan
sistematik berkaitan dengan Tahap Kefahaman Mutawwif Dalam Pengurusan Mengurus
Bagasi Hilang Di Lapangan Terbang di kalangan para mutawwif di Kuching, Sarawak.
Metodologi kajian ini adalah kajian kuantitatif deskriptif. Ia merupakan kaedah dan teknik
dalam reka bentuk dan mengumpul serta mengalisis data bagi mengukuhkan segala maklumat
dan data yang diperolehi. Objektif kajian ini adalah mengkaji tahap kefahaman mutawwif
dalam pengurusan mengurus bagasi hilang di lapangan terbang, hotel di Madinah Al-
Munawwarah dan hotel di Mekah Al-Mukarramah. Ketiga-tiga objektif tersebut dipilih
adalah sebab untuk mengkaji tiga aspek tersebut. Kajian ini telah dijalankan di beberapa buah
tempat iaitu rumah penyelidik, bilik kuliah dan sekitar kawasan bandaraya Kuching,
Sarawak. Dalam kajian ini, penyelidik telah mengenal pasti punca berlakunya masalah bagasi
hilang di lapangan terbang seperti kurang kefahaman dalam pengurusan kerja. Dalam pada
itu, penyelidik juga telah mengnal pasti prosedur-prosedur bagi mengelakkan daripada
timbulnya permasalahan seperti yang dinyatakan di atas.
BAB 1

PENGENALAN

1. PENGENALAN

Pelaksanaan ibadah Haji dan Umrah yang mabrur merupakan perkara paling utama
untuk dicapai oleh semua para mutawwif di seluruh dunia, khususnya di Kuching,
Sarawak dalam memastikan para jemaah memperolehi Haji dan Umrah yang mabrur.
Hal ini kerana, mengerjakan ibadah Haji dan Umrah mabrur sememangnya menjadi
niat utama kepada semua para jemaah yang datang dari serata dunia untuk
mengerjakan ibadah Haji dan Umrah.

Selain itu, bertugas sebagai seorang muttawif bukan sahaja mengetuai rombongan
para jemaah untuk melakukan ibadah Haji dan Umrah, akan tetapi jika berlakunya
apa-apa permasalahan yang berkaitan dengan para jemaah adalah di bawah
tanggungjawab muttawif dan pihak travel agensi. Oleh sebab itu, kebiasaannya pihak
travel agensi akan menyediakan beberapa barangan keperluan penting iaitu tag nama,
tag bagasi, dan bagasi yang mempunyai logo syarikat travel agensi tersebut. Ini
bertujuan bagi mengelakkan daripada perkara-perkara yang tidak diingini berlaku
kepada para jemaah. Tidak dinafikan juga, masalah yang sering berlaku di kalangan
para jemaah sebagai contoh, kehilangan bagasi.

Maka dengan itu, penyelidik telah menjalankan kajian mengenai Tahap Kefahaman
Mutawwif Dalam Pengurusan Mengurus Bagasi Hilang Di Lapangan Terbang.
Dalam pada itu, pada peringkat awal kajian ini dijalankan, permasalahan yang
dinyatakan di atas boleh dikatakan sudah menjadi perkara biasa bagi seseorang
mutawwif semasa membawa para jemaah menunaikan ibadah Haji dan Umrah.
Majoriti travel agensi yang beroperasi di Kuching, Sarawak yang menyediakan pakej
ibadah Umrah dan Ziarah mengalami permasalahan yang sama, antara salah satu
travel agensi yang mengalami masalah yang berkaitan dengan tajuk kajian penyelidik
adalah Lembaga Tabung Haji (THT) Travels, Kuching, Sarawak.
Lembaga Tabung Haji (THT) merupakan sebuah organisasi Islam yang prihatin serta
dinamik dalam pengurusan dan pengendalian Haji dan Umrah yang sempurna serta
berhemat dalam penggelembengan segala sumber atas dasar untuk pengukuhan
ekonomi ummah, beriltizam untuk mencapai wawasan ini dengan memberikan
perkhidmatan yang cekap dan cemerlang kepada pelanggan dan mengamalkan
semangat berpasukan yang beramanah, professional, produktif dan berhemah tinggi
serta menggunakan teknologi dan sistem terkini untuk pengurusan dan perkhidmatan
yang berkualiti.

Di samping itu, Lembaga Tabung Haji (THT) juga merupakan sebuah institusi Islam
yang serntiasa berusaha untuk menyediakan pelbagai kemudahan secara sistematik
dan komperhensif demi kebajikan para jemaah Haji Sarawak. Selain dari pengurusan
simpanan yang halal dan pengurusan Haji yang efisien, Lembaga Tabung Haji (THT),
Kuching Sarawak turut menjalankan aktiviti pelaburan bagi memberi nilai tambah
kepada para pendeposit Lembaga Tabung Haji (THT) Kuching Sarawak.

Selain itu, Pihak pengurusan Lembaga Tabung Haji Travels (THT) Kuching, Sarawak
juga menyatakan bahawa mereka akan terus berusaha bagi memastikan kelancaran
semua proses penerbangan yang perlu dilalui oleh para jemaah sehingga sampai di
Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz, Jeddah tidak terjejas. Oleh itu,
Pihak Lembaga Tabung Haji Travels (THT) Kuching, Sarawak juga telah menyatakan
bahawa mereka telah mengambil beberapa langkah antaranya dengan mengadakan
mesyuarat post-mortem pra pelepasan.

Di samping itu, pihak Lembaga Tabung Haji (THT) Kuching Sarawak juga telah
mempertingkatkan usaha dan hubungan baik dengan pihak United Agent yang
menguruskan bagasi dan para jemaah Haji dan Umrah. Dalam era globalisasi digital
ini, amat penting bagi seseorang yang bergelar mutawwif untuk mengetahui serta
memahami cara-cara atau prosedur-prosedur dalam mengurus jemaah Haji dan
Umrah. Ini bertujuan bagi memberi penerangan dengan lebih jelas serta mudah
difahami oleh semua mutawwif di Kuching. Selain itu, dengan cara ini juga dapat
membantu menambah ilmu pengetahuan dengan lebih luas dan jelas berkaitan dengan
skop-skop tugas mahupun prosedur-prosedur dalam berkeja sebagai seorang
mutawwif.
Hal ini kerana, menjadi seorang ketua kepada 40 orang jemaah perlulah mengekalkan
imej kerjaya diri serta menampakkan ciri-ciri seseorang pemimpin yang professional
sewaktu menjalankan tugas. Ini juga bertujuan bagi mendapatkan kepuasan hati ,
keyakinan serta kepercayaan para jemaah kepada mutawwif dan travel agensi dalam
mengurus semua perihal berkaitan dengan proses yang perlu di lalui oleh semua para
jemaah untuk mengerjakan ibadah Haji dan Umrah. Oleh sebab itu, ianya amat
penting bagi seseorang yang bergelar mutawwif untuk mengetahui Tahap Kefahaman
Mutawwif Dalam Pengurusan Mengurus Bagasi Hilang Di Lapangan Terbang.
Penyelidik menjalankan kajian ini adlah bertujuan bagi mengurangkan permasalahan
bagasi hilang di kalangan para jemaah Haji dan Umrah serta dapat mengelakkan
daripada berlakunya sebarang permasalahan yang berkaitan dalam pengurusan jemaah
Haji dan Umrah.

2. LATAR BELAKANG MASALAH

Seseorang mutawwif yang kurang berpengalaman dalam mengurus para jemaah Haji
dan Umrah boleh mendatangkan pelbagai permasalahan lain dalam mengurus para
jemaah Haji dan Umrah. Hal ini demikian kerana apabila mutawwif yang bertugas
kurang berpengalaman, maka permasalahan seperti yang dinyatakan di atas tidak
dapat dikurangkan mahupun dielakkan. Contohnya, seorang jemaah kehilangan bagasi
ketika berada di lapangan terbang. Pada waktu yang sama, masalah kehilangan bagasi
jemaah tersebut agak sukar untuk diselesaikan atas sebab warna dan rupa bentuk
bagasi jemaah tidak dikenalpasti serta tiada “tagging” diletakkan pada bagasi jemaah.
Hal ini berlaku kerana tiada taklimat serta arahan diberikan kepada para jemaah
mengenai prosedur - prosedur di lapangan terbang . Selain itu, mutawwif prosedur-
prosedur, bahawa cara-cara atau prosedur-prosedur yang digunapakai oleh mutawwif
yang kurang berpengalaman dalam mengurus para jemaah Haji dan Umrah adalah
jauh berbeza berbanding dengan mutawwif yang sudah berpengalaman, sudah
mengetahui serta memahami Tahap Kefahaman Mutawwif Dalam Mengurus Bagasi
Hilang.

