Anda di halaman 1dari 3

NAMA SEKOLAH : SMK MUTIARA

TARIKH TUBUH : 1970


Bil GURU : 97
BIL MURID : 851

ISU-ISU DARI SMK MUTIARA

1. Jalan di kawasan sekolah perlu diturap.


2. Penyenggaraan atap-atap genting bangunan
3. Permohonan Dewan Terbuka di tapak perhimpunan.

NAMA SEKOLAH : SMK LABUAN


TARIKH TUBUH : 1921
Bil GURU : 130
BIL MURID : 1631

ISU-ISU DARI SMK LABUAN

ISU SEKOLAH DUA SESI DI SMK LABUAN

1. Terdapat dua kelas berlakunya pertindihan penggunaan kelas untuk sesi pagi dan
petang. Kelas melibatkan pelajar – pelajar tingkatan 6RG dan 6RB di Blok C
mempunyai masa pembelajaran sehingga 2.10 petang PERLU keluar dari kelas
untuk memberi ruang kepada pelajar sesi petang masuk belajar pada jam 12.30
tengah hari. Pelajar – pelajar tingkatan 6 terpaksa bergerak ke Bilik Pendidikan
Seni Visual atau kelas – kelas yang kosong (jika pelajar-pelajar kelas tersebut ke
Makmal Sains).

2. SMK Labuan Mempunyai 3 Blok Kelas yang dibina pada tahun 1950-an. Bangunan
separa konkrit yang berangkakan besi dan mempunyai ukuran 28 kaki lebar X 30
kaki panjang (3 Bay). Blok terlibat adalah blok C, blok A dan blok B dan
menempatkan sebanyak 11 buah kelas ke semuanya. Isunya adalah bangunan lama
yang mempunyai keluasan (3 bay) tidak lagi sesuai dijadikan kelas kerana bentuk
fizikal yang tidak kondusif. Kelas ini juga tidak dapat menampung bilangan pelajar
yang semakin bertambah khasnya pelajar tingkatan satu (enrolmen 30 September
2019 tingkatan satu ialah 292 orang untuk 8 kelas, purata 37 orang satu kelas)

3. Masa transisi pelajar pagi dan pelajar sesi petang yang tidak kondusif. Pelajar sesi
petang terpaksa menunggu di kawasan kaki lima koridor, kantin dan Dewan Kristal.
Kawasan ini berdekatan dengan kelas semasa PDPC sedang berlangsung dan ada
kalanya mengganggu suasana pembelajaran.
4. Bilik Guru Tingkatan Enam di blok lama ( Blok C ) agak sempit. Keperluan bilik guru
yang kondusif dan ruang kerja yang sesuai amat penting untuk menghasilkan
perkhidmatan yang berkualiti dan produktiviti yang tinggi. Ini bermula tahun 2014
apabila SMK Labuan menjadi Pusat Tingkatan Enam Mod 2 setelah kelas-kelas
tingkatan enam di SMK Lajau ditutup.

Cadangan :

1. Mempercepatkan pembinaan bangunan Kolej Tingkatan Enam WP Labuan, agar


sekolah satu sesi SMK Labuan dapat dilaksanakan dan mengatasi isu dan masalah
sekolah dua sesi.

2. Pembinaan Kolej Tingkatan Enam WP Labuan sangat diperlukan memandangkan


tingkatan enam merupakan pembelajaran selepas menengah. Hampir semua negeri
di Malaysia mempunyai Kolej Tingkatan Enam ( Sabah ada dua) dan Labuan
sebagai sebuah negeri amat memerlukan Kolej Tingkatan Enam sebagai komitmen
kerajaan dalam meningkatkan mutu pencapaian pelajar-pelajar yang mengambil
STPM

3. Jika Pusat Tingkatan Enam kekal sebagai Mod 2, dicadangkan bangunan lama
tersebut diganti dan dibangunkan bangunan baru yang boleh menempatkan pelajar
dalam kelas mengikut standard kelas Kementerian Pendidikan Malaysia sekarang.
Bangunan bertingkat diperlukan bagi memenuhi keperluan jumlah pelajar yang
semakin bertambah pada masa-masa akan datang.

NAMA SEKOLAH : SMK PANTAI


TARIKH TUBUH : 2002
Bil GURU : 69
BIL MURID : 910

ISU-ISU DARI SMK PANTAI

Akses Pendidikan
Isu dan masalah yang menjejaskan usaha penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran khususnya untuk memenuhi requirements IBO
(Pembelajaran MYPIB)
Antara masalah tersebut adalah berkaitan
dengan:
1. Pembekalan komputer yang tidak mencukupi
2. Liputan internet utk PSS tidak ada menyebabbkan pembelajaran kendiri murid
untuk akses maklumat mll ICT tidak dpt dilakukan
3. Liputan internet yg terhad menjelaskan kelancaran mencari maklumat dlm
kalangan guru & murid
4. Latihan dalam perkhidmatan untuk guru mengendalikan sistem komputer di
sekolah yang kurang berkesan;
5. Penyelenggaraan komputer yang kurang memuaskan di sekolah

Tenaga Pengajar

1. Kurang guru option Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan & tiada guru
bertauliah untuk sub topik Gynmastic (bagi Subject Group Physical Health
Education-PHE bg pembelajaran MYPIB)
2. Bilangan guru terlatih dalam ICT & latihan untuk guru Sains Komputer yang belum
mencukupi
3. Tiada guru bertauliah untuk mp Performing Arts (seni tari) bg memenuhi
keperluan kurilulum MYPIB
4. Guru option Sains tidak mencukupi (guru berpindah & tiada pengganti)
5. Guru option bahasa Inggeris tidak mencukupi (seorang guru BI luar norma)
6. Sekolah memerlukan seorang full time qualified librarian utk memenuhi keperluan
IB

Ekuiti Pendidikan

1. Penyelenggaran pendawiaan di sekolah perlu dibuat kerana sekolah telah berusia


17 tahun
2. Kantin perlu diperluaskan kerana jumlah murid yg semakin bertambah & tidak
mampu menampung jumlah murid
3. Penyelenggaran Bengkel PVMA perlu segera dibuat berdasarkan laporan
pemantauan JPK demi keselamatan murid & untuk menenuhi keperluan akreditasi
JPK.
4. Peruntukan penyelenggaran prasarana lewat khususnya untuk membaiki pagar yg
telah reput, pemegang tangga yg reput, penutup longkang di padang yg reput.

NAMA SEKOLAH : SK PANTAI


TARIKH TUBUH : 2002
Bil GURU : 59
BIL MURID : 756

ISU-ISU DARI SK PANTAI

1. Pertambahan murid PPKI yang mendadak menyebabkan kelas yang sedia ada
tidak kondusif/sempit.

2. Tiada tapak perhimpunan yang berbumbung (tiada dewan).

Anda mungkin juga menyukai