Anda di halaman 1dari 4

SMK.

GOMBAK SETIA
JALAN SERI SETIA, 53100 GOMBAK SELANGOR

KERTAS KERJA :

MEMOHON PERUNTUKAN LCD PROJECTOR BAGI


PANITIA EKONOMI RUMAH TANGGA

1.0 PENDAHULUAN

Penggunaan peralatan yang mudah dan canggih amat diperlukan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih berkesan. Sehubungan ini adalah amat wajar sekiranya
penggunaan LCD PROJECTOR ini digunakan secara maksimum di dalam melaksanakan
proses P & P. Pihak Panitia Ekonomi Rumah Tangga amat memerlukan LCD untuk
memudahkan proses P & P dan menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.

2.0 OBJEKTIF

Antara objektif penggunaan LCD PROJECTOR tersebut adalah seperti berikut :-

i) Akan memudahkan lagi proses P & P memandangkan hanya helaian atau


edaran sahaja digunakan sebagai nota dan latihan
ii) Akan lebih menjimatkan masa berbanding proses menyalin semasa P & P
dilaksanakan.
iii) Akan menjamin suasana P & P yang lebih menarik dan seterusnya
membangkitkan semangat belajar serta pemahaman yang lebih mendalam di
kalangan para pelajar.
iv) Mudah dibawa ke mana-mana dan bukan hanya boleh digunakan semasa
P& P dalam bengkel malah di dalam kelas.
v) Perubahan silibus Sains Rumah Tangga Tingkatan 4 yang memerlukan LCD
untuk aktiviti pembentangan menggunakan powerpoint ( penguasaan PBS)
(Rujuk Lampiran)
vi) Selaras dengan kehendak KPM ke arah pembelajaran abad ke 21

3.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Peruntukan yang diperlukan untuk mendapatkan LCD Projector ini adalah seperti
berikut :-

RM 2500 x 2 unit= RM 5000

( Penggunaan untuk dua bilik iaitu Bilik Jahitan Blok ERT dan Bilik Jahitan Blok B)
4.0 PENUTUP

Dengan perbelanjaan yang dianggarkan, adalah amat wajar sekali penggunaan alat ini
diteruskan untuk memenuhi keperluan pelajar . Diharapkan agar penggunaanya nanti
dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru-guru dan para pelajar sekolah ini.

Disediakan oleh,

……………………………….
(PN.NORAINI BINTI MISWAN)
Ketua Panitia Ekonomi Rumah Tangga
SMK Gombak Setia.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai