Anda di halaman 1dari 7

SJK(C) TUKAU

JALAN BAKAM, 98000 MIRI, SARAWAK.

KERTAS KERJA
MENGEMAS DAN MENGHIASKAN
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SJK (C) TUKAU

TARIKH:
18 JULAI 2016 29 JULAI 2016

TEMPAT:
SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA TUKAU

ANJURAN:
GURU PELATIH PPRMT 8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK
98000 MIRI, SARAWAK.

KERTAS KERJA
MENGEMAS DAN MENGHIASKAN

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP SJK (C) TUKAU


1.0

PENGENALAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda
komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang kondusif.
Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk
merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang
bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.

Projek ini

adalah salah satu aktiviti yang dirancang oleh guru-guru pelatih


dari IPG Kampus Sarawak bersama dengan Guru Panitia
Kemahiran Hidup sekolah serta sokongan pihak sekolah. Pada
masa yang sama, semangat cinta akan sekolah dapat dipupuk
dengan meletakkannya sebagai matlamat yang utama di
samping dapat menceriakan lagi keadaan dalam bengkel
Kemahiran Hidup.
2.0

RASIONAL
Prasarana dan pengurus dalam bengkel Kemahiran
Hidup yang kondusif menjadi agenda penting kepada semua
guru bagi memastikan murid dapat belajar dalam suasana yang
kondusif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Reka
Bentuk dan Teknologi serta Kemahiran Hidup berlangsung.
Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa
pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid.
Justeru, sebagai tempat yang menjadi tempat belajar bagi mata
pelajaran khususnya reka bentuk dan teknologi, suasana dalam
bengkel Kemahiran Hidup mestilah teratur dan menarik
perhatian, supaya perkhidmatannya diguna pakai secara
optimum demi keselesaan dan kepuasan hati murid-murid.

3.0

OBJEKTIF
Adalah diharapkan aktiviti mengemas dan menghiaskan bengkel
Kemahiran Hidup sekolah ini dapat:
3.1

Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat belajar yang


kondusif

terutama

murid

yang

menjalani

sesi

pembelajaran dan pengajaran Kemahiran Hidup, Reka


Bentuk dan Teknologi.
3.2

Menjadikan kawasan persekitaran sekolah terutamanya


bengkel Kemahiran Hidup sebagai kawasan yang cantik
dan indah.

3.3

Menunjukkan

komitmen

kecemerlangan,

yang

akauntabiliti

tinggi

dan

ke

integriti

arah
dalam

melaksanakan tugas.
3.4

Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih


sebagai sumbangan terhadap sekolah.

3.5

Menunjukkan

inisiatif

ke

arah

meningkatkan

nilai

profesionalisme keguruan secara berterusan.


4.0

JANGKA MASA
Bermula pada 18 Julai 2016 hingga 29 Julai 2016 ( Minggu
kedua dan minggu ketiga )

5.0

KUMPULAN SASARAN
5.1

Guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

bagi
pengajian Matematik.

5.2
6.0

7.0

Guru-guru Kemahiran Hidup

CADANGAN PROGRAM KECERIAAN BENGKEL


6.1

Menceriakan papan kenyataan

6.2

Menyusun atur bengkel

6.3

Melabel alatan-alatan tangan

6.4

Menghiaskan dan mengemaskan bengkel

KOS PELAKSANAAN
Mohon peruntukan daripada pihak sekolah SJK Tukau sebanyak
RM 24.00. Butiran Perbelanjaan adalah seperti berikut:
HARGA

BIL
.

ALATAN

CATATAN

KUANTIT

PER

JUMLA

UNIT

H (RM)

(RM)
1.

Kain biru

Menceriakan
tiga papan
kenyataan
bengkel

6 meter

4.00 per
meter

24.00

Kemahiran
Hidup
JUMLAH

8.0

24.00

PERANCANGAN PROGRAM
Aktiviti mengemas dan menghiaskan bengkel Kemahiran Hidup
sekolah ini dicadangkan untuk diadakan pada:
Tarikh

: 18 Julai 2016 29 Julai 2016

Masa

: 8:00 pagi hingga 12:00 petang

Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Tukau


Aktiviti

: Mengemas dan Menghiaskan Kengkel Kemahiran

Hidup
BIL.

1.

TARIKH

CADANGAN AKTIVITI

18Julai 2016 ( Isnin )

Memulakan aktiviti menghiaskan papan

2.

19 Julai 2016 ( Selasa )

kenyataan.
Meletakkan maklumat penting pada

3.

20 Julai 2016 ( Rabu )

papan kenyataan.
Melabel alat dan perkakasan dalam

21 Julai 2016 ( Khamis )


25 Julai 2016 ( Isnin )
26 - 28 Julai 2016

bengkel.
Mengemaskan alatan-alatan tangan.
Menyusun atur alatan-alatan tangan.
Mengemas, menyusun atur dan

4.
5.
6.

membersihkan bengkel Kemahiran

(Selasa)
7.

29 Julai 2016 (Jumaat)

Hidup.
Membersihkan bengkel, menceria dan
mendokumentasi projek.

9.0 JAWATANKUASA INDUK / KERJA


Penasihat

: Encik Chang Kuang Kit


(Guru Besar SJK Tukau)

Guru pembimbing

: Puan Lau Lee Min


(Guru

Penolong

Kanan

Kokurikulum

Sekolah)
Cik Voon Jiunn Leong
(Guru Panitia Kemahiran Hidup)

Ahli Jawatankuasa : Goh Hui San


: Tiong Chiong Yew
10.0

PENUTUP
Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini
dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang
digariskan serta akan lebih memantapkan suasana kondusif
bengkel Kemahiran Hidup sekolah. Perancangan pelaksanaan
projek dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan
pengurusan

yang

melibatkan

semua

ahli

jawatankuasa.

Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk


mencari pengalaman secara terus daripada sekolah. Besarlah
harapan kami semoga projek mengemas dan menghiaskan
bengkel Kemahiran Hidup ini dapat dijalankan secara lancar di
SJK (C)Tukau. Di samping itu, diharapkan projek ini dapat
memberi sumbangan kepada pihak sekolah agar mudah untuk
melaksanakan sebarang aktiviti pada masa kelak.
Disediakan oleh:

__________________
(GOH HUI SAN)
Guru Pelatih Internship
Institut Pendidikan Guru Kampus Sarawak Miri
Disokong oleh:

___________________

(PUAN LAU LEE MIN )


Guru Pembimbing Matematik
Internship

Disahkan oleh:

__________________
(ENCIK CHANG KUANG KIT)
GURU BESAR
SJK(C) Tukau
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai