Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN

DR. ZULHAMRI BIN ABDULLAH


Timbalan Pengarah Pusat Ko-Kurikulum, UPM
juga selaku Pensyarah Kanan Komunikasi Korporat
merangkap Penasihat Projek Lawatan Sambil Belajar

sempena
PROJEK LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE MALAYSIA PALM OIL BOARD (MPOB)
No. 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi
pada
30 September 2009

Asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh


dan Selamat Sejahtera,

Alhamdulilah, saya melapazkan syukur ke hadrat Allah kerana dengan izin


dan kurniaNya pada hari ini rombongan 34 pelajar Bachelor Komunikasi
(Eksekutif) dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra
Malaysia (UPM), Serdang telah berjaya menjejakkan kaki ke bangunan
Malaysian Palm Oil Board atau MPOB di Bandar Baru Bangi ini, untuk
melaksanakan projek khas ini.

Projek khas berupa ‘Lawatan Sambil Belajar ke MPOB’ adalah sesuatu yang
dicita-cita dan diidam-idamkan oleh para pelajar kerana mereka ingin sekali
mendalami sistem pengurusan dan kepimpinan korporat sebuah organisasi
penyelidikan kelapa sawit yang dianggap unggul di negara kita dan juga
terkenal di peringkat antarabangsa.

Komunikasi Korporat dewasa ini telah menjadi suatu disiplin distinctive bagi
pengurusaan strategik. Keistimewaannya kerana ia menjadi nadi kepada
pengurusan strategik. Disiplin ini telah memberi sumbangan yang besar
berkaitan fungsi dalaman dan luaran sesebuah organisasi dan strategi
pembangunannya terutama dalam bahagian-bahagian utama mencakupi

1
hubungan stakeholder, pengurusan reputasi, korporat kerajaan, korporat
sosial dan hubungan komuniti.

Kami difahamkan, MPOB telah dutubuhkan pada 1 Mei 2000 di bawah Akta
Parlimen (Akta 582) mengambil tempat dua institusi yang dicantumkan iaitu
Palm Oil Research Institute of Malaysia (PORIM)dan Palm Oil Registeration
and Licensing Authority (PORLA), iaitu dua institusi yang sudah berada dalam
industri kelapa sawit lebih dari 20 tahun. Dalam menerajui industri kelapa
sawit, MPOB menyedia dan mempromosi sokongan secara saintifik dan
teknologi yang kuat dalam komitmen Research and Development ((R & D)
serta dapatan-dapatan kajian dan inovasi dimajukan untuk tujuan komersil.
Di samping itu terdapat tugas lain MPOB meliputi pendaftaran, pelesenan dan
penguatkuasaan berhubung kegiatan penanaman, pengilangan dan
perusahaan hasil kelapa sawit di Malaysia. Kami melihat banyak kejayaan
dikecapi MPOB dalam membantu menjayakan pertumbuhan kelapa sawit
sebagai hasil komoditi utama negara sehingga menjadikan Malaysia
pengekspot produk kelapa sawit utama di dunia yang meliputi minyak masak
serta pelbagai produk hiliran yang lain. Difahamkan sebanyak 340 produk
atau hasil teknologi telah dilancarkan oleh MPOB setakat ini.

Sehubungan dengan itu, kami ingin mendapat gambaran yang lebih jelas
bagaimana kejayaan tersebut dapat diraih dan dikecapi. Sudah tentu
kejayaan tersebut adalah disebabkan kewibawaan, kecekapan dan
kecemerlangan pengurusannya, iaitu yang melibatkan kepemimpinan
organisasi yang amat komited, bertanggungjawab, mantap dan berkesan dan
juga sudah tentu peranan komunikasi korporat juga turut menyokong
kejayaan MPOB. Sudut Komunikai Korporat inilah yang menarik perhatian
kami bagi tujuan utama ‘Lawatan Sambil Belajar’ ini.

Saya selaku Pensyarah Kursus KOC 3301 Pengenalan Komunikasi


Korporat dan Penasihat Projek ini amat berbesar hati dengan minat yang
ditunjukkan oleh pelajar saya untuk melawat MPOB. Apabila sahaja saya
memberikan tugasan projek major mereka, iaitu projek yang perlu
dilaksanakan secara berkumpulan besar untuk membuat lawatan ke sebuah

2
organisasi yang mempunyai bahagian korporat, di mana melalui projek ini
mereka akan mendapat markah tugasan, maka sebahagian besar pelajar
saya ini telah bersetuju memilih MPOB sebagai destinasi lawatan untuk
mempelajari aspek-aspek Komunikasi Korporat yang diamalkan oleh
organisasi ini.

Seperti mana syarahan yang saya beri dalam kuliah menerusi kursus
Komunikasi Korporat atau Corporate Communication, dengan melakukan
Lawatan Sambil Belajar ke sebuah organisasi pusat penyelidikan seperti
MPOB ini, maka para pelajar berpeluang mempelajari dengan dekat akan
bentuk aplikasi konsep, teori, fungsi dan strategi Komunikasi Korporat dalam
organisasi ini.

Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak


pengurusan tertinggi MPOB yang telah bersetuju menerima permohonan
pelajar saya untuk melawat organisasi tuan serta kesediaan pihak tuan
memberi penerangan mengenai organisasi tuan.

Akhir kata, saya amat mengharapkan agar Projek Lawatan Sambil Belajar ke
MPOB ini bukan sahaja sebagai suatu keperluan untuk mendapatkan markah,
tetapi para pelajar juga berpeluang mendapat manfaat yang lebih lagi
berhubung ilmu Komunikasi Korporat, terutama perkara-perkara yang
menyentuh identiti, imej dan reputasi korporat yang dapat dijadikan
panduan serta pengalaman yang berguna untuk diaplikasikan dalam tugas
seharian atau kepada organisasi tempat kerja masing-masing, walaupun jika
sekiranya organisasi mereka lebih kecil daripada MPOB. (Ini adalah kerana
pelajar eksekutif merupakan kalangan mereka yang sudah bekerja dan
mempunyai organisasi sendiri).

Sekianlah sahaja ucapan saya dan saya sudahi dengan wasalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.
ZULKUFLI AZIZ

Anda mungkin juga menyukai