Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN

02500 MATA AYER, PERLIS.

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN BENGKEL KEMAHIRAN
HIDUP
SEKOLAH KEBANGSAAN ORAN
MATA AYER, PERLIS
2014
TARIKH:
21 JULAI 2014 HINGGA 25 JULAI 2014

1.0

Pengenalan

Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah


melalui persekitaran yang kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai
wahana untuk merealisasikan pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang bermula dari
persekitaran sekolah yang kondusif. Projek ini adalah salah satu aktiviti yang dirancang
bersama oleh guru-guru pelatih dari IPG Kampus Perlis dengan Panitia Kemahiran Hidup
Sekolah kebangsaan Oran, Perlis dengan sokongan pihak sekolah. Dalam masa yang
sama, semangat kecintaan terhadap sekolah dapat dipupuk dengan meletakkannya
sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi keadaan dalam bengkel
serta persekitaran sekolah.

2.0

Rasional

Prasarana dan pengurus dalam bengkel kemahiran hidup yang kondusif menjadi
agenda penting kepada guru-guru bagi memastikan murid dapat belajar dalam suasana
yang kondusif semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi
serta Kemahiran Hidup berlangsung. Persekitaran yang diwujudkan mestilah menepati cita
rasa pelanggannya yakni guru, kakitangan sekolah dan murid-murid. Justeru, sebagai
tempat yang menjadi tempat belajar bagi matapelajaran khususnya reka bentuk dan
teknologi, suasana dalam bengkel mestilah teratur dan menarik perhatian, supaya
perkhidmatannya digunapakai secara optimum demi keselesaan dan kepuasan hati
penggunanya.

3.0

Objektif
3.1

Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat belajar yang kondusif terutama murid
yang menjalani sesi PnP Kemahiran Hidup dan Reka Bentuk dan Teknologi.

3.2

Menjadikan kawasan persekitaran sekolah terutamanya Bengkel Kemahiran Hidup


sebagai kawasan yang cantik dan indah.

3.3

Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan integriti


dalam melaksanakan tugas.

3.4

Menyumbang tenaga dan buah fikiran guru pelatih sebagai sumbangan terhadap sekolah.

3.5

Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara


berterusan.

4.0

5.0

Sasaran

4.1

Guru-guru pelatih IPG Kampus Perlis

4.2

Guru-guru Kemahiran Hidup

Tarikh

Bermula pada 21 Julai 2014 hingga 25 Julai 2014 ( Minggu ketiga )

6.0

Tempat

Bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Oran

7.0

Cadangan Program Keceriaan Bengkel

7. 1

Melukis dan mewarna mural(keselamatan)

7.2

Menyusun atur bengkel

7.3

Melabel alat tangan.

7.4

Menghasilkan sudut hasil kerja murid.

8.0

Struktur Organisasi Induk

Penaung

Pen

: Tn. Haji Adzhar bin Shafie


(Guru Besar)

Pengerusi

: Pn. Ruzaida binti Ahmad


(pk kanan pentadbiran)

Naib Pengerusi I

: Pn. Hjh Azizah binti Ab. Aziz


(Pk Hal Ehwal Murid)

Naib pengerusi II

: En. Huzairi bin Hussain

Pengarah projek

: Pn. Azilla binti Bakar

Timbalan pengarah projek

: En. Mohd Puzi bin Senawi

Setiausaha

: En. Muhammad Fitri bin Ab Rahman

Bendahari

: En.Adam Malik bin Ahmad

Ajk

: En. Mohd Zainol Abidin bin Hussain


En. Norhamizi bin Hasan
Cik Noor Azwani binti Mansor
Cik Nur Izzati binti Shuhaimi
Cik Nur Syamera binti Mohammad Hizan

9.0

Jadual Program

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

10.0

Anggaran Belanjawan

(Sila lihat lampiran ) Perubahan berdasarkan program semasa

13.0

Penutup

Pihak jawatankuasa amat mengharapkan semoga program ini dilaksanakan dengan


jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih memantapkan suasana
kondusif bengkel kemahiran hidup Sekolah Kebangsaan Oran. Perancangan
perlaksanaan projek dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan
yang melibatkan semua ahli jawatankuasa. Program ini merupakan salah satu platform
guru pelatih untuk mencari pengalaman secara terus daripada sekolah. Semoga apa jua
sumbangan dan bantuan yang diberikan mendapat keberkatan dari Ilahi. Segala
perancangan, pengurusan dan pentadbiran yang teliti menjadikan pelaksanaan yang
dibuat berjalan dengan lancar berserta hidayah dan pertolongan Allah SWT.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

.........................:.................................

.........................................................

( EN. MUHAMMAD FITRI BIN AB RAHMAN )

(PN. AZILLA BINTI BAKAR)

Penyelaras Program Keceriaan Bengkel Kem. Hidup

Ketua Panitia Kemahiran Hidup

Sekolah Kebangsaan Oran

Sekolah Kebangsaan Oran

Disahkan oleh,
.................................................................
( TN. HAJI ADZHAR BIN SHAFIE )
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Oran

Lampiran A

BIL.

JADUAL PROGRAM

TARIKH

CADANGAN AKTIVITI

1.

21 Julai 2014 ( Isnin )

Memulakan aktiviti lakaran mural.

2.

22 Julai 2014 ( Selasa )

Mewarnakan mural yang telah dilakar.

3.

23 Julai 2014

Mengemas,menyusun atur dan membersihkan Bengkel

( Rabu )

Kemahiran Hidup.

24 Julai 2014

Melabel alat dan perkakasan dalam bengkel.

4.

( Khamis )
5.

25 Julai 2014

Membersihkan bengkel, menceria dan


mendokumentasi projek.

( Jumaat )

Lampiran B

BIL.

ANGGARAN BELANJAWAN

BAHAN DAN ALATAN

KUANTITI

ANGGARAN
PERBELANJAAN

1.

Berus lukisan kecil

RM 1.00 X 5

RM 5.00

2.

Cat mural

RM 5.00 X 6

RM 30.00

3.

Polisterin board

RM 3.00 X 3

RM 9.00

Kertas warna A4

RM 5.00 X 1

RM 5.00

Plastik laminate

RM 1.00 X 10

RM 10.00

JUMLAH

RM 59.00

Anda mungkin juga menyukai