Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP PROGRAM KEMPEN KECERIAAN TANDAS 2017

(KAMAR BERSIH, MENAWAN, WANGI)

SJK (T) LADANG RINI, TAMAN MUTIARA RINI, JOHOR BAHRU.

1.0 PENGENALAN

Tandas sekolah menjadi tempat yang sangat penting kepada murid . Tandas menjadi
tempat untuk melepaskan hajat, untuk bersalin pakaian, membersihkan diri dan pelbagai
fungsi lain. Boleh dikatakan bahawa tandas akan dikunjungi oleh murid sekurang-
kurangnya sekali dalam sehari. Sebaliknya murid yang tidak mengunjungi tandas akan
menghadapi risiko masalah kesihatan, akibat menahan keperluan melepaskan hajat.
Oleh sebab tandas menjadi tempat utama kunjungan murid, keadaan fizikal dan unsur-
unsur kebersihan, keselamatan serta kesihatan sepatutnya menjadi perhatian. Sesuai
dengan hasrat ini kerajaan Malaysia telah menyahut seruan Pertubuhan Tandas Sedunia
atau World Toilet Organisation untuk merayakan “Hari Tandas Sedunia”. Sambutan ini
merupakan sebahagian daripada program Kempen Tandas Bersih yang telah dijalankan
sejak tahun 2001 bagi mencapai sasaran sifar tandas kotor di Malaysia menjelang tahun
2020. Sambutan ini bertujuan bagi mengingatkan rakyat mengenai amalan penjagaan
tandas yang baik dan bersih dan seterusnya meningkatkan imej kebersihan tandas awam
dan tandas sekolah di negara kita. Isu kebersihan tandas ini kelihatan sebagai perkara
remeh tetapi amat perlu diberi perhatian kerana implikasinya besar ke atas kesihatan dan
kesejahteraan rakyat.

2.0 RASIONAL

2.1 Masalah dan punca masalah

Dalam pemeriksaan penarafan bintang yang dilakukan oleh PPD Johor Bahru
pada tahun 2016, tandas sekolah tidak mencapai sebarang bintang. Hal ini
bermakna ciri-ciri kebersihan dan keceriaan belum mencapai tahap yang
memuaskan. Oleh itu usaha-usaha untuk menambahbaik ciri-ciri fizikal serta
pembudayaan amalan baik penggunaan tandas sangat perlu disegerakan.
Sehubungan itu satu soal selidik tentang persepsi tandas telah diedarkan kepada
murid dan guru. Sejumlah 20 % responden berpendapat tandas dalam keadaan
selesa berbanding 37 % mengatakan tidak selesa, selebihnya 43 % memilih
sederhana. Dari aspek keceriaan 17 % berpendapat tandas dalam keadaan ceria
berbanding 46 % mengatakan tidak ceria, selebihnya 43 % memilih sederhana.
Dari aspek keharuman hanya 3 % sahaja berpendapat tandas wangi, berbanding
57 % mengatakan tidak memuaskan, selebihnya 40 % memilih sederhana.
Dapatlah dirumuskan bahawa tahap keselesaan, kebersihan, keceriaan dan tahap
wangi tandas sekolah adalah pada tahap kurang memuaskan. Oleh itu
memerlukan usaha penambahbaikan.

Berdasarkan soal selidik, temu bual dengan murid, guru dan pekerja mereka
bersetuju bahawa punca keadaan tandas sekolah kurang memuaskan mengikut
turutan ialah tahap kesedaran murid rendah, kadar kekerapan pembersihan
kurang, dan kadar kekerapan pemantauan guru kurang. Sikap murid yang suka
merosakkan kemudahan tandas, membuang sampah, menconteng dinding,
menjadikan tandas sebagai tempat membuang najis tidak pada tempat yang betul
serta tidak membersihkan sisa-sisa najis atau kesan bau dengan menyiram
secukupnya menggambarkan pemikiran yang belum matang. Keadaan
bertambah buruk disebabkan kerja pembersihan tidak mengikut spesifikasi kerja
yang diharapkan. Alasannya masalah tenaga pekerja pembersihan daripada
syarikat swasta tidak mencukupi iaitu seramai 1 orang sahaja berbanding jumlah
sepatutnya ialah 2 orang. Seterusnya kadar pemantauan yang kurang daripada
guru serta pentadbir menyebabkan murid sering mengambil peluang untuk
melakukan tingkah laku merosak serta amalan tidak beradap di tandas.

2.2 Cadangan Penyelesaian

Berdasarkan perbincangan dengan pentadbir suatu penambahbaikan perlu


dilakukan terhadap tandas sekolah. Konsep penerapan ilmu serta penerapan
budaya adab menjadi keutamaan di samping meningkatkan usaha-usaha
penambahbaikan ciri-ciri fizikal dan proses pembersihan tandas. Sebagai satu
langkah untuk menghilangkan persepsi negatif nama program dinamakan sebagai
Program Keceriaan Tandas 2017.

