Anda di halaman 1dari 6

GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH

GARIS PANDUAN KANTIN SEKOLAH (GPKS)


Latarbelakang

Peranan dan fungsi kantin sekolah amat penting dalam pendidikan.


Meningkatkan aspek-aspek pengurusan bagi menjamin kebersihan serta mutu makanan yang dijual

sangat diperlukan.
1983~Jawatankuasa bersama Rancangan Kesihatan Sekolah (Para pegawai Kementerian Kesihatan

dan Kementerian Pendidikan) terbitkan GPKS.


1987~Jawatankuasa Teknikal (KKM & KP) ditubuhkan untuk:
(i) Kaji semula GPKS
(ii) Selaraskan GPKS dengan Akta Makanan 1983 & Peraturan-Peraturan Makanan 1985
Isi kandungan GPKS

Tujuan garis panduan


Peranan dan fungsi kantin sekolah
Peranan guru besar / pengetua
Bangunan, kemudahan dan alat-alat kelengkapan kantin
Kakitangan kantin sekolah
Penyeliaan, penyimpanan dan penghidangan makanan serta minuman
Bahan-bahan makanan dan minuman
Kawalan kebersihan
Keselamatan
Pengurusan kantin sekolah
Lampiran-lampiran (9 lampiran)
Lampiran-Lampiran:
Bil

Jenis Lampiran

Keterangan

Lampiran I

Bidang perniagaan yang didaftarkan dengan Kementerian Kewangan

Lampiran II

Salinan surat pekeliling Ikhtisas Bil.1/1981 mengenai Jualan Makanan dan


Minuman di Kantin-kantin Sekolah untuk murid-murid yang berbilang Agama

Lampiran III

Salinan surat pekeliling Ikhtisas Bil.5/1988 mengenai penyakit-penyakit taun,


demam kepialu, penyakit kuning dan keracunan makanan

Lampiran IV

Surat pekeliling Bahagian Pembangunan dan Bekalan Bil. 4/1987 mengenai


cara pemanggilan perolehan perkhidmatan kantin sekolah

Lampiran V

Jawatankuasa Bersama Rancangan Kesihatan Sekolah

Lampiran VI

Jawatankuasa Kerja Rancangan Kesihatan Sekolah

Lampiran VII

Jawatankuasa Teknikal Garis Panduan Kantin Sekolah

Lampiran VIII

Contoh pakaian lengkap pekerja kantin sekolah (gambar)

Lampiran IX

Contoh Tawaran Sebut Harga Kantin Sekolah

(Untuk Keterangan Lanjut, Sila Rujuk Panduan Pengurusan Kantin Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia)

Tujuan Garis Panduan Kantin Sekolah

Memberi panduan lengkap kepada pengetua/guru besar atau pengusaha kantin untuk mengurus,

mentadbir, kawal pandu, menilai dan memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin.
Kenalpasti masalah-masalah penting berasaskan keutamaan dan menimbangkan cara-cara

mengatasinya.
Mengambil tindakan-tindakan yang sistematik dan terancang sambil membuat penilaian yang
berterusan.
Peranan Dan Fungsi Kantin Sekolah

Tempat sosial berlakunya pelbagai jenis interaksi dan aktiviti di kalangan murid, guru dan para

pekerja sekolah
Penjualan & pembelian makanan serta minuman.
Penyediaan, penyimpanan, penghidangan dan penggunaan makanan dan minuman yang dijual
ataupun diberi secara percuma di bawah rancangan tertentu.
(iii)
Kegiatan-kegiatan rehat dan istirehat
(iv)
Permainan-permainan ringan seperti ping pong, catur dan lain-lain
Majlis-majlis perjumpaan, perbincangan dan lain-lain anjuran pihak sekolah, ibubapa atau
masyarakat
Merupakan sumber yang berkesan bagi berbagai aktiviti yang menggalakkan usaha-usaha

