Anda di halaman 1dari 2

KERTAS CADANGAN

SUMBANGAN PERKAKASAN PROJEKTOR TV PLASMA


KE ARAH PEMBELAJARAN ABAD KE 21

1 TUJUAN
Kertas cadangan ini disediakan untuk pertimbangan pihak tuan bagi memperoleh
sumbangan perkakasan projector dan tv plasma bagi merealisasikan pembelajaran
Abad ke 21 yang lebih banyak menggunakan peralatan tersebut sebagai bahan bantu
belajar sesuai dengan dasar PPPM yang menitikberatkan guru sebagai perancang,
pemudahcara, pendorong dan pengawal manakala pelajar sebagai pembelajar aktif

2. LATARBELAKANG .
Seiring dengan perkembangan pendidikan hari ini, pengajaran dan pembelajaran lebih
menjurus kepada penggunaan teknologi bagi memastikan objektif pembelajaran
dapat dicapai dalam satu-satu sesi pdpc. Tambahan lagi kekurangan pengetahuan di
kalangan pelajar masa kini sangat memerlukan banyak perkara yang tidak dapat
dijelaskan secara perkataan perlu dibawa ke kelas dalam bentuk visual. Oleh itu
peralatan seperti projector dilihat sebagai satu bahan alternatif yang sangat membantu
masalah ini dapat diselesaikan.

3. OBJEKTIF
i. Melaksanakan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kemas
dan efisien.
ii. Mewujudkan sebuah bilik yang kondusif untuk pembelajaran abad ke 21
iii. Menambahkan lagi kemahiran dalam bidang penggunaan teknologi.

4. JUSTIFIKASI CADANGAN PEROLEHAN PERKAKASAN

i. Paparan Slaid dihasilkan menggunakan program Powerpoint.


ii. Slaid dipancar ke layar menggunakan LCD dan Skrin pada dinding.
iii. TV Plasma digunakan untuk kemudahan guru dan murid bagi kelas yang
mempunyai bilangan murid yang sedikit +- 15 orang
5. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL PERKAKASAN BILANGAN ANGGARAN ANGGARAN
UNIT HARGA SEUNIT KOS (RM)
(RM)
1 LCD Projektor 1 2000.00 2000.00
2 Plasma TV 42” 1 2000.00 2000.00

JUMLAH 4000.00

6. PENUTUP
Memandangkan kepada perkembangan dan pengetahuan di zaman yang serba maju
ini, peralatan yang canggih amat diperlukan bagi melakukan sesuatu kerja. Adalah
diharapkan pengajaran dan pembelajaran murid di abad ke 21 inI akan menjadi lebih
menarik dan efisien demi meningkatkan mutu pendidikan . Oleh itu, pihak sekolah
memohon sumbangan sebanyak RM 4000.00 ( Empat Ribu Ringgit sahaja ) bagi membeli
dan melengkapkan peralatan LCD projector dan tv plasma.

Anda mungkin juga menyukai