Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI CHERAS

KM. 5 JALAN CHERAS


56100 CHERAS, KUALA LUMPUR

KECERIAAN DAN KEBERSIHAN


KAMAR SELESA 2018

ANJURAN UNIT (HEM) :


KECERIAAN, KEBERSIHAN KELAS, KAMAR SELESA DAN PAK21
SK SERI CHERAS
PENGENALAN

Persekitaran sekolah yang ceria dan bersih memberikan keselesaan dan menggambarkan kecintaan
serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Ini dapat memupuk budaya menjaga serta
mengamalkan kebersihan bangunan terutamanya tandas. D isamping itu ianya juga dapat menaikkan imej
sekolah. Dengan moto “Kebersihanmu Keselesaanku”, dapat melahirkan pelajar yang mencintai amalan
sihat berpunca daripada kebersihan. Dengan moto Kebersihanmu Keselesaanku ini juga diharap dapat
mengikis tanggapan sebelum ini bahawa tandas merupakan tempat yang kotor dan menjijikkan.

Demikianlah kita sering dapat lihat tandas yang tersumbat, pamnya rosak atau paip air dibiarkan tidak ditutup
dan sebagainya. Sebenarnya isu kebersihan tandas merupakan sesuatu yang serius yang perlu kita semua
ambil berat. Bayangkan jika kita tiba-tiba mendapat “Call of nature“ di sekolah yang tandasnya rosak dan
kotor, pada ketika itu kita akan dapat hayati nilai sebenar tandas yang bersih. Mungkin ketika itu isu ini bukan
suatu perkara yang kecil lagi. Atau, jika kita terdengar pelawat atau tetamu kita merungut tentang tandas kita
yang menjijikkan, sudah tentu ianya akan memalukan kita serta mencemar imej sekolah. Pada ketika itu, kita
akan dapat rasakan betapa perkara ini bukan satu isu yang remeh.

Mengambil kira penglibatan semua warga sekolah secara bekerjasama yang mana semangat kecintaan
terhadap tandas dapat dipupuk dengan meletakkannya sebagai matlamat utama di samping dapat
menceriakan lagi tandas atau lebih dikenali sebagai Kamar Selesa.

Walaupun terdapat kekangan, kerana masih ada segelintir murid yang tiada kesedaran sivik dan tidak
memiliki rasa tanggungjawab semasa menggunakan tandas, ianya bukanlah penghalang untuk memastikan
matlamat tandas bersih dan ceria tercapai. Bahkan ianya juga menggalakkan murid mencontohi apa yang
dilihat untuk dipraktikkan dirumah bagi menjaga kebersihan tempat kediaman pula.

MOTTO

KEBERSIHANMU KESELESAANKU
RASIONAL :

Bertujuan mewujudkan budaya setempat di sekolah secara berterusan menjaga kebersihan tandas. Suasana
dan persekitaran yang bersih, ceria dan tenteram amat perlu bagi meningkatkan keselesaan pelajar, secara
tidak langsung dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek. Ditambah lagi demi
menyahut seruan dariapada pihak jabatan pendidikan bagi menyertai Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan
Kamar Selesa Sekolah.

MATLAMAT :

Memberi kesedaran kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan tandas bagi mewujudkan
suasana yang bersih, ceria, cantik dan mempunyai kemudahan yang mencukupi untuk murid selaras dengan
visi sekolah bagi mencapai kecemerlangan. Tambahan lagi demi menyahut seruan dariapada pihak jabatan
pendidikan bagi menyertai Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kamar Selesa Sekolah.

OBJEKTIF :

 Dapat mewujudkan tandas sekolah yang lebih selesa, ceria dan harmonis di mana secara tidak
langsung mendorong pembelajaran dalam kalangan murid.
 Murid dapat mempraktikkan kebersihan tandas di sekolah juga di rumah.
 Peratus kebersihan tandas sekolah dapat ditingkatkan.
 Memupuk sikap bertanggungjawab dan kerjasama di antara semua warga sekolah.
 Melahirkan generasi yang prihatin serta memiliki disiplin dan kesedaran yang tinggi terhadap
kebersihan dan keceriaan.
 Membudayakan murid dan semua warga sekolah ke arah menjaga kebersihan dan keceriaan tandas.
 Menyertai Pertandingan Keceriaan Dan Kebersihan Kamar Selesa Sekolah.

SASARAN :

7 buah tandas iaitu 6 dari Blok A dan 1 dari Blok B.


TEMA NAMA TANDAS :

Nama-nama Pulau di Malaysia

SENARAI NAMA TANDAS :

1. Pulau Beras Basah


2. Pulau Besar
3. Pulau Dayang Bunting
4. Pulau Kapas
5. Pulau Mabul
6. Pulau Pangkor
7. Pulau Pemanggil
8. Pulau Redang
9. Pulau Sipadan
10. Pulau Tioman
11. Pulau Aur
12. Pulau Payar
13. Pulau Perhentian
14. Pulau Rawa
15. Pulau Sibu
16. Pulau Tenggol
17. Pulau Tinggi
18. Pulau Layang-layang
19. Pulau Tengah
20. Pulau Tiga
21. Pulau Ketam
22. Pulau Manukan
PELAN LOKASI TANDAS SK SERI CHERAS

BLOK A

ARAS 1 TMLP TGP TGL


TINGKAT 1 TML TMP TGP TGL
TINGKAT 2 TML TMP
TINGKAT 3 TML TMP

BLOK B

ARAS 1 TMLP
TINGKAT 1 TGL TGP
TINGKAT 2 TGL
TINGKAT 3 TML TMP

BLOK C

ARAS 1
TINGKAT 1 TML TMP
TINGKAT 2 TGP
TINGKAT 3 TML TMP

PETUNJUK :

TGL : TANDAS GURU LELAKI TGP : TANDAS GURU PEREMPUAN TML : TANDAS MURID LELAKI TMP : TANDAS MURID PEREMPUAN
JAWATANKUASA INDUK KECERIAAN, KEBERSIHAN KELAS, KAMAR SELESA DAN PAK21 2018

Penasihat : Puan Hajah Maznah Bt Latiff : Guru Besar

Pengerusi 1 : Pn. Normah Bt Abu Kasim : GPK Hal Ehwal Murid

Pengerusi 2 : Pn. Khadijah Bt Maulud : GPK Pentadbiran

Pengerusi 2 : Pn. Che Su Bt Bakar : GPK Kokurikulum

Setiausaha : Pn. Siti Noraein Bte Hamzah

Naib Setiausaha : En. Abdul Rahman

AHLI JAWATANKUASA KECIL KECERIAAN, KEBERSIHAN KELAS, KAMAR SELESA DAN PAK21 2018

Menampal dan memasang kertas dinding : En. Abdul Rahman Bin Safian

En. Anuar Wahidi Bin Ahmad

En. Norlizam Bin Sapari

En. Mohamad Afebdy Bin Abd Rahman

Menghias tandas dengan bunga plastik : Cik Azimah Bt Awang

Melabel dan menampal info penggunaan : Pn. Siti Noraein Bte Hamzah

Jurugambar : Cik Azimah Bt Awang

Laporan dan Dokumentasi : Pn. Siti Noraein Bte Hamzah


ANGGARAN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN

KECERIAAN, KEBERSIHAN KELAS, KAMAR SELESA DAN PAK21 2018

A) SUMBER PENDAPATAN

1. Sumbangan PIBG = RM 1000.00

JUMLAH = RM 1000.00

B) PERBELANJAAN

1. Bilangan Tandas = 21 buah tandas

(7 buah tandas untuk pertandingan)

2. Kertas dinding = RM 840.00

1 gulung = Berukuran 45cm x 1m (RM20.00)

1 tandas = 6 gulung x RM20

= RM 120

7 tandas x RM120 = RM840

3. Bunga Plastik dan Hiasa = RM 160.00

JUMLAH = RM 1000.00
Ulasan Guru Besar :

Disediakan oleh : Disemak oleh :

……………………………........... ……………………………….....

(SITI NORAEIN BTE HAMZAH) (NORMAH BINTI ABU KASIM)

Setiausaha Unit Kebersihan dan Keceriaan, GPK Hal Ehwal Murid,

SK Seri Cheras, Kuala Lumpur. SK Seri Cheras, Kuala Lumpur.

Disahkan oleh : Diluluskan oleh :

...................................... ................................ ..................

(MAZNAH BINTI LATIFF) (NORAZIMAH BINTI BAHAROM)

Guru Besar, YDP Persatuan Ibu bapa dan guru,

SK Seri Cheras, Kuala Lumpur. SK Seri Cheras, Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai