Anda di halaman 1dari 20

KERTAS KERJA

DEWAN TERBUKA
1
TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk mendapatkan sumbangan atau penaja
untuk membina sebuah bangunan dewan terbuka SK Lepar.

PENGENALAN
Sekolah Kebangsaan Lepar, Pekan (SKL) mula dibuka di atas tanah berkeluasan 6
ekar (2.43 hektar) pada 05 Januari 1975. Kampung Batu 8 Lepar dibuka kerana
peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh Malaysia pada tahun 1971. Kampung
ini diberi nama Rancangan Penempatan Semula Banjir (RPSB) Batu Lapan Lepar
Pekan. Status sekolah ialah sekolah melayu lama dan lokasinya adalah luar Bandar.
Jarak ke PPD Pekan sejauh 60 km dan ke JPNP sejauh 44 km. Bilangan murid yang
memulakan persekolahan pada ketika itu seramai 120 orang yang terdiri daripada 112
orang murid melayu dan 8 orang murid Orang Asli, manakala bilangan guru pula
hanya seramai 8 orang sahaja.
Pada bulan Mac 1985 bilangan murid dan guru telah bertambah kerana
penubuhan LKPP di sekitar kawasan Lepar. Pada tahun 2010 penubuhan AGRO
perternakan kambing biri-biri telah menyumbang pertambahan murid kepada 380
orang. Bilangan guru serta staf turut bertambah. Dari 380 orang pada tahun 2018
jumlah tersebut semakin bertambah kepada 421 orang murid. Bilangan guru 36 orang
dan anggota kumpulan pelaksana seramai 7 orang.

OBJEKTIF
1. Mendapatkan dana / penaja untuk membina sebuah dewan terbuka.

IMPAK
1. Mempunyai ruang yang lebih luas dan terbuka untuk aktiviti sekolah dan komuniti
sekitar SK Lepar.
2. Membolehkan aktiviti kokurikulum, Pendidikan luar bilik darjah dilaksana sekiranya
cuaca tidak mengizinkan.
3. Memudahkan pelbagai jabatan dan agensi melakukan program mereka di tempat
yang lebih luas dan berbumbung bersama pihak sekolah mahupun komuniti Kg
Batu 8 Lepar.

JUSTIFIKASI
1. SK Lepar tidak mempunyai bangun dewan yang luas khusus untuk melakukan
pelbagai aktiviti.
2. Sekolah ini sering menjadi tumpuan (one stop centre) dan pusat komuniti
berkumpul sekira terdapat program kerajaan (outreach), dan NGO ke kawasan
Kg Batu 8 Lepar. Fasiliti sekolah tidak dapat menampung kehadiran rombongan
yang ramai atau komuniti kerana dewan serbaguna yang ada terlalu kecil.

2
SPESIFIKASI UMUM DEWAN TERBUKA SK LEPAR

ITEM DESCRIPTION AMOUNT

A PRELIMINARIES 9,200.00
~ Insurances
~ Demolishing works
~ Safety netting & measures

B WORK BELOW LOWEST FLOOR FINISH 59,700.00


C FRAME 37,700.00
D ROOF TRUSSES 50,300.00
E ROOF FINISHES 34,500.00
F EXTERNAL WALL 6,900.00
G INTERNAL WALL 2,500.00
H CEILING FINISHES 13,200.00
I WALL FINISHES 10,000.00
J FLOOR FINISHES 19,800.00
K DOOR & WINDOW 4,700.00
L AUDIO SYSTEM 9,400.00
M ELECTRICAL WIRING AND FITTINGS 28,200.00
N FURNITURE 15,700.00
O CURTAIN AND RAILING 5,900.00

P EXTERNAL WORKS WITHIN BOUNDARY 6,200.00


~ Reconnect walkway to proposed hall
~ External lighting compound
~ Reconnect & make good existing drain
~ RWDP & Gutter

ESTIMATED TOTAL COST AMOUNT 313,900.00

1. Ukuran Bangunan
Panjang + Lebar + Tinggi = 27600mm X 14050mm X 3500mm
2. Struktur utama konkrit bertetulang
3. Lantai konkrit
4. Tapak = Rujuk lampiran
5. Kos Keseluruhan Pembinaan = RM 313, 900.00

3
4
5
6
7
PENCAPAIAN AKADEMIK

Peratusan Lulus UPSR 2014 Hingga 2019


90.00%
77.94%
80.00%
71.70%
68.25% 67.24%
70.00%
57.14% 58.18%
60.00%

50.00%

40.00%

30.00%

20.00%

10.00%

0.00%
2014 2015 2016 2017 2018 2019

Gred Purata Sekolah 2014 Hingga 2019


3.5 3.25 3.19
2.93 3.01
3

2.5 2.3
2.15

1.5

0.5

0
2014 2015 2016 2017 2018 2019

8
ENROLMEN MURID 2019

Bil Butir Murid Jumlah Kelas Bilangan


1 Tahun 1 2 61
2 Tahun 2 2 58
3 Tahun 3 2 63
4 Tahun 4 2 51
5 Tahun 5 2 57
6 Tahun 6 2 59
Jumlah 349

FASILITI DAN KEMUDAHAN

Makmal Sains

9
Gelanggang Bola Tampar

Surau

10
Kantin

Bilik Akses

11
Padang sekolah

Bilik Bimbingan Kaunseling

12
Kedai Buku

Pusat Sumber

13
Kelas Pendidikan Khas Integrasi

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, adalah menjadi harapan pihak sekolah untuk mempunyai sebuah dewan
terbuka yang dapat menampung kapasiti lebih besar serta selesa kepada semua yang
menggunakannya. Sekiranya dewan terbuka ini dibina, ia bukan sahaja untuk kegunaan pihak
sekolah malah komuniti sekitar SK Lepar dan pelawat dari luar akan mendapat manfaat
kepada pembinaan dewan ini.

Disediakan Oleh Diluluskan Oleh,

………………………………. …………………………………
NORSIAH BINTI MORSHIDI ZUL HILMEE BIN SIRAN
Setiausaha PIBG Yang Dipertua PIBG
SK Lepar SK Lepar

14
CADANGAN
LOKALITI TAPAK

15
DEWAN TERBUKA SK LEPAR

Taburan bangunan dalam kawasan sekolah dan lokasi kawasan cadangan pembinaan dewan terbuka
(petak merah)

Lokasi cadangan tapak dewan terbuka (petak merah)

16
Gambar cadangan tapak dewan terbuka

Gambar cadangan tapak dewan terbuka

17
Lampiran

18
Keratan Akhbar:

Sinar Harian, 24 April 2007

19

Anda mungkin juga menyukai