Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN PROJEK

PROJEK KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG 2012

ANJURAN: GURU PELATIH PISMP [SEMESTER 8] PROGRAM INTERNSHIP 2012

TARIKH: 25 JUN - 20 JULAI 2012 [4 MINGGU]

TEMPAT: BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH KEBANGSAAN AMPANG, JALAN MERBAU, KG. MELAYU AMPANG, 68000 AMPANG, SELANGOR

1.0 PENGENALAN Dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Kemahiran Hidup, aktiviti amali seperti penyiasatan, demonstrasi dan kerja secara berkumpulan dapat membantu meningkatkan kualiti pembelajaran dan kefahaman murid. Banyak kajian membuktikan aktiviti hands-on dan mind-on sebegini dapat

meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Kemahiran Hidup. Bengkel Kemahiran Hidup adalah tempat yang kondusif bagi menjalankan aktiviti sebegini. Umumnya, susunan inventori di dalam bengkel Kemahiran Hidup memudahkan murid untuk bergerak seperti tempat duduk murid secara berkumpulan dan susunan bahan serta alatan yang mudah digunakan.

Selain itu, bengkel Kemahiran Hidup dilengkapi bahan bantu mengajar (BBM). Justeru, untuk meningkatkan kefungsian dan keberkesanan akses bengkel Kemahiran Hidup, kami selaku guru pelatih 8 PISMP Ambilan Januari 2009 dari IPG Kampus Pendidikan Teknik dan IPG Kampus Ilmu Khas bercadang ingin mengelolakan satu projek keceriaan dan naik taraf bilik tersebut.

2.0 MATLAMAT Antara matlamat utama projek yang ingin dijalankan adalah seperti berikut: 2.1. meningkatkan keceriaan dan tahap keselematan Bengkel Kemahiran Hidup selaras dengan standard kriteria Program 3K (Kebersihan, Keselamatan dan Keceriaan). 2.2. menambah nilai kefungsian dan akses Bengkel Kemahiran Hidup oleh guru dan murid sebagai tempat dan sumber pengajaran dan pembelajaran (P&P). 2.3. memenuhi keperluan untuk pelaksanaan projek semasa menjalani latihan Amalan Profesional [Internship] di sekolah.

3.0 OBJEKTIF Projek ini dijalankan dengan berfokuskan kepada beberapa matlamat yang dinyatakan: 3.1. meningkatkan keceriaan dan suasana bengkel Kemahiran Hidup termasuk mengecat semula bahagian yang tertentu. 3.2. meningkatkan keselamatan bengkel Kemahiran Hidup seperti mengemaskini peraturan penggunaan bilik dan pelan keselamatan kecemasan. 3.3. menambah baik susunan bahan dan alatan termasuk penglabelan di dalam bengkel Kemahiran Hidup. 3.4. menambah baik susunan dan penyimpanan BBM termasuk penglabelan. 3.5. mewujudkan suasana bengkel Kemahiran Hidup yang menarik dan bersih untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. 3.6. meningkatkan jumlah akses bengkel Kemahiran Hidup oleh guru dan murid secara keseluruhannya.

4.0 KUMPULAN SASARAN 4.1. Guru Pembimbing / Penasihat: a) Pn. Junaidah binti Mohamed Noor b) En. Zuhaimi bin Sharif c) Guru-guru Kemahiran Hidup [Mentor / Guru Pembimbing Intership] [Ketua Panitia Kemahiran Hidup 2012]

4.2. Pelaksana-Guru pelatih: a) Ahmad Hazazi bin Mohd Wasian b) Nuraidil bin Mirhan c) Sirajuddin bin Yunus d) Zulkirom bin Mohd Othman e) Siti Khadijah binti Alias f) Salteenie binti Ismail IPG Kampus Pendidikan Teknik, KL IPG Kampus Pendidikan Teknik, KL IPG Kampus Pendidikan Teknik, KL IPG Kampus Pendidikan Teknik, KL IPG Kampus Pendidikan Teknik, KL IPG Kampus Ilmu Khas, KL

4.3. Warga sekolah

5.0 TARIKH : 25 Jun - 20 Julai 2012 [4 minggu]

6.0 LOKASI : Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Ampang

7.0 STRATEGI PELAKSANAAN Perjalanan projek dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil di mana setiap bahagian mempunyai guru pelatih tertentu yang berperanan sebagai ketua, seperti berikut:

Bahagian Memotong, mengecat dan menampal potongan huruf polistirena Penglabelan bahan dan alatan Menyediakan, mengemaskini info dan fotografi Melukis dan mengecat Penyediaan carta organisasi dan peraturan bengkel Penyusunan bahan dan alatan Penyediaan pelan lantai laluan kecemasan Kekemasan, kebersihan dan keselamatan bengkel

Tindakan Semua guru pelatih Nuraidil Zulkirom Sirajuddin Siti Khadijah Salteenie Ahmad Hazazi Semua guru pelatih

8.0 KEPERLUAN PERALATAN a) Cat Minyak (merah & kuning) b) Kertas A4 (pelbagai warna) c) Kadbod dan laminating cover d) Berus cat / roller

9.0 BELANJAWAN DAN KOS Bil. 1. 2. 3. 4. 5. Perkara Cat Minyak Berus Kadbod Kertas A4 (warna) Pita pelekat Harga Seunit (RM) 50.00 3.00 2.50 7.00 RM2.50 Kuantiti 4 5 2 1 1 Jumlah (RM) 200.00 15.00 5.00 7.00 2.50 RM 229.50

10.0 PENUTUP Semoga kertas cadangan ini mendapat sokongan dan kelulusan daripada pihak sekolah. Diharapkan projek ini dapat memberi manfaat kepada semua warga sekolah ini, dapat menarik minat murid untuk terus belajar dan mendalami mata pelajaran Kemahiran Hidup serta meningkatkan keceriaan dan kefungsian Bengkel Kemahiran Hidup.

Disediakan oleh,

......................................................... (AHMAD HAZAZI BIN MOHD WASIAN) Guru Pelatih, IPG Kampus Pendidikan Teknik, Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur, WP.

Disokong oleh,

............................................................... (PUAN JUNAIDAH BINTI MOHAMED NOOR) Mentor / Guru Pembimbing Internship, Sekolah Kebangsaan Ampang, Jalan Merbau, Kg. Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Diluluskan oleh,

................................................................... (PUAN HJH. KHODIJAH BINTI AZIZ) Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Ampang, Jalan Merbau, Kg. Melayu Ampang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Anda mungkin juga menyukai