Anda di halaman 1dari 5

16450 Ketereh Kota Bharu

Kelantan

KERTAS KERJA

PERUNTUKAN TAMBAHAN
PEMBINAAN INFRASTRUKTUR
2 UNIT TANDAS TAHUN 1
SK. KUBANG KIAT

Disediakan oleh;
Jawatankuasa Persatuan Ibu bapa dan Guru
(PIBG)

1|Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Tambahan (PIBG) 2020


Kertas Kerja
PERUNTUKAN TAMBAHAN
PEMBINAAN INFRASTRUKTUR 2 UNIT TANDAS TAHUN 1
SK. KUBANG KIAT

1. LATAR BELAKANG SEKOLAH.

Sejarah penubuhan Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat bermula pada tahun 1950. Lokasi
sekolah ini berdekatan dengan Bandar Ketereh sejauh 5 Kilometer dan 15 Kilometer dengan
Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, dan dikategorikan sebagai sekolah Luar Bandar.

2. TUJUAN

Tujuan kertas kerja ini diadakan untuk:

2.1 Memohon peruntukan tambahan bagi menyiapkan 2 unit tandas.


2.2 Pergerakkan dana plan tindakan kerja yang diperolehi tidak mencukupi untuk
menampung perbelanjaan.

3. RASIONAL
Rasional membina infrastruktur unit tandas sekolah ini adalah untuk :

3.1 Membuktikan bahawa para pendidik prihatin terhadap infrastruktur sekolah selaras
dengan saranan kementerian pendidikan Malaysia yang mengkehendaki sekolah
menyediakan sekolah yang kondusif untuk sesi pembelajaran.
3.2 Memendekkan jarak lokasi dari tandas lama ke tandas baru.
3.3 Mengurangkan jurang masa pdpc yang dilalui oleh murid apabila mnggunakan
tandas.
3.4 Meningkatkan kualiti kemudahan dengan mengutamakan keselamatan dan
keselesasan pelajar. Di samping dapat meningkatkan sokongan dan kepercayaan ibu
bapa terhadap projek.

4. OBJEKTIF PROJEK
Cadangan pelaksanaan projek membina infrastruktur tandas baru bangunan sekolah ini
berdepan pelbagai bermasalah, hal penting berdasarkan pertimbangan berikut:

4.1 Keadaan lokasi tandas yang begitu jauh, menyukarkan murid sampai ke kelas pada
waktu terdekat mengikuti sesi pdpc.
4.2 Bangunan tandas yang mengalami kerosakan telah mengurangkan kuantiti tandas
yang dapat digunakan, suasana berebut tandas timbul apabila murid memerlukan
dalam situasi kecemasan.

2|Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Tambahan (PIBG) 2020


5. OUTPUT DAN FAEDAH YANG DJANGKA DARI PROJEK
Pelaksanaan projek ini akan dapat memenuhi keperluan seperti berikut:

5.1 Mampu menjamin keselamatan guru dan pelajar kerana penambahbaikan dapat
meningkatkan kualiti dan struktur tandas.
5.2 Meningkatkan dan memenuhi kemudahan asas yang diperlukan seperti tandas.
5.3 Memenuhi aspirasi kementerian untuk memberi kemudahan kepada murid supaya
dapat belajar dalam suasana kondusif dan lengkap dengan beremudahan asas.
5.4 Mampu menjimatkan masa untuk menguruskan murid yang masih memerlukan
bantuan untuk mengurus diri semasa menggunakan bilik air.

6. IMPLIKAS SEKIRANNYA PROJEK TIDAK MENDAPAT PERUNTUKAN TAMBAHAN


Pelaksaan projek ini adalah sangat penting dan memberi implikasi yang besar sekiranya tidak dapat
dilaksanakan seperti:

6.1 Aspek keselamatan di kalangan guru dan pelajar tidak terjamin.


6.2 Suasana pembelajaran kurang selesa dan kondusif kerana kelas yang jauh dan tanpa
kemudahan tandas.
6.3 Mempengaruh minat dan keyakinan ibu bapa atau penjaga untuk menghantar anak-
anak mereka kerana kemudahan asas yang tidak disediakan secukupnya..

7. STRATEGI PELAKSANAAN

7.1 Menyediakan kertas kerja.


7.2 Menubuhkan Jawatan Kuasa pelaksana peringkat sekolah.
7.3 Menyediakan carta alir pelan tindakan kerja.

8. PERSEDIAAN AWAL

8.1 Mesyuarat dan taklimat.


8.2 Penubuhan jawatan kuasa.
8.3 Tinjauan dan pemerhatian.
8.4 Mendapatkan dana.

9. JAWATANKUASA PELAKSANA

9.1 Ahli jawatankuasa Kerja;

Penasihat : Pn. Kamariah Bt Hj. Mat Yusoff


Yang Dipertua : En. Mohd zulkifli Bin Idris
Naib Yang Dipertua : Hj. Zainla Abidin Bin Harun
Setiausaha : En. Anuar Zihni Bin Abd. Aziz
Bendahari : Hjh. Suriati Bt Ismail
AJK (Wakil Ibu Bapa) : Pn. Zalina Bt Osman
: Pn. Roziah Bt Awang Kechik
: Pn. Wan Hasimas Bin Wan Muhammad Rani
: Pn. Ahida Bt Khamis
: En. Mohd Zukri Bin Mamat

3|Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Tambahan (PIBG) 2020


: En. Mohd Al-Amin Bin Mohd Kasim
: Pn. Nor Azrina Bt Mohd Nor
AJK (Wakil Guru) : Pn Che Muji Bt Mat
: En. Anuar Bin Abdullah
: Pn. Noranimi Bt Mat Zin
: Pn. Azmah Bt Zakaria

10. PENGURUSAN AKAUN PENDAPATAN & PERBELANJAAN

10.1 Analisa Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

BIL SUMBER PENDAPATAN BIL SUMBER PERBELANJAAN


Sumbangan Ahli Keluarga Murid Belian Barangan Di
1 1200.00 1 5000.00
dan Guru Kedai

2 Jualan Atap Terpakai 1500.00 2 Tangki Air 700.00


3 Sumbangan Alumni 300.00 3 Upah Pembinaan 3300.00

3000.00 9000.00
JUMLAH PERBELANJAAN DIPERLUKAN SEBANYAK 6000.00

11. KESIMPULAN .

11.1 Bardasarkan permasalahan di atas, dimohon agar permohonan peruntukan tambahan


ini diluluskan untuk menjadikan sekolah ini lebih berdaya saing dan memberi
perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti setempat.
11.2 Kesemua kerja-kerja di atas adalah diklasifikasi sebagai renovasi yang memerlukan
bajet yang berasingan untuk menyempurnakan kerja.
11.3 Keperihatian pihak berwajib dalam usaha menyalurkan dana dan bantuan kepada
pihak-pihak yang memerlukan adalah amat kami sanjungi.
11.4 Semoga pihak kami merupakan salah sebuah pusat pendidikan yang tersenarai dalam
menrima sebuah peruntukan berupa kewangan bagi menampung projek sedia ada
yang sedang kami jalankan.

4|Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Tambahan (PIBG) 2020


Disediakan oleh;

………….………………………………………
EN. ANUAR ZIHNI BIN ABD AZIZ
Setiausaha
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat.

Disemak dan disahkan oleh;

………….…………………………..
EN. ZULKIFLI BIN IDRIS
Yang Dipertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Sekolah Kebangsaan Kubang Kiat

5|Kertas Kerja Permohonan Peruntukan Tambahan (PIBG) 2020

Anda mungkin juga menyukai