Anda di halaman 1dari 6

SK TAMAN TUANKU JAAFAR 71450 SG. GADUT, NEGERI SEMBILAN.

KERTAS KERJA PAMERAN MATEMATIK DAN INOVASI

DIKEMUKAKAN OLEH : GURU PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR, SEREMBAN (PISMP SEMESTER 8 TAHUN 2012)

KERTAS CADANGAN MENGADAKAN PAMERAN MATEMATIK DAN INOVASI DI SK TAMAN TUANKU JAAFAR 71450 SG. GADUT, NEGERI SEMBILAN.

1.0 Pendahuluan Internship merupakan satu program latihan yang dilalui oleh guru-guru pelatih di lapanganyang bertujuan untuk mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman amalan profesional sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru permulaan. Guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah serta aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi amalan budaya sekolah. Pada peringkat ini, guru pelatih perlulah menonjolkan sifat kepimpinan dalam pengurusan pelbagai aktiviti sekolah dengan bimbingan mentor. Internship juga memberi peluang kepada guru pelatih untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat kepimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru permulaan yang berkesan. Demi menjayakan program internship ini dengan berjaya, kami telah

mengenalpasti satu projek yang amat berguna untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan Sikamat. Projek tersebut adalah Pameran Matematik dan inovasi yang melibatkan penglibatan guru-guru pelatih unit Matematik semester 8. 2.0 Objektif Melalui projek Pameran Matematik dan Inovasi ini, kami berharap akan dapat : a. Merancang dan melaksanakan aktiviti atau projek yang dipersetujui oleh pihak sekolah. b. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti dalam melaksanakan tugas.

c. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab yang diberikan d. Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap sekolah. e. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara berterusan. f. Memberi idea atau pengetahuan kepada guru Matematik mengenai bahan bantu mengajar yang pelbagai guna

3.0 Tarikh / Tempoh / Masa Tarikh : 09 Julai 2012

Tempoh : 1 hari Masa : Waktu sekolah

Tempat : Makmal Sains 2

4.0 Jawatankuasa Pelaksana Penyeleras projek : Sudesh Kumar A/L Sangaran Setiausaha Dokumentasi : Thamberaj A/L Kumaraveloo : Balu A/L Arumugam

6.0

Kumpulan sasaran : Guru guru dan murid-murid darjah 4,5,6 SKTTJ

7.0

Kandungan program : Jadual kandungan program dilampirkan ( Lampiran 1 )

8.0

Anggaran perbelanjaan Anggaran perbelanjaan projek kami adalah seperti berikut :

Bil. 1.

Perkara - cenderamata

Harga (RM) RM1.50 x 4 = RM6 RM 0.50 x 50 = RM 25

2.

Hiasan tempat

RM25

3. 4.

Potato printing Pop up JUMLAH

RM 10 RM 10 RM 76

9.0

Penutup Diharapkan bahawa melalui pameran ini akan dapat mengeratkan hubungan antara guru pelatih dengan guru guru di sekolah ini. Kami juga berharap agar guru-guru Matematik dapat memperoleh sebanyak mungkin sumber ilmu yang berfaedah kepada pengajaran dan pembelajaran sepanjang lawatan guru-guru ke pameran dan juga memperoleh pengalaman yang amat berharga. Pihak

jawatankuasa juga memohon kerjasama dan tindakan dari pihak pengurusan sekolah supaya mempertimbangkan permohonan kami untuk mengadakan

Pameran Matematik dan Inovasi di bilik BBM. Segala kerjasama dari pihak puan kami dahului dengan jutaan terima kasih. BAKTI DISEMAI BUDI DITUAI

Disediakan oleh, ........................................... THAMBERAJ A/L KUMARAVELOO Setiausaha Projek


(GURU PELATIH IPGM KAMPUS RAJA MELEWAR)

Disemak oleh, ....................................... PN. SUHAILA BINTI MUSTAFFA ( GURU PEMBIMBING )

Diluluskan oleh, .................................................... PN.FAUSIAH BINTI MOHD NOOR ( GURU BESAR )

LAMPIRAN 1 KANDUNGAN PROGRAM BIL AKTIVITI 1 Pembinaan kertas kerja oleh BAHAN YANG DIPERLUKAN - Kertas TINDAKAN Pengurus projek dan Setiausaha

guru-guru pelatih IPGKRM pada - Ink 27 Jun hingga 29 Jun 2012 2 Perbincangan bersama pihak pentadbir untuk mendapatkan khidmat dan nasihat mengenai aktiviti/program yang dirancang dan cara mendapatkan kelulusan 3 Bincang dengan mentor program Internship mengenai proses perjalanan aktiviti 4 Menyediakankan tempat pameran dan bahan bantu mengajar 5 Refleksi dan pendokumentasian mengenai pameran yang telah diadakan Kertas pendokumentasian - Bahan dan alat Bahan bantu mengajar Pandangan dan pendapat - Komputer Kertas cadangan

Pengurus Projek dan Guru Besar

Pengurus projek, mentor dan AJK yang terlibat Pengurus projek di bantu dengan AJK

Pengurus projek di bantu AJK

Anda mungkin juga menyukai