Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN PENCETAK 3D UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK JALAN TIGA, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

KERTAS KERJA

PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN PENCETAK 3D
UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK JALAN TIGA,
BANDAR BARU BANGI
SELANGOR

DISEDIAKAN OLEH:
NURRULAISYAH BAHAROM
GURU RBT
SMK JALAN TIGA
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN PENCETAK 3D UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK JALAN TIGA, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

1. NAMA PROJEK
PENCETAK 3D

2. TUJUAN KERTAS KERJA


Kertas kerja ini disediakan adalah untuk memohon sumbangan daripada pihak PIBG
bagi memohon membeli sebuah Pencetak 3D bagi kegunaan para guru dan pelajar
SMK JALAN TIGA.

3. PENGENALAN
Sejajar dengan pelaksanaan PEMBELAJARAN KELAS ABAD 21 (PAK21) di SMK
JALAN TIGA, antara ciri ciri PAK21 ialah:
 Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke – 21
- sangat membantu dalam Pdpc

 Pembelajaran aktif
- penglibatan yang lebih aktif sama  ada dengan perbincangan bersama rakan,
ataupun penggunaan komputer

 Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara kolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam
pembelajaran.

 Pembelajaran kreatif dan inovatif


- Murid dapat menghasilkan pelbagai produk baharu

Disamping itu, subjek Reka Bentuk & Teknologi, Pencetak 3D merupakan teknologi
yang digunakan pada masa terkini. Oleh itu, ia memang memberi manfaat yang
banyak kepada semua pelajar. Diantara kelebihan pencetak 3D ialah:

 Teknologi prototaip pantas


 Kaedah gabungan termoplastik
 Pemasangan stereolithografik
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN PENCETAK 3D UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK JALAN TIGA, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

 Pensinteran laser
 Perisian

Sehubungan dengan itu, adalah satu keperluan penggunaan PENCETAK 3D


dalam melaksanakan Pembelajaran dan Pemudahcaraan (Pdpc) yang lebih efisien
dan berkualiti. Pencetak 3D ini dapat membantu murid menghasilkan produk-produk
baharu dan mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing dan
mampu mencapai sasaran 2020. Penggunaan “Pencetak 3D” dapat membantu
memudahkan Pdpc dan menjadikan pelaksanaan KSSM yang lebih berkesan.

4. RASIONAL
Rasional permohonan peruntukan untuk membeli Pencetak 3D adalah untuk
membantu guru-guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dengan lebih menarik
dan murid dapat membuat produk yang baharu. Ianya lebih bersesuaian dengan
Konsep PAK21.

5. OBJEKTIF
Dengan pembelian Pencetak 3D ini, diharap agar dapat:

(a) Melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif


(b) Mempelbagaikan aktiviti pembelajaran yang boleh dilaksanakan untuk
pembelajaran abad 21 dan menjadikan Pdpc guru lebih menarik serta dapat
menghilangkan rasa mengantuk pelajar.
(c) Membolehkan lebih ramai guru menggunakan Pencetak 3D pada satu-satu
masa mendorong guru melengkapkan murid dengan set kemahiran 5C iaitu
Pemikiran Kritis (Critical Thinking), Kreativiti (Creativity), Kolaborasi
(Collaboration), Perwatakan (Character) dan Komunikasi (Communication).
KERTAS KERJA
PERMOHONAN PERUNTUKAN
PEMBELIAN PENCETAK 3D UNTUK KEGUNAAN SEKOLAH
SMK JALAN TIGA, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

6. SUMBANGAN YANG DIPOHON

BIL ANGGARAN HARGA SEUNIT (RM) ANGGARAN KOS (RM)


1 RM1450 (fully DIY)
2 RM2100 (semi DIY)
RM2500
3 RM3900 (ready to print)

7. PENUTUP
Projek Pencetak 3D ini amat wajar dilaksanakan dengan tujuan mentransformasikan
pendidikan melalui pelaksanaan inisiatif berteraskan konsep PAK – 21. Bagi
merealisasikan pelaksanaannya, penggunaan Pencetak 3D dapat mencetak tiga
dimensi, serta memberikan output maklumat tiga dimensi iaitu membuat objek
dengan parameter fizikal yang sebenar.

Semoga hasrat dan aspirasi pendidikan negara ini akan dapat dicapai dengan
sokongan padu pihak PIBG terhadap permohonan pihak sekolah dan guru-guru
SMK JALAN TIGA, kerana guru merupakan individu yang paling hampir dengan
murid dan berupaya membekalkan murid dengan kemahiran serta pengetahuan
yang diperlukan.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

________________________ _________________________
(PN. NURRULAISYAH BAHAROM) (PN. MASSITA BINTI MUHAMED SIN)
Guru RBT Pengetua
SMK JALAN TIGA SMK JALAN TIGA

Anda mungkin juga menyukai