Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

MEMBAIK PULIH
PINTU TANDAS PELAJAR
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (BP)
SMK DATO KAMARUDDIN
34500 BATU KURAU, PERAK.
Kertas Kerja Membaik Pulih Pintu Tandas Pelajar
Program Pendidikan Khas Integrasi (BP)
SMK Dato Kamaruddin, Batu Kurau, Perak.

1 LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Pendidikan Khas Integrasi (Bermasalah Pembelajaran) telah dibuka pada 15


Januari 2007. Kelas bermula dengan 12 orang pelajar, 2 orang guru dan seorang pembantu
pengurusan murid. Sejak awal pembinaannya, blok Pendidikan Khas telah melalui beberapa
kerja naik taraf seperti penambahan partition bagi mewujudkan 3 buah kelas, menaiktaraf
tandas, menaiktaraf koridor menjadi kelas serbaguna dan yang terbaru pembinaan blok
tambahan. Jadual 1 di bawah memberikan jumlah penambahan guru, PPM, pelajar dan
kelas.

TAHUN GURU PPM PELAJAR KELAS


2007 4 1 12 2
2008 5 2 17 3
2009 5 2 19 3
2010 6 2 23 4
2011 6 2 24 4
2012 6 2 32 5
2013 7 2 29 5
2014 6 2 33 5
2015 7 1 32 5
2016 8 2 35 5
2017 8 2 34 5

JADUAL 1

1. TUJUAN
Tujuan kertas kerja ini diadakan untuk:
1.1. Memaklumkan kerosakan yang diahadapi.
1.2. Menggerakkan plan tindakan kerja mendapatkan peruntukan.
2. RASIONAL

Rasional membaik pulih pintu tandas pelajar adalah untuk :

2.1. Membuktikan bahawa para pendidik prihatin terhadap infrastruktur


sekolah selaras dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia yang
mengkehendaki sekolah menyediakan sekolah dan kemudahan yang kondusif
untuk sesi pembelajaran.

2.2. Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan


keselesasan pelajar disamping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan
ibu bapa terhadap program.

3. OBJEKTIF

Cadangan pelaksanaan projek ialah membaik pulih pintu tandas pelajar Program
Pendidikan Khas Integrasi (BP) sekolah ini yang rosak, hal ini penting berdasarkan
pertimbangan berikut:

3.1. Pintu tandas yang rosak dan tidak selamat untuk digunakan.
3.2. Bahagian bingkai pintu tandas berlubang.

4. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK

Pelaksanaan projek baik pulih ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

4.1. Mampu menjamin keselamatan pelajar semasa menggunakan tandas.

4.2. Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti


tandas.

4.3. Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada


pelajar supaya dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan
kemudahan asas.

4.4. Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan pelajar yang masih


memerlukan bantuan untuk mengurus diri semasa menggunakan bilik air.
5. IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK BAIK PULIH TIDAK DILAKSANAKAN

Pelaksanaan projek baik pulih ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang
besar sekiranya tidak dapat dilaksanakan seperti:

6.1 Aspek keselamatan pelajar tidak terjamin.

6.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana masalah


kemudahan asas yang kurang sempurna.

6.3 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar
anak- anak mereka kerana kemudahan asas yang tidak selamat.

6. ANGGARAN KOS

BI PERKARA KUANT HARGA


L. ITI (RM)
1. Pintu Tandas Kayu 1 Unit RM
280.00

7. KESIMPULAN

7.1. Bardasarkan permasalahan di atas, dimohon agar cadangan ini diluluskan


supaya program ini dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para
pelajar.

7.2. Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang


memerlukan bajet yang berasingan untuk menyempurnakan kerja.

Disediakan oleh,

(IDA SUZANA BINTI HAMZAH)


Program Pendidikan Khas Integrasi,
SMK Dato Kamaruddin,
34500 Batu Kurau, Perak.

Disemak oleh, Disahkan Oleh,

.. ....................
(AHMAD JUNAIDI BIN SABARUDDIN) (MOHAMAD SUHAIMI BIN TALIB)
Penolong Kanan Pendidikan Khas, Pengetua,
SMK Dato Kamaruddin, SMK Dato Kamaruddin,
34500 Batu Kurau, Perak. 34500 Batu Kurau, Perak.

LAMPIRAN
GAMBAR PINTU TANDAS PELAJAR YANG ROSAK

Anda mungkin juga menyukai