Anda di halaman 1dari 3

GARIS PANDUAN UNTUK PERTANDINGAN INOVASI EKSA JPWPL 2018

1. Latar Belakang

Pertandingan ini yang diperkenalkan bagi menggalakkan kreativiti dan daya INOVASI Pegawai di JPWPL.
Dengan memiliki daya kerativiti dan inovasi yang tinggi, pegawai dapat meningkatkan kecekapan dalam
operasi masing-masing dan membolehkan kerja-kerja dijalankan dengan lebih lancar, berkesan dan
berkualiti.

2. Tujuan Pertandingan

a) Memberi pengiktirafan secara normal kepada Zon-zon EKSA yang telah berjaya memperkenalkan
inovasi dalam proses kerja.

b) Memberi publisiti tentang inovasi-inovasi yang telah dilaksanakan dan terbukti mendatangkan
manfaat supaya dapat diamalkan oleh Zon-zon EKSA di setiap sektor JPWPL untuk meningkatkan lagi
kualiti perkhidmatan atau keluaran yang dihasilkan.

c) Menggalak persaingan yang sihat antara Zon EKSA ke arah memperkenalkan lebih banyak lagi inovasi
dan meningkatkan kualiti perkhidmatan atau keluaran yang dihasilkan oleh JPWPL secara amnya.

3. Bentuk Pengiktirafan Pemenang Pertandingan: (cadangan)

Tempat Pertama: RM 500.00 dan Sijil


Tempat Kedua: RM 300.00 dan sijil
Tempat Ketiga: RM 200.00 dan sijil

4. Tatacara penyertaan Pertandingan dibuka hanya kepada ahli Zon EKSA yang mewakili zonnya. Setiap
zon dibenarkan memilih satu tajuk projek sahaja, tajuk projek hendaklah jelas.

5. Syarat Kelayakan Projek yang dipertandingkan mestilah rekaan sendiri atau inovasi rekaan sedia ada
dan tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan. Peserta yang gagal mematuhi syarat
pertandingan akan disingkirkan.

6. Format Laporan ZON dikehendaki menyediakan laporan mengikut format laporan di Lampiran B.

7. Proses Penghakiman pemenang yang telah disenaraipendekkan oleh Urus Setia Pertandingan akan
diminta memberi taklimat kepada Panel Penilai untuk memilih pemenang Anugerah ini. Urus Setia akan
memaklumkan jadual taklimat kepada semua yang telah disenaraipendekkan untuk membuat
persembahan masing-masing (tidak kurang dari 30 minit). Segala keputusan Panel Hakim adalah
muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

8. Kiriteria-kriteria dalam penilaian faedah-faedah hasil sesuatu inovasi:

(a) Pengurangan kos operasi


Sila nyatakan kos operasi yang telah dikurangkan dengan pelaksanaan inovasi tersebut
(b) Penjimatan masa
Sila nyatakan setakat mana inovasi tersebut telah menjimatkan masa melaksanakan sesuatu urusan.
(c) Peningkatan tahap produktiviti
Sila nyatakan setakat mana inovasi tersebut telah meningkatkan produk / hasil kerja.

(d) Peningkatan tahap kepuasan hati pelanggan


Sila nyatakan sejauh mana inovasi tersebut telah meningkatkan kepuasan hati pelanggan.
(e) Penjimatan guna tenaga manusia
Sila nyatakan setakat mana inovasi penjimatan guna tenaga manusia dapat dijimatkan melalui inovasi
tersebut.
(f) Didokumentasikan dengan sempurna
Sila buat catatan inovasi tersebut dalam keadaan teratur dan sempurna.
(g) Faedah-faedah lain
Sila nyatakan faedah-faedah lain yang dinikmati hasil daripada pelaksanaan inovasi tersebut.
LAMPIRAN B

FORMAT LAPORAN

PERTANDINGAN INOVASI EKSA 2018


JABATAN PELAJARAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

TAJUK INOVASI : ………………………………………………………………………………

Isu : …………………………………………………………………………………………………

Kedudukan Sebelum Inovasi Kedudukan Selepas Inovasi Faedah-faedah Dari Inovasi Yang Telah
Diperkenalkan
a. Pengurusan kos operasi

b. Penjimatan masa

c. Peningkatan produktiviti

d. Peningkatan dalam tahap kepuasan


hati pelanggan

e. Penjimatan guna tenaga manusia

f. Didokumentasikan dengan sempurna

g. Lain-lain faedah

Anda mungkin juga menyukai