pendidikan seperti
Pengajaran terancang dibawah mata-mata pelajaran tertentu seperti pendidikan kesihatan, sains
rumah tangga, sivik, pengajian perdagangan dsbnya.
Pelajaran tidak formal berkaitan aktiviti kokurikulum
Penggunaan bahan-bahan media masa seperti poster, papan tanda, risalah dan lain-lain
Menjalankan kajian khas menerusi pemerhatian, soal selidik dan wawancara mengenai aspek-aspek
tertentu.
Mengadakan tunjuk ajar, kerja-kerja amali dan sebagainya mengenai makanan dan pemakanan,

kebersihan dan keselamatan makanan, keindahan dsb


Mengadakan ceramah, majlis dailog dsb
Mengadakan peti cadangan atau peti bantahan diikuti dengan susulan yang sewajarnya
Menubuh serta mengujudkan jawatankuasa kesihatan atau kantin sekolah serta mencadang atau

(i)
(ii)

(v)

(i)
(ii)
(iii)
(iv)

mengambil tindakan sewajarnya bagi mengawasi dan memperbaiki lagi penggunaan dan
perkhidmatan kantin sekolah.
Peranan Guru Besar / Pengetua

Mengawasi semua aspek berkaitan kantin sekolah

(i)

Bangunan dan kemudahan-kemudahan sedia ada termasuk alat kelengkapan dari segi keberkesanan
fungsinya.
(ii) Kebersihan bangunan kantin, kemudahan-kemudahan dan alam sekitar kantin sekolah.
(iii) Kebersihan makanan dan minuman.
(iv) Keselamatan di kantin sekolah.
(v) Kelakuan dan amalan pengusaha dan pekerja.
(iv) Mutu dan kesesuaian makanan dan minuman yang dijual dari segi nilai pemakanan, harga,

kepentingan agama dsb.


Pengurusan dan pentadbiran kantin sekolah pada masa jangka pendek serta pengelolaan dan
penyeliaannya pada jangka panjang.
Bab 1

Bangunan, Kemudahan Dan Alat Kelengkapan Kantin Sekolah

(1) Bangunan
Lantai: licin, mudah cuci
Dinding: cerah, tahan api
Siling: cerah (putih)
Pengudaraan: cukup, sempurna
Pencahayaan: cukup, sempurna
Keindahan: hiasan spt bunga, poster dsb

(2) Kemudahan
Kemudahan asas bagi kantin sekolah
Bekalan air bersih mencukupi
Tempat penyediaan makanan/dapur yang bersih dan sempurna
Tempat penyimpanan bahan makanan yang bersih
Kaunter jualan yang sesuai
Tempat makan murid-murid dan guru-guru yang bersih dan teratur
Tempat membasuh tangan atau pinggan
Tempat membuang sampah atau air limbah yang sempurna
Tandas yang sempurna untuk pekerja kantin
Tempat persalinan pakaian atau bilik rehat

(3) Alat Kelengkapan


Alat-alat kelengkapan
Dapur gas/minyak tanah
Periuk
Pinggan mangkok
Senduk
Sudu dan garpu
Kayu penyepit
Pisau
gelas
Bab 2

Kakitangan Kantin Sekolah

(1) Kesihatan pekerja


Telah menjalani pemeriksaan kesihatan dan diakui sihat oleh doktor.
Keadaan kesihatan semasa
Jika ada demam, cirit birit, batuk atau penyakit-penyakit lain pekerja itu tidak dibenarkan bertugas.
Jika ada luka hendaklah dibalut dengan plaster kalis air & tidak menyediakan makanan.
(2)

Para pekerja baru

Hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu


Pakaian pekerja Kantin sekolah
(i) Kemas dan bersopan
(ii) Apron, penutup kepala yang berwarna cerah (putih)
(iii) Tanda nama dan kad perakuan kesihatan

Bab 3 Penyediaan, Penyimpanan Dan Penghidangan Makanan Serta Minuman


(1) Bahan mentah
Sayur-sayuran: segar
Ikan basah: mestilah masih pejal
Daging: tidak berubah warna
Ayam: tidak busuk / berlendir
Buah-buahan: segar, pejal tidak kering
Makanan berkaleng: tidak kemek
Roti: tidak berkulat

(2) Penyediaan makanan


Hendaklah dijalankan dalam keadaan yang sempurna dan bersih
(i) Tempat yang sesuai
(ii) Bekalan air bersih
(iii) Peralatan yang sempurna & bersih.
(iv) Elakkan tabiat yang boleh mencemarkan makanan
(v) Makanan halal
(vi) Petua memasak

(3) Penyimpanan makanan


Stor yang kalis roden & serangga
Peti sejuk sempurna & bersih
Peralatan yang bersih dan sempurna
Penyimpanan makanan sedia untuk dimakan
Tidak boleh menyimpan makanan bermalaman

(4) Penghidang makanan


Diletakkan di kaunter yang disediakan
Ditutup dan tidak terdedah kepada habuk & urungan lalat
Hendaklah menggunakan alat-alat yang bersih seperti penyepit, sudu & garpu
Alat pembungkus seperti plastik disediakan
Sumber makanan dari luar hendaklah diawasi tahap kebersihannya

Bab 4 Bahan-Bahan Makanan Dan Minuman


Kriteria pemilihan bahan makanan
Memilih makanan seimbang
Makanan segar
Makanan yang mengenyangkan
Makanan bebas daripada bahan-bahan tambahan
Makanan yang sesuai dijual di kantin

Makanan bermasak
Buah-buahan
Minuman yang berkhasiat

(1) Makanan & minuman yang tidak digalakkan dijual di kantin sekolah.
Minuman berperisa kecuali susu berperisa
Minuman menggunakan bahan pewarna dan perisa sintetik
Minuman ringan bergas
Makanan snek seperti crackers.

(2) Makanan dan minuman yang dilarang dijual di kantin sekolah.


Makanan dan minuman yang melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan

1985.
Gula-gula, coklat dan biskut berkrim
Jenis-jenis makanan yang telah dijeruk samada masam atau masin, kering atau basah seperti asam

masin, jeruk mangga, kulit limau, jeruk halia & jeruk bawang
Semua jenis makanan yang berupa mainan seperti cincin, gambar, belon dan lain-lain
Rokok, bahan-bahan makanan yang mengandungi alkohol dan barang-barang seumpamanya
Makanan yang melebih tarikh luput tempoh gunanya.
Bab 5

Kawalan Kebersihan

(1) Kebersihan diri pekerja


Basuh tangan dengan sabun selepas ketandas dan sebelum menyediakan makanan.
Rambut dan kuku sentiasa pendek dan bersih
Pakaian bersih dan kemas

(2) Kebersihan alat atau perkakas kantin


Pisau, alas pemotong, kain pengelap dsb

(3) Kebersihan kemudahan kantin


Tempat sedia makanan, tandas, sinki, basin basuh tangan dan meja dan kerusi.

(4) Kebersihan dan keadaan bangunan kantin


Lantai, longkang, dinding dan siling
Jadual pembersihan

(5) Amalan pengendali makanan yang dilarang seperti


Meludah, merokok, menyikat rambut, berbual-bual, ketawa, batuk dan bersih
Bab 6

Keselamatan

Langkah mencegah kebakaran


Langkah mencegah kecederaan
Keracunan makanan
Langkah mencegah kejutan/renjatan

Alat-alat pertolongan cemas


Perlindungan insurans
Bab 7

Pengurusan Kantin Sekolah

Tugas dan tanggungjawab Pengetua/Guru Besar


Peranan dan tanggungjawab guru petugas harian
Tanggungjawab pengusaha kantin
Jawatankuasa kantin sekolah
Jawatankuasa sebutharga
Pemeriksaan sekolah oleh pihak kesihatan

Anda mungkin juga menyukai