Oleh sebab itu, penyelidik telah memilih untuk membuat kajian mengenai Tahap
Kefahaman Mutawwif Dalam Mengurus Bagasi Hilang Di Lapangan Terbang. Kajian
yang telah dijalankan oleh penyelidik adalah berdasarkan dengan permasalahan yang
kerap kali berlaku kepada beberapa syarikat travel agensi di Kuching, Sarawak
antaranya adalah Lembaga Tabung Haji Travels (THT).

3. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah bertujuan untuk penyelidik mendapatkan hasil kajian serta
meneliti secara terperinci mengenai kajian yang ingin dilaksanakan. Setiap kajian
mempunyai objektif yang tertentu untuk menjawab persoalan yang timbul dan
dipersoalkan. Dalam pelaksanaan kajian ini, terdapat objektif tertentu untuk dicapai.
Objektif kajian tersebut adalah :

a. Mengenalpasti, Mengkaji, Menganalisis Tahap Kefahaman Mutawwif Dalam


Pengurusan Mengurus Bagasi Hilang Di Lapangan Terbang

b. Mengenalpsti, Mengkaji, Menganalisis Tahap Kefahaman Mutawwif Dalam


Pengurusan Mengurus Bagasi Hilang Di Hotel

4. SKOP KAJIAN

Skop dan limitasi kajian akan tertumpu kepada beberapa faktor antaranya :

a. Kajian yang telah dijalankan memberi impak yang besar terhadap isu
kehilangan bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

b. Menjalankan kajian di lapangan terbang (airport duty) adalah satu kelebihan


bagi memudahkan serta memberi pendedhan awal kepada mutawwif yang
belum berpengalaman untuk menguruskan kehilangan bagasi jemaah di
Lapangan Terbang.
BAB II

KAJIAN ILMIAH

2.1 PENGENALAN

Kajian literatur adalah sangat penting kerana ia akan memberi idea dan hala tuju yang
hendak dijalankan. Dalam bab ini, pengkaji memaparkan kajian-kajian lepas tentang
penguasaan pembelajaran ilmu tajwid dalam kalangan pelajar universiti. Kajian lepas
yang ditinjau adalah berkaitan atau mempunyai persamaan dengan tajuk kajian ini.
Kajian literatur ini bertujuan untuk memperolehi idea mengenai9pembolehubah iaitu
dengan mengumpulkan maklumat-maklumat mengenai pembolehubah yang ingin
dikaji.

2.2 KAJIAN LITERATUR

Berdasarkan kajian lepas yang diperolehi dari laman web rasmi Universiti Sains Islam
Malaysia (USM), pada 23 FEBUARI 2010, BANDAR BARU NILAI – KURSUS
PENGELOLA JEMAAH HAJI DAN UMRAH MANTAPKAN KHIDMAT
PELANGGAN:

“Inisiatif Lembaga Tabung Haji (THT) berganding bahu bersama USIM dalam
mengelolakan kursus ini sangat dihargai dan diharapkan usaha ini berterusan dalam
memantapkan pengurusan jemaah Haji dan Umrah yang kebih baik pada masa akan
datang. – Ucap Y.Bhg .Prof. Dr. Baharom Sanugi (Dekan Penyelidikan Sijil dan
Penutup Kursus Sijil Pengurusan Haji Petugas Pengelola Jemaah Haji dan Umrah di
sini hari ini ”

Objektif program ini adalah untuk menjelaskan dasar pengendalian jemaah Haji dan
Umrah secara TH-Swasta di samping meningkatkan kefahaman petugas berkenaan
pengurusan Haji dan Umrah di tanah air dan tanah suci yang berkaitan dengan
Pengelola Jemaah Haji dan Umrah. Kursus ini juga memberi kefahaman tentang
kepentingan dan peranan khidmat pelanggan dalam menyumbang ke arah kejayaan dn
meningkatkan keyakinan diri petugas untuk menjalankan tugas di tanah suci ”

Beliau menambah: Ucap Y.Bhg .Prof. Dr. Baharom Sanugi (Dekan Penyelidikan Sijil
dan Penutup Kursus Sijil Pengurusan Haji Petugas Pengelola Jemaah Haji dan Umrah

