Anda di halaman 1dari 7

PERMOHONAN PROJEK NAIK TARAF

KELAS TINGKATAN ENAM SMA DATO’


HAJI MUSTAFA

DISEDIAKAN OLEH:

BAHAGIAN PENTADBIRAN TINGKATAN ENAM


(STAM) SMA DATO’ HAJI MUSTAFA

TEL: 019-3481212

1
Kertas Cadangan Projek Pembangunan dan Naik Taraf
Kelas Tingkatan 6 (STAM)
SMA Dato’ Haji Mustafa

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

Sejarah penubuhan tingkatan 6 (STAM) bermula pada tahun 2021 dan menjadi satu-satunya
aliran tingkatan enam (STAM) dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Sembilan.
Penubuhan tingkatan enam aliran STAM ini adalah bertujuan membolehkan para pelajar yang
berminat dalam bidang agama dan Bahasa Arab menyambung pelajaran mereka ke peringkat
yang seterusnya melalui Sijil Tinggi Agama Malaysia dibawah seliaan Kementerian Pendidikan
Malaysia di Negeri Sembilan.

Program ini telah dilaksanakan di Sekolah Menengah Agama Dato’ Haji Mustafa, Jempol pada
bulan May 2021 dan akan diteruskan pengambilan baharu pada April 2022. Seramai 22 orang
pelajar telah mengikuti program ini pada tahun 2021 dan dijangka akan mengalami pertambahan
pelajar pada tahun-tahun berikutnya.

Bangunan fizikal yang sedia ada hanya terdiri daripada 2 bilik termasuk bilik guru. Justeru,
kertas kerta ini adalah bertujuan memohon sumbangan untuk tujuan menaiktaraf dan menambah
baik bilik yang sedia ada.

2
BIODATA SEKOLAH

Nama Sekolah : SMA DATO’ HAJI MUSTAFA


Kod Sekolah : NFT6002
Daerah : JEMPOL
Status : Sekolah Kerajaan
Bil. Guru STAM : 6 orang (3 lelaki/3 perempuan)
Bil. Staff Sokongan : -
Bil Enrolmen Murid : 22 orang (9 lelaki/12 perempuan)
Bilik Darjah sedia ada : 1
Bilik Guru Sedia ada : 1
Sesi : 1 sesi
Kawasan : Luar Bandar

2.0 OBJEKTIF PROJEK

Cadangan pelaksanaan projek membina dan menaik taraf bangunan kelas STAM ini adalah sangat
penting berdasarkan beberapa pertimbangan berikut:
2.1 Keadaan bangunan dan kelas yang sedia ada tidak mampu menampung kapasiti murid yang
ramai.
2.2 Kelas yang tidak selesa semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta gangguan dari kelas
bersebelahan kerana tiada halangan bagi membahagikan kelas .
2.3 Keluasan kelas yang sangat terhad dengan bilangan pelajar yang ramai tidak menggalakkan
sesi pengajaran dan pembelajaran yang optimum.

3.0 SKOP DAN KOMPONEN PROJEK DAN ANGGARAN KOS

Cadangan projek pembinaan ini melibatkan pembinaan dan ubahsuai kekal kelas yang sedia ada
seperti berikut:

3.1 Ubahsuai dan membina sebuah partition untuk membahagi kelas yang sedia ada untuk
dijadikan kelas pengajaran dan pembelajaran.
3.2 Ubahsuai dan membina partition untuk bilik guru.

3
4.0 OUTPUT DAN FAEDAH YANG DIJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:


4.1 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada pelajar supaya dapat
belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan kemudahan asas.
4.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan untuk pengajaran dan
pembelajaran dengan adanya kelas yang selesa dan kondusif bagi murid.
4.3 Projek menaik taraf dan ubahsuai bangunan ini dapat meningkatkan dan mengoptimumkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran guru serta murid di kelas.
4.4 Sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus tanpa gangguan dari murid kelas lain.
4.5 Kemudahan yang diberikan dapat meningkatkan kualiti dan pencapaian program STAM di
SMA Dato’ Haji Mustafa.

5.0 JUSTIFIKASI PROJEK

Rasional projek nak taraf dan ubahsuai bangunan kelas STAM ini adalah untuk:
5.1 Membuktikan bahawa kementerian prihatin dan serius terhadap pelajar STAM dibawah
naungan KPM.
5.2 Enrolmen murid yang akan bertambah setiap tahun memerlukan kemudahan untuk
pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan selesa dan sesuai.
5.3 Memberi kemudahan dan keselesaan dan juga keselamatan yang optimum bagi murid-murid
dan guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam era
pendamik virus Covid-19 ini.

6.0 IMPLIKASI SEKIRANYA PROJEK TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak
dilaksanakan adalah seperti berikut:
6.1 Suasana pembelajaran yang kurang selesa dan tidak kondusif kerana murid yang padat dan
SOP keselamtan COVID19 harus dikekalkan.
6.2 Gangguan semasa pengajaran dan pembelajaran dari murid dan guru yang berada di kelas
bersebelahan yang menyebabkan murid hilang fokus kerana tiada pembahagi kelas.
6.3 Hasrat kementerian untuk mewujudkan suasana pembelajaran dan persekitaran pembelajaran
yang kondusif tidak akan tercapai.

4
7.0 LAMPIRAN GAMBAR BERKAITAN DENGAN PROJEK YANG DICADANGKAN

5
8.0 LAMPIRAN PELAN CADANGAN PROJEK

6
9.0 LAMPIRAN – PELAN SEDIA ADA

Anda mungkin juga menyukai