Anda di halaman 1dari 12

PERMOHONAN PROJEK NAIK

TARAF KELAS

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS


INTEGRASI (PPKI)

SK CHERAS JAYA

DISEDIAKAN OLEH:

PPKI SK CHERAS JAYA, 43200 CHERAS, SELANGOR

1
Kertas Cadangan Projek Pembangunan dan Naik Taraf
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
Sekolah Kebangsaan Cheras Jaya

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Sejarah penubuhan sekolah SK Cheras Jaya bermula pada tahun 2009 memiliki pada masa itu
644 murid lelaki dan 645 murid perempuan dan seramai 65 orang guru kini bertambahan murid
guru bertambah. Lokasi sekolah ini lebih kurang 6.7 km dari Pejabat Pendidikan Daerah Hulu
Langat dan sekolah ini dikategorikan sebagai sebuah sekolah luar bandar Gred B. Setelah lebih ,
pada tahun 2018 bermulalah sejarah penempatan pelajar pendidikan khas kategori bermasalah
pembelajaran atas dorongan dan idea Guru Besar Encik Mohamad Thani Bin Abdullah dengan
penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Cheras Jaya.
Bermula pada 2 Januari 2019 dengan 15 orang pelajar pendidikan khas bersama dengan tiga
guru pendidikan khas dan pembantu pengurusan murid dan kini pertambahan murid seramai 21
orang.

Bangunan fizikal kelas yang sedia ada hanya untuk 2 kelas sahaja dengan sebuah tandas. Ini
menyebabkan kelas yang ada terlalu padat dengan bilangan murid yang ramai. Bagi murid-murid
yang hendak menggunakan tandas dalam masa yang sama terpaksa menunggu rakan lain atau
terpaksa menggunakan tandas murid dibangunan pra sekolah yang agak jauh.Lokasi kelas
pendidikan khas yang berada di hadapan padang sekolah dan menjadi masalah ketika aktiviti
pendidikan jasmani dalam suasana bising dan keselamatan. Oleh yang demikian di cadangkan
pagar sepanjang laluan dapat mengatasi masalah serta berbumbung sepanjang laluan diperlukan
untuk mengelak tempias hujan .
Oleh sebab pertambahan murid yang ramai ini telah menyebabkan kelas-kelas yang sedia ada
bertambah padat dengan bilangan muridnya. Justeru itu, kelas yang ada tidak dapat menampung
kapasiti jumlah murid yang ada dan tidak kondusif bagi sesi pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan keadaan tersebut pihak PPKI berharap Pejabat Pendidikan Hulu Langat; Jabatan
Pendidikan Negeri Selangor, dan Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mempertimbangkan
pelaksanaan membina dan menaik taraf bangunan pendidikan di kelas PPKI di sekolah ini.

2
BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SEKOLAH KEBANGSAAN CHERAS JAYA


Kod Sekolah : BBA 4050
Daerah : Hulu Langat
Negeri : Selangor
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru PPKI : 3 orang ( 3 perempuan ) (6 orang guru)
Bil. Guru Pendidikan Islam : 2 orang
Bil. Penolong Kanan PPKI : 1 orang (lelaki)
Bil. Staff Sokongan (PPM) : 1 orang (perempuan) (3 orang PPM)
Bil Enrolmen Murid PPKI : 21 orang ( 18 lelaki / 3 perempuan)
Kategori Murid : ADHD –1
Autism-10
Slow Learner-3
Syndrome Down-2
Disleksia-2
Celberal Palsy-2
Global Development Delay-1
Bilik Darjah sedia ada : 2 (4 buah kelas)
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar
Gred : B

3
2.0 OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek membina dan menaik taraf bangunan kelas pendidikan khas integrasi
ini adalah sangat penting berdasarkan beberapa pertimbangan berikut:
2.1 Keadaan bangunan dan kelas pendidikan khas yang sedia ada tidak mampu menampung
kapasiti murid yang ramai.
2.2 Kelas yang tidak selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta gangguan dari kelas
bersebelahan kerana tiada halangan bagi membahagikan kelas .
2.3 Kelas yang sedia ada juga hanya mempunyai sebuah tandas yang dikongsi bersama
2.4 Keluasan kelas yang sangat terhad dengan bilangan pelajar yang ramai tidak menggalakkan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang optimum.
2.5 Kawasan berpagar sepanjang laluan untuk keselamatan murid
2.6 Memerlukan bilik-bilik khas seperti Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Sensori, Bilik Operasi,
Bilik Multimedia.
Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada seperti
berikut:
2.7 Membina dua buah kelas dan tandas di kawasan bersebelahan dengan bangunan pendidikan
yang sedia ada. Cadangan makmal atau stor sukan Blok C
2.8 Ubahsuai dan membina sebuah partition untuk membahagi kelas yang sedia ada untuk
dijadikan bilik khas
2.9 Membina pagar sepanjang laluan berhdapan kelas ppki untuk keselamatan
2.10 Tandas yang berangsingan lelaki dan perempuan dan ruangan unutk mesin basuh

3.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK


Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:
3.1 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar pendidikan khas
supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.
3.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan untuk pengajaran dan
pembelajaran dengan adanya kelas yang selesa dan kondusif bagi murid pendidikan khas.
3.3 Projek menaik taraf dan ubahsuai bangunan ini dapat meningkatkan dan mengoptimumkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran guru serta murid di kelas pendidikan khas.
3.4 Sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus tanpa gangguan dari murid kelas lain.
3.5 Dapat mengatasi masalah keselamatan murid .
3.6 Kemudahan yang diberikan dapat meningkatkan kualiti dan pencapaian program pendidikan
khas SK Cheras Jaya khasnya dan pendidikan khas daerah amnya.
4
4.0 JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional projek nak taraf dan ubahsuai bangunan kelas pendidikan khas ini adalah untuk:
4.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap golongan pelajar
berkeperluan khas MBK.
4.2 Enrolmen murid pendidikan khas yang bertambah setiap tahun memerlukan bangunan
tambahan dan kemudahan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selesa dan
sesuai.
4.3 Memberi kemudahan dan keselesaan dan juga keselamatan yang optimum bagi murid-murid
dan guru-guru pendidikan khas dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
4.4 Mengatasi dan menjaga keselamatan murid MBK.
4.5 Mengatasi masalah dalam menggunakan tandas jika berlaku kecemasan atau perkara yang
tidak dapat dielakkan.