3.0 MATLAMAT

Mewujudkan tandas bersih, menawan dan wangi (BMW) melalui penerapan ilmu dan
amalan kebersihan yang berterusan melibatkan seluruh warga sekolah dan ibu bapa.
4.0 OBJEKTIF

4.1 Membina perlakuan amalan kebersihan tandas sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam kehidupan seharian.

4.2 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap


kebersihan, keindahan dan keceriaan tandas serta menghargai kemudahan
yang disediakan.

4.3 Memupuk semangat kepunyaan serta kekitaan dalam kalangan murid.

4.4 Melaksanakan aktiviti-aktiviti amalan kebersihan tandas bagi mencapai


kebersihan maksimum.

5.0 SASARAN PROJEK

5.1 Sasaran Sumber Manusia


5.1.1 Semua murid lelaki dan perempuan
5.1.2 Semua guru lelaki dan perempuan
5.1.3 Semua pekerja pembersihan

5.2 Sasaran Tandas

Oleh sebab bilangan tandas yang tidak banyak maka semua tandas dijadikan sebagai
sasaran.

LOKASI NAMA PENGGUNA BIL BIL


UNIT TANDAS
BLOK A Tandas guru P kerani & semua guru 1 3
(P)
BLOK A Tandas guru L PAR & semua guru (L) 1 2
BLOK A Tandas murid P Semua murid P 1 3
BLOK A Tandas murid L Semua murid L 1 3

JUMLAH 4 11

6.0 MASA

6.1 Tarikh : 01 Februari 2017 – 20 Februari 2017


6.2 Tempoh Masa : 3 Minggu
7.0 JAWATANKUASA

Pengerusi : Pn.P.Rajaswari
Timbalan Pengerusi : Pn.S.Kasturi
Naib Pengerusi : Pn.K.Piramila
: En S.Eswaran
: Pn.Tamilarasi
Setiausaha : Pn
Bendahari : Pn M.Revathyy

AJK : Pn Hema Malini


: Pn A.Vasugi
: Pn Thilagah
: Pn.Prama
: Wakil Pekerja Pembersihan

8.0 KEWANGAN

RM
KOS OLEH PIBG
cat dinding, kayu frame (20 mm X 5 mm), syelek, berus 300
alas kaki (dawai/sabut) X 4 80
cermin muka X 4 200
kayu frame, paku, skru, syelek 50
bunting, banner, carta, poster 300
Jamuan Gotong Royong 100
Majlis Penutup 50
1080
KOS OLEH LPBT/PCG
Laminate A4 50
Hiasan dinding 100
Hiasan Meja Sudut Ilmu 100
label nama kamar 50
300

JUMLAH BESAR 1380

9.0 PELAN PELAKSANAAN

9.1 Perancangan
9.1.1 Analisis Keperluan
9.1.2 Penyediaan kertas konsep
9.1.3 Pembentukan Jawatankuasa

9.2 Pelaksanaan
9.2.1 Mesyuarat Jawatankuasa
9.2.2 Jawatankuasa Melaksanakan Tugas
9.2.3 Majlis Pelancaran

9.3 Pemantauan
9.3.1 Pelaksanaan Projek Guru dan Murid
9.3.2 Aktiviti dan Jadual Pembersihan Pekerja

9.4 Penilaian dan Rancangan Penambahbaikan


9.4.1 Majlis Penutupan Rasmi
9.4.2 Mesyuarat post mortem
9.4.3 Laporan akhir program

10.0 USAHA-USAHA SEKOLAH DALAM MEWUJUDKAN TANDAS BERSIH


10.1 Menjalankan kerja penyenggaraan fizikal dan pembersihan berterusan
10.2 Menyediakan perkakasan tambahan (Aksesori)
10.3 Melaksanakan Projek Keceriaan
10.4 Melaksanakan Kempen Tandas BMW
10.4.1 Pendidikan 3K dan amalan baik tandas:Ceramah dan Taklimat
10.4.2 Poster, banner, bunting, kata-kata perangsang, bahan didik.
10.4.3 Pertandingan menulis pendapat, rajah Ishikawa, ucapan spontan.
10.4.4 Program Anak Angkat.
10.4.5 Tabung Keceriaan
10.5 Pemantauan, Pemeriksaan dan Peneguhan Nilai

11.0 PENUTUP
Hasrat untuk menyediakan sekolah yang kondusif memerlukan usaha yang berterusan
khususnya oleh guru-guru dan murid sekolah. Diharapkan program ini mendapat sokongan
dan kerjasama daripada semua pihak yang terlibat agar usaha mendidik dan membudayakan
amalan baik dapat akhirnya membentuk murid yang berjaya.

Disediakan oleh,

__________________________
PENYELARAS 3K

Anda mungkin juga menyukai