Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

PENYELENGGARAAN
BANGUNAN BARU
PENDIDIKAN KHAS SEKOLAH
KEBANGSAAN KAMPUNG
BOYAN
SK . K A M PU N G B O YA N

2016
T A IP IN G

2003
ASAS
KERTAS KERJA PENYELENGGARAAN BANGUNAN PROGRAM
PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG
BOYAN, TAIPING, PERAK

1. PENDAHULUAN
Persekitaran kelas dan sekolah yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan
mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga sekolah.
Keceriaan dan kebersihan kawasan kelas dan sekolah adalah penting bagi
meningkatkan mutu pendidikan kerana mempunyai iklim kelas dan sekolah
yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah. Di masa
yang sama semangat kecintaan terhadap kelas dan sekolah dapat dipupuk dengan
meletakkannya sebagai matlamat yang utama di samping dapat menceriakan lagi
kelas.

2. LATAR BELAKANG PPKI

Sejarah penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi SEKOLAH


KEBANGSAAN KAMPUNG BOYAN, TAIPING, PERAK Bermula pada
bulan Ogos 2005 dengan bilangan murid seramai 3 orang yang diserap melalui
program intergrasi dari SK Pendidikan Khas (Pendengaran) Taiping bersama
seorang guru telah membuka sebuah kelas bagi murid – murid kategori masalah
pembelajaran. Pada awal Januari 2006 seorang lagi guru telah ditempatkan kerana
pertambahan bilangan murid telah meningkat dengan ketara dari 3 orang kepada
10 orang. Dan menyebabkan keadaan kelas menjadi sempit dan kurang kondusif
bagi menampung permasalahan ini.
Pada Januari 2007, SK Kg. Boyan telah dikenalpasti yang mana mempunyai
kekosongan bilik kelas dan sesuai untuk dibangunkan sebagai program Intergrasi
Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Maka dari SK. Pend. Khas Taiping
berpindahlah ke SK. Kg. Boyan dengan menempatkan 2 orang lagi guru bersama
dengan 12 orang murid yang mana ditempatkan di tingkat satu yang jelas sekali
kurang sesuai untuk program ini. Akan tetapi semua itu adalah hanya sementara
kerana sebuah bangunan khas telah dibina bagi menempatkan murid – murid
sebagai satu program Intergrasi Pendidikan Khas Pembelajaran.

3. LATAR BELAKANG PROJEK

Setelah berkembang dengan peningkatan murid yang mendaftar di PPKI, SK


Kampung Boyan, permohonan untuk membina satu bangunan baru untuk
menempatkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Pada
bulan Oktober, 2015 terbinalah bangunan baru PPKI SK Kampung Boyan.
Walaubagaimanapun bangunan baru Program Pendidikan Khas Integrasi
mempunyai masalah anai-anai yang merosakkan sebahagian bangunan Program
Pendidikan Khas Integrasi di bahagian dapur seperti pintu kabinet sinki. Anai-
anai merebak dengan cepat. Berdasarkan keadaan tersebut pihak sekolah
berharap agar sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah Larut, Matang dan Selama,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat
mempertimbangkan pelaksanaan penyelenggaraan bangunan kelas Program
Pendidikan Khas Integrasi di sekolah ini.

BIODATA PRASEKOLAH

Nama Sekolah : SK KAMPUNG BOYAN


Kod Sekolah : ABA 6060
Daerah : Taiping
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru PPKI : 10 orang
Bil. Pembantu Pengurusan Murid : 5 orang
Bil. Enrolmen Murid PPKI : 44 orang (tahun 2016)
Bilik kelas sedia ada : 6
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar
4. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan penyelenggaraan adalah penting berdasarkan
pertimbangan berikut:
4.1 Membaiki kerosakan infrastruktur pada dalam bangunan Program
Pendidikan Khas Integrasi akibat anai-anai.

5. SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS


Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas
yang sedia ada seperti berkut:

KEROSAKAN KOS
Unit RM
5. Membaiki kerosakan Program Pendidikan
Khas Integrasi
5.1 Pintu kayu kabinet 6 80 240

5.2 Kawalan Anai-anai 1 2500 2500


JUMLAH 2740

6. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

6.1. Membaiki pintu cabinet yang dimakan anai-anai.


6.2. Memanggil kawalan serangga untuk mengawal pembiakan anai-anai.

7. JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional penambahbaikan bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk:

7.1. Membuktikan bahawa Kementerian Pendidikan, Pejabat Pendidikan


Daerah LMS, sekolah prihatin dan serius terhadap pendidikan golongan
murid Program Pendidikan Khas Integrasi.
7.2. Sebagai satu pengawalan anai-anai merebak ke bahagian lain.
7.3. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesasan murid Program Pendidikan Khas Integrasi.

8. IMPLIKASI SEKIRANNYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksaan penyelenggaraan ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang
besar sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

8.1. Mengelakkan daripada kerosakan lebih teruk sekiranya membiarkan anai-


anai merebak ke kawasan lain dalam banguan PPKI.
8.2. Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana dapur digunakan
sebahagian daripada pembelajaran murid.
8.3. Mempengaruhi gaya pembelajaran guru untuk mengajar aktiviti
pembelajaran

9. PENUTUP

Kerja penyelenggaraan bangunan sekolah ini sangat diperlukan oleh banguanan


Program Pendidikan Khas Integrasi supaya persekitaran yang kondusif untuk
keperluan murid Program Pendidikan Khas Integrasi. Ditekankan juga kepada faktor
keselamatan kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi yang berisiko dan
terdedah kepada bahaya kerosakan yang sedia da. Diharapkan kerja penyelenggaran
ini mendapat perhatian dari tuan kerana dengan terlaksananya kerja penyelenggaraan
ini para murid Program Pendidikan Khas Integrasi akan lebih optimis dalam pelajaran
dan menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Disediakan oleh ,

.................................................

Azhar bin Ahmad Nasri

Guru Kelas Pendidikan Khas

Sekolah Kebangsaan Kampung Boyan.

Disemak Oleh , Disahkan oleh,

................................................. .................................................

Rozita binti Ariffin Fezarudin bin Mahamudin

Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Kampung Sekolah Kebangsaan Kampung

Boyan Boyan

Anda mungkin juga menyukai