5.0 IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak
dilaksanakan adalah seperti berikut:
5.1 Suasana pembelajaran yang kurang selesa dan tidak kondusif kerana murid yang padat dan
bilangan kelas yang terhad.
5.2 Gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran dari murid dan guru yang berada di kelas
yang menyebabkan murid hilang fokus.
5.3 Ruang kelas yang terhad menyebabkan murid tidak dapat melakukan aktiviti yang sesuai
seperti subjek masakan memerlukan bilik kemahiran hidup,kelas subjek tmk memerlukan
bilik komputer dan lain-lain.
5.4 Hasrat kementerian untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekitaran pembelajaran
yang kondusif tidak akan tercapai.
5.5 Murid MBK tidak ada pengalaman dan suasana sebenar dan Tahap keupayaan mereka tidak
dipulihkan dengan had bilik yang digunakan dengan tiadanya bilik-bilik ini

5
6.0 KEPERLUAN BILIK- BILIK KHAS

6.1 BILIK KELAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


Kelas yang masih ada sekarang adalah belum mencukupi mengikut ujuran seramai 21 murid 4 kelas
diperlukan mengikut keadaan sekarang hanya 2 kelas sahaja dan setiap kelas hanya bersesuai meletakkan
seramai 6-7 murid sahaja mengikut tahap keupayaan dalam Tahap 1 dan Tahap 2

6.2 BILIK KEMAHIRAN HIDUP


Bilik Kemahiran Hidup amat diperlukan kerana dalam Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah PASR modul
Kemahiran Hidup Masakan, Jahitan, Perkebunan dan Ternakan di ajar bagi murid Tahap 2, dan bilik ini
juga boleh digunakan untuk pengurusan kehidupan dalam subjek (pengurusan diri)

6.3. BILIK SENSORI


Bilik Sensori melibatkan terapi sensori yang melibatkan rasangan 5 deria yang diperlukan bagi murid
berkeperluan khas MBK bagi matapelajaran Kemahiran Manupulatif dan Pendidikan Jasmani,

6.4 BILIK OPERASI


Bilik menempatkan Fail , simpanan iventori, buku teks ,bbm,abm serta pengoperasian Guru PPKI dalam
perlaksanaan proses siap sediaan pengajaran dan pembelajaran serta bilik mesyuarat dan ruang bertemu
dengan ibubapa/penjaga

6.5 BILIK MULTIMEDIA


Bilik ini diperlukan kerana pembelajaran menggunakan bahan teknologi mengikut aliran teknologi terkini
dengan adanya komputer, smart TV ,projektor LCD ,layar dan juga digunakan sebagai bilik untuk
matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK dan subjek yang memerlukan visual

6.6 KEBUN MINI


Kebun adalah satu elemen dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Kemahiran Hidup bagi
MBK dan juga subjek Sains Sosial dan Alam Sekitar SSAS untuk mengetahui tentang kepentingan alam
dan kejadian alam sekitarnya, mereka juga boleh mengaplikasi nilai keusahawanan dan kemahiran dalam
melaksanakan projek ini

6
7.0 ANGGARAN KOS

BIL PERKARA ANGGARAN (RM)

1 PENGUBAHSUAI KELAS DAN BILIK KHAS SEDIA 100,000.00


ADA
3 SMARTBOARD 75 INCI TV INTERAKTIF 1 UNIT 15,000.00

4 PENGUBAHSUAIAN TANDAS MESRA OKU 100,000.00

JUMLAH 215,000.00

8.0 PENUTUP
Program harap dapat dilaksanakan semoga proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid berkeperluan
khas MBK akan terlaksana mengikut peredaran zaman kini dan keselesaan MBK dan mencapai visi dan
misi Pendidikan Khas di Malaysia

Disediakan Oleh:
ZULFIKAR ALMI BIN JAMALUDDIN
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEK. KEBANGSAAN CHERAS JAYA, BALAKONG,CHERAS
SELANGOR DARUL EHSAN
No Tel. Bimbit : 018- 3721577
Email Sekolah: bba4050@btpnsel.edu.my
Tel. Pejabat: 03-90754929
Email PPKI : serasappki@gmail.com
FB: Ppki Serasa
Twitter: ppkiserasa
Instagram:ppkiserasa

7
9.0 KELAS PPKI YANG TERKINI (BLOK C)
Laluan ke Kelas PPKI

8
KELAS PPKI

TANDAS PPKI

SUASANA KELAS PPKI

9
TANDAS PPKI

10
10.0 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN DENGAN PROJEK YANG DICADANGKAN

TANDAS MESRA YANG MESRA OKU

SMARTBOARD

11
11.0 LAMPIRAN-

LAYOUT PELAN CADANGAN PROJEK

POWERPOINT

12

Anda mungkin juga menyukai