Anda di halaman 1dari 3

Berikut adalah beberapa istilah yang terdapat dalam kajian ini yang perlu dihuraikanmaknanya:

1.8.1 Membaca
Membaca adalah salah satu kemahiran asas yang perlu dipelajari dan dikuasai olehsetiap murid sekolah
rendah, di samping menulis dan mengira (PPK, 1982).Kemahiran membaca didefinisikan sebagai
kebolehan menamakan huruf danmembunyikan vokal, membaca dan memahami perkataan, ayat dan
perenggan (JPK,1999). Pada Tahap 1, KBSR menekankan penguasaan terhadap bacaan mekanis,
iaitusebutan yang betul mengikut sebutan baku sesuatu bahasa, tanda baca dan intonasimengikut teks
yang dibaca dan pemahaman tentang apa yang dibaca (PPK, 1982).
1.8.2 Murid Pemulihan Bacaan
Murid pemulihan bacaan adalah murid-murid sekolah rendah yang tidakmenampakkan kelainan pada
fizikal dan mentalnya, tetapi menghadapi kesulitanmembaca berbanding kumpulan sebaya mereka (JPK,
1999; PPK, 1982). Kesulitanmembaca ini ditunjukkan melalui bacaan yang tidak lancar iaitu seperti
sukarmembatang suku kata (Zalizan, 1986), sering tergagap-gagap kerana tidak lancarmengeja dan
membunyikan perkataan (Zalizan, 1986), membaca merangkak-rangkak(Robiah, 1992), lambat untuk
menghabiskan bacaan (Mak, 1994) dan kadang-kadangtidak boleh membaca langsung (Jais, 1990)
Kaedah Pembelajaran dan Pengajaran Pemulihan
Kaedah pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan merujuk kepada caramelaksanakan
pembelajaran dan pengajaran pemulihan bacaan yang diamalkan.Terdapat empat kaedah yang kerap
digunakan untuk tujuan tersebut iaitu kaedahAbjad, kaedah Fonik, kaedah Gabungan Bunyi Kata dan
kaedah Gabung Jalin,manakala dua cara lagi adalah kaedah Seluruh Perkataan serta kaedah Cerakin.
Setiapkaedah pembelajaran dan pengajaran ini mempunyai kekuatan dan keperluannya yangtersendiri.
Dalam konteks pembelajaran dan pengajaran pemulihan
bacaan, pemakaian setiap kaedah juga adalah bergantung kepada keserasian murid terhadapkaedah
tersebut.
1.8.9 Gerak Kerja/Latihan
Gerak kerja merupakan tugasan atau aktiviti kecil yang dijalankan dalam
proses pembelajaran dan pengajaran bagi membantu tercapainya objektif untuk satu-satukemahiran
membaca yang dipelajari
Beberapa kemahiran membaca yang sukar dikuasaioleh murid dan menyebabkan berlakunya kesulitan
membaca:i.

Masalah mengenal bentuk huruf kecil iaitu keliru dengan:Huruf yang hampir serupa (m - n, h - n, f - t, i - j, c
- e, n - r dan r - t).Huruf yang mempunyai bentuk terbalik (u - n, w - m, g - b dan h - y).Huruf yang
berbentuk songsang (b - d, b - p dan p - q).
ii.Masalah menyebut bunyi huruf iaitu:Tidak boleh membezakan bunyi huruf yang seakan-akan sama (d - t,
b - p, m - n,s - z).Keliru menyebut nama huruf yang seakan-akan sama bentuk (m - n, n - h, n - r, r- t, i - j, c
- e, f - t).Tidak boeh menyebut bunyi konsonan bergabung (kh, ng, ny, sy).
Keliru dengan bunyi ‘ja’dan‘ga’ serta ‘gi’ dan ‘ji’ (‘jadi’ disebut ‘gali’, ‘gigi’disebut ‘jiji’).
Menyebut bunyi nama huruf mengikut bunyi bahasa ibunda atau dialek (‘r’disebut ‘l’, ‘l’ disebut ‘yel’, ‘m’
disebut ‘hem’, ‘z’ disebut ‘je’, ‘o’ disebut ‘wo’).50iii.
Masalah mengenal bentuk huruf besar iaitu keliru:Dengan bentuk huruf besar yang se akan-akan sama
(D - P, I - T, M - N, E - F).Dengan bentuk huruf besar yang terbalik (N - Z, M - W, L - T).Dalam menamakan
huruf besar dan huruf kecil kerana bentuk yang berlainan (A- a, B - b, D - d, G - g, L - l, Q - q, R - r).iv.
Tidak boleh membatang suku kata dengan betul:Tidak boleh membezakan bunyi suku kata yang ada ‘e’
pepet dan ‘e’ taling(‘perang’‘perang’, ‘semak’‘semak’, ‘telur’‘telor’).
Tidak boleh membunyikan perkataan dengan betul setelah mengeja dan
membatang suku kata (‘tiga’ disebut ‘dila’, ‘sayang’ disebut ‘wayang’,‘kawan’ disebut ‘kawal’).
Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku
kata (‘perkataan’ disebut ‘perkatan’, harimau’ disebut ‘ha
-rim-au’, ‘sekolah’disebut ‘se-kol-ah’).
Keliru apabila membatang perkataan yang mengandungi diftong (‘jauh’ disebut‘jauh’, ‘siar’ disebut ‘siar’,
‘bueh’ disebut ‘bueh’) dan triftong (tuai’ disebut‘tuai’, ‘buai’ disebut ‘buai’).
Tidak boleh membatang suku kata dalam perkataan yang mempunyai imbuhan‘me’ (‘memukul’ disebut
‘’memukul’, menyala’ disebut ‘menyala’,‘mengukur’ disebut ‘men-gu-kur’).
Tidak boleh membunyikan konsonan bergabung awal yang bermula dengan ‘ng’(‘ngantuk’ disebut
‘gantuk’), ’sy’ (‘syarikat’ disebut ‘siarikat’) dan ‘ny’(‘nyenyak’ disebut ‘nenyak’).
Masalah menyebut perkataan dengan betul dan lancar:
Boleh menyebut bunyi huruf tetapi tidak boleh menyebut bunyi perkataan (‘e-r-t-i = ?’, ‘b-u-k-u = ?’)
Tidak boleh membaca perkataan tanpa menyebut bunyi huruf perkataan (‘e-k-o-r
= ekor’, ‘l-a-r-i = lari’).Mengubah ganti bunyi suku kata dalam perkataan (‘lari’ disebut ‘laki’, ‘marah’disebut
‘merah’, ‘sampai’ disebut ‘sampan’‘ketua’ disebut ‘tekua’’).
Meninggalkan sesetengah bunyi huruf atau suku kata dalam perkataan (‘marah’disebut ‘mara’, ‘kepada’
disebut ‘pada’). Salah menyebut perkataan yang se akan-akan sama rupanya (‘kepala’ disebut‘kelapa’,
‘rambut’ disebut ‘rumput’, ‘cepat’ disebut ‘cermat’).menyebut perkataan mengikut dialek (‘air’ disebut ‘ayer’).
Masalah membaca ayat dengan lancar:Sering meninggalkan atau menambah perkataan semasa
membaca ayat (‘sayaakan makan durian’ dibaca ‘saya makan durian’, Awang ke pekan’ dibaca‘Awang
pergi pekan’).
Sering mengulang sesetengah perkataan semasa membaca ayat (‘saya ada … adasesekor kucing …
kucing’, ‘dia berlari … berlari di padang … padang’).
Sering meninggalkan imbuhan dalam perkataan semasa membaca ayat (‘Alisuka melancong’ dibaca “Ali
suka lancong’, ‘Zain berlawan dengan pencuri’dibaca ‘Zain lawan dengan pencuri’).
Tidak memahami makna ayat semasa membaca (Abdullah makan angin di tepi laut’ di baca ‘Abdullah
makan … angin di … tepi laut’).

Anda mungkin juga menyukai