“ Kesabaran dan komitmen para peserta dalakm memberikan perkhidmatan terbaik


kepada jemaah Haji dan Umrah amat disanjung tinggi dan para peserta layak
dianugerahkan dengan Sijil Pengurusan Haji dan Umrah Petugas Pengelola Jemaah
Haji dan Umrah yang diiktiraf oleh Tabung Haji dan USIM ”

Berdasarkan kajian lepas dijalankan pada tahun 2009 oleh NURUL FARHANAH
BINTI HASSIM – SISTEM PENGESANAN BAGASI MENGGUNAKAN
TEKNOLOGI RFID BAGI HAJI DAN UMRAH “ BAGTRAC ” : ll

“Sistem Pengesanan Bagasi (BagTrac) bagi Jemaah Haji dan Umrah ini menggunakan
teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) sebagai alat pengesan bagasi. Sitem
BagTrac ini direka khas bagi kegunaan organisasi yang menguruskan perjalanan ibadah
Haji dan Umrah ”

“Sitem ini juga dapat digunakan untuk melakukan pemantauan keluar masuk bagasi
dari tempat kediaman para jemaah. Sistem ini juga diaplikasikan di tempat lain yang
juga memerlukan pemantauan bagasi untuk dimsukkan ke dalam rekod tnnpa
menggunakan sistem manual. Apabila bagasi melepasi laluan yang mempunyai sistem
ini, sitem akan merekodkan setiap individu dan bagasi yang dibawa.”

“Apabila kes kehilangan bagasi dilaporkan, sistem ini akan menyemak data terkini
dalam pangkalan data untuk mengenalpasti maklumat terakhir bagasi. Setelah itu,
petugas akan melakukan carian bagasi berdasarkan maklumat akhir bagasi. Selain itu,
Sistem “BagTrac” juga akan memberikan amaran kepada pihak pengurusan sekiranya
terdapat bagasi yang tidak sepatutnya dibawa keluar dan kekurangan dalam bilangan
sebenar jumlah bagasi yang dibawa oleh jemaah Haji dan Umrah ”
“Laporan dan aduan sekali gus dapat dilakukan teru ke kaunter pejabat iaitu di
Bahagian Perkhidmatan Pelanggan. Terhasilnya Sitem BagTrac ini, keberkesanan
dalam pengendalian bagasi dapat ditingkatkan untuk kebaikan bersama ”

Berdasarkan kajian lepas – KOMPENTENSI DAN PRESTASI MUTAWWIF DALAM


TUGASAN MEMBIMBING JEMAAH UMRAH - Oleh MOHD SABRI BIN
JAMALUDIN dan NOOR RAUDHAH ABU BAKAR:

Hakikatnya, semakin baik dan terurus pengurusan sesuatu industri yang menawarkan
perkhidmatan kepada orang awam, maka ianya akan menjadi pilihan utama. Tidak dikira apa
sahaja industri yang bertapak di Malaysia ini. Malah ianya akan menjadi sebutan dan
kegemaran individu yang telah menggunapakai perkhidmatan lalu menjadi sebutan kemana
sahaja yang dipanggil sebagai publisiti bergerak mulut ke mulut yang jauh lebih efektif dan
berkesan. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, kualiti perkhidmatan dalam industri
pelancongan yang melibatkan ibadah umrah ini semuanya boleh diletakkan pada satu figura
atau individu yang bergelar mutawwif. Malah panggilan ini merupakan panggilan yang
sangat masyhur dan dikenali oleh seluruh dunia kepada individu yang mempunyai
kompetensi yang melayakkan mereka untuk dipanggil mutawwif. Pastinya, ianya satu kerjaya
kerana setiap pemain industri yang bergelar agensi umrah berdaftar di Malaysia ini,
memerlukan mutawif bagi menggerakkan perniagaan mereka dengan menghantar rombongan
jemaah umrah ke Tanah Suci. Ada juga syarikat yang telah memilih calon mutawwif mereka
yang mungkin boleh dikatakan sebagai tangkap muat dan tidak menepati kelayakan yang
ditetapkan atas alasan pilihan saat akhir.

Kajian oleh MOHD SABRI ET AL, (2017) pula lebih memfokuskan pada reka bentuk dan
pengembangan aplikasi panduan bahasa mudah alih dalam bahasa Arab untuk telefon pintar
Mutawwif (Umrah Tour Guide) VIA terutamanya di platform yang disokong Android.
Setelah selesai, projek ini diharapkan dapat menghasilkan Aplikasi pengajaran dan
pembelajaran bahasa Arab yang mudah alih di kalangan Mutawwif (Umrah Tour Guide)
melalui prototaip Aplikasi mudah alih interaktif, yang dapat meningkatkan motivasi diri dan
pembelajaran bahasa para pelajar untuk tujuan pelancong. Ini akan membantu Mutawwif
untuk berkomunikasi dalam bahasa Arab dengan lebih berkesan dan cekap. Aplikasi ini juga
berpotensi untuk dikomersialkan dan diperluas ke syarikat perjalanan dan pelancongan umrah
dan haji yang lain di Malaysia dan di seluruh dunia.
Kajian oleh SITI ROHAIDA dan SITI HASNAH (2018) mengkaji tentang kerja mutawwif.
Kajian tersebut lebih kepada mendekati aspek kesukaran kerja mutawwif dan halangan dalam
menjalankan tugas mutawwif tanpa melihat aspek yang perlu dicakupi dalam kerja
mutawwif. Antara halangan yang dikenalpasti adalah kompentensi mutawwif.

Menurut MUHAMMAD SABRI SAHRIR, ET AL, (2017), mutawwif merupakan profesion


yang kian menginjak naik dan mendapat perhatian di mata rakyat Malaysia. Mutawwif juga
membantu menjana pulangan pendapatan yang lumayan kerana kehadiran Jemaah yang
ramai. Individu yang mempunyai pengalaman dan kemahiran dalam hal ehwal umrah dan
ziarah serta biasa berkaitan Tanah Suci Makkah dan Madinah dipelawa untuk bekerja
bersama syarikat umrah dan ziarah. Mutawwif bukan hanya pandai berbahasa arab, ianya
juga perlu mempunyai fizikal yang sihat dan cergas, berketrampilan menarik serta paling
utama pernah menunaikan ibadah umrah.

Tugasan sebagai seorang mutawwif begitu mencabar sekali. 40 orang Jemaah perlu dijaga
dan diberikan bimbingan sepenuh hati. Keperluan mental, fizikal, jasmani dan emosi menjadi
tumpuan mutawwif untuk memastikan Jemaah yang dibimbing berada dalam keadaan yang
selesa dan tidak bermasalah. Pada waktu ini, fokus utama mutawwif adalah mengejar redha
Allah dan berhempas pulas melapangkan dada untuk beribadah kepada Allah selain
memperolehi pendapatan dari syarikat umrah dan ziarah melalui tugas dalam membimbing
Jemaah umrah dan ziarah (Siti Rohaida Mohamed Zainal, Siti Hasnah, Hassan, 2018).
Oleh itu, amat penting untuk seseorang mutawwif itu mempunyai kompentensi tugasnya yang
tersendiri.

Di Malaysia, kompetensi mutawwif ini merujuk kepada Kompetensi Unit 1 hingga 5 bagi
Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (NOSS) Tahap 3: Bimbingan Umrah dan
Ziarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia
(KSM). Kompetensi mutawwif tahap 3 ini lebih merujuk kepada ketrampilan mutawwif
dalam melakukan pelbagai aktiviti kerja di dalam pelbagai konteks, kebanyakannya adalah
kompleks dan tidak lazim dilakukan, mempunyai tanggungjawab dan autonomi diri yang
tinggi, di samping mengawal dan memberi panduan kepada yang lain.

Terdapat 5 Unit dalam Standard Kemahiran Pekerja Kebangsaan (NOSS) Tahap 3:


Bimbingan Umrah dan Ziarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian
Sumber Manusia (KSM). Kelima-lima unit tersebut adalah:

o Perlaksanaan Kursus Umrah & Doa (CU1),

o Perlaksanaan Tazkirah Penyucian Jiwa dan Akidah (CU2),

o Perlaksanaan Ibadah Umum (CU3),

o Perlaksanaan Ziarah Madinah (CU4) dan

o Perlaksanaan Ziarah Mekah.

Kompetensi perlu diukur dan dilihat sebagai satu tanda aras dalam pembangunan kemahiran
mutawwif dalam membimbing Jemaah umrah dan ziarah ke tanah suci. Begitu juga
kompetensi sebagai jurupandu pelancong dalam membawa dan mengiringi pelancong ke
kawasan pelancongan di mana-mana

Sebagai contoh, kajian oleh MUHAMMAD ASHDAQ HARIS, MUHAMMAD YUNUS


dan IDAYANTI (2015) yang membuat kajian berkaitan kesan kualiti perkhidmatan terhadap
kepuasan jemaah dan gambaran terhadap perjalanan haji dan umrah di Provinsi Sulawesi
Selatan. Hasil kajian menunjukkan kualiti perkhidmatan sangat mempengaruhi kepuasan
Jemaah. Manakala kepuasan jemaah mempengaruhi imej ejen pelancongan haji dan umrah,
dan kualiti perkhidmatan secara tidak langsung mempengaruhi imej ejen pelancongan haji
dan umrah. Biarpun kajian ini tidak mengkaji tentang mutawwif, namun kompetensi
mutawwif dan kualiti perkhidmatan sering berkait (Choirunnisa, 2021).

Kajian Jamilatun (2021) pula mengkaji kompetensi mutawiif sebagai moderator dalam
hubungan diantara pengaruh jenama, kredibiliti organisasi dan kepuasan pelanggan terhadap
kesetiaan pelanggan. Kajian tersebut mendapati kompetensi mutawwif memoderasi atau
memperkuatkan lagi hubungan di antara pengaruh jenama, kredibiliti organisasi dan
kepuasan pelanggan dengan kesetiaan pelanggan. Ini menunjukkan kepentingan kompetensi
mutawwif.

Kajian yang mengkaji tahap kepuasan pelanggan umrah juga dilakukan oleh Firdaus Khairi
Abdul Kadir et al. Secara khusus kajian tersebut bertujuan untuk mengenal pasti tahap
kepuasan pelanggan dan perkhidmatan pengurusan Umrah oleh syarikat Juara Travel and
Tours. Hasil kajian mendapati bahawa jemaah haji Umrah itu berpuas hati dengan
pengurusan awal sebelum menunaikan Umrah dan semasa Umrah, infrastruktur, kursus dan
latihan yang dilantik mutawwif oleh Juara Travel and Tours Company. Penyelidikan seperti
ini penting untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi kepuasan dan kemudahan
kepada bakal jemaah umrah. Namun jika diteliti kajian lebih tertumpu hanya kepada jemaah
haji Umrah itu berpuas hati dengan pengurusan awal sebelum menunaikan Umrah dan
semasa Umrah, infrastruktur, kursus dan latihan yang dilantik mutawwif oleh Juara Travel
and Tours Company.

Kepentingan kompenetensi mutawwif juga dibuktikan oleh EKA (2022) yang mendapati
peranan mutawwif amat berpengaruh dalam meningkatkan jumlah jemaah umrah. Ini
disebabkan perkhidmatan dan bimbingan yang baik dapat meningkatkan lagi minat jemaah
umrah. Malahan perkhidmatan mutawwif menjadi kayu ukur pemilihan Agensi Umrah.

Berdasarkan kajian-kajian lepas di atas, kajian ini menjangkakan semakin tinggi kompetensi
mutawwif, semakin tinggi prestasi kerja mereka. Terdapat 5 kompetensi mutawwif yang
dikaji dan ini membawa kepada hipotesis kajian:

I. Perlaksanaan Kursus Umrah dan Doa berhubungan positif dengan prestasi


kerja.

II. Perlaksanaan Tazkirah Penyucian Jiwa dan Akidah berhubungan positif


dengan prestasi kerja.

III. Perlaksanaan Ibadah Umum berhubungan positif dengan prestasi kerja.


IV. Perlaksanaan Ziarah Madinah berhubungan positif dengan prestasi kerja.

V. Perlaksanaan Ziarah Mekah berhubungan positif dengan prestasi kerja.

Secara keseluruhan belum ada kajian yang berkaitan mutawwif yang mengkaji amalan
mutawwif atau lebih tepat kompetensi mutawwif dalam menjalankan kerja mereka. Kajian ini
mengkaji amalan Mutawwif mengikut unit kompetensi yang terdapat dalam NOSS dan ianya
terbukti piawaian Standard oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK).
KAJIAN LITERATUR

Kajian literatur merupakan analisis sitematik dan mampatan buku, artikel ilmiah dan
sumber lain ke atas dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat, idea, data serta
kaedah memperoleh maklumat, yang berkaitan dengan kajian yang dijalankan oleh
kpenyelidik. Secara ringkasnya, satu proses sistematik yang memerlukan penelitian
dan kemahiran mencari, mengumpul, membaca serta merumus maklumat dengan
lebih terperinci. Dalam membincangkan permasalahan yang di kaji oleh penyelidik
iaitu berkaitan dengan tahap kefahaman mutawwif dalam pengurusan mengurus
bagasi hilang di Lapangan terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

5. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan bagi membantu penyelidik memperolehi Diploma Kemahiran


Pengurusan Mutawwif Umrah & Ziarah. Hal ini kerana, kajian ini sangat penting
dalam menentukan tahap kompentensi pelajar khusunya kepada penyelidik untuk
memahami berkaitan dengan keperluan pembelajaran yang diterima sepanjang
pengajian ini. Oleh itu, amat penting bagi penyelidik menyiapkan kajian ini dengan
sempurna. Kepentingan dapat dilihat melalui pelbagai aspek khususnya kepada
mutawwif yang bakal atau sedang berkhidmat kepada jemaah umrah. Seorang
mutawwif dijadikan sebagai contoh tauladan yang baik untuk dicontohi oleh para
jemaah.

Apabila disebut mengenai persoalan mengenai umrah dan ziarah, sudah tentu menjadi
faktor utama yang paling menarik kepada ramai jemaah mahu menunaikan ibadah itu
kepada sesuatu syarikat pengendali adalah berdasarkan kepada kualiti mutawwif yang
dimiliki oleh syarikat pengurusan yang menguruskan umrah & ziarah. Kajian ini
bertujuan untuk mengkaji tahap kefahaman mutawwif dalam membantu pengurusan
jenazah di Madinah khususnya. Hal ini amat penting bagi melahirkan mutawwif yang
professional serta sesuai dengan sebuah kerjaya yang mempunyai klasifikasi tersendiri
setanding dengan bidang-bidang lain di Malaysia. Moga-moga melalui teori ini, akan
dapat membangtu para mutawwif dalam memahami keadaan serta situasi lantas dapat
menyelesaikan permasalahan yang berlaku di Tanah Suci Makkah dan Madinah.
6. METODOLOGI KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini adalah kajian kuantitatif deskriptif untuk mengenal pasti
serta mengkaji secara empirikal dan sistematik yang berkaitan dengan tahap
kefahaman mutawwif dalam mengurus masalah bagasi hilang di lapangan terbang.
Kajian ini juga menggunakan beberapa reka bentuk kajian serta pendekatan kualitatif.
Kaedah soal selidik pula dijalankan bagi tujuan mengenalpasti aspek kefahaman
mutawwif dalam pengurusan mengurus bagasi hilang di lapangan terbang. Berikut
merupakan gambar rajah bagi reka bentuk kajian yang dijalankan oleh
penyelidik.Berikut merupakan gambar rajah bagi reka bentuk kajian yang dijalankan
oleh pengkaji .

Reka bentuk ujian ini dipilih bertujuan untuk :

a. Mengkaji tahap kefahaman mutawwif dalam mengurus bagasi hilang di


lapangan terbang

b. Mengkaji Tahap Kefahaman Mutawwif Dalam Pengurusan Mengurus Bagasi


Hilang Di Hotel Madinah Al-Munawwarah

c. Mengkaji Tahap Kefahaman Mutawwif Dalam Pengurusan Mengurus Bagasi


Hilang Di Hotel Mekah Al-Mukarrammah

7. KOS PROJEK

Kos Projek yang dirangka adalah bertujuan untuk menilai tahap keperluan projek ini
agar nilai tersebut bertepatan dengan projek yang akan dijalankan. Jadual dibawah
menunjukkan kos projek yang telah dirangka dan di cadangkan.
BIL PERKARA UNIT PER UNIT HARGA
.

Jadual 1 : Kos Projek

8. KESIMPULAN
Huraian Data
Soal Selidik

Analisis Data SPSS Kajian Kuantitatif

Rajah 1 : Instrumen Kajian Penyelidikan


Lost baggage can prove to be highly irritating and a very unpleasant experience.
However, if you have lost your bag, try not to panic as all major airlines use a tracking
system which will track baggage for 100 days using the information you provide
about the bag. The vast majority of misplaced baggage is returned eventually, taking a
few hours if they’re on the next flight or a few days if they’ve been sent to the wrong
airport.

If your baggage fails to arrive, make sure you file your claim immediately at the
airport and fill in all the necessary paperwork. Make sure you provide:

 The address of your hotel in Makkah or Madinah.


 The telephone number of the hotel.
 A contact number through which you can be reached.
 A room number (contact the airline and provide them with this after you have
checked in to your hotel).

Anda mungkin juga menyukai