Anda di halaman 1dari 1

SYARAT PERTANDINGAN MEREKABENTUK BUNTING

1. Terbuka kepada hanya kepada ahli Zon EKSA

2. Bahasa wajib: Bahasa Melayu

3. Setiap zon diwajibkan mencetak dan menghantar SATU bunting dan 2 peserta. Peserta adalah
mereka yang terlibat secara langsung dalam perekaan bunting dan perlu terlibat sama dalam sesi soal
jawab bersama-sama pengadil semasa sesi pengadilan.

4. Format bunting:

a. Saiz bunting 3’X 6’

b. Setiap bunting bertemakan "……………………………………………...". (cadangan tema)

c. Hasil rekacipta perlu mengandungi elemen EKSA dan tidak menyentuh sensitiviti mana-mana
kaum atau agama.

d. Nama (ukuran 2 cm) dan logo EKSA (ukuran 2 cm) hendaklah diletakkan di bahagian bawah sebelah
kanan bunting.

5. Semua bunting perlu dipamerkan di ruang legar JPWPL pada 08 Julai 2018 selewat-lewatnya pada
jam 9.00 pagi untuk dinilai.

Penghakiman: Masa yang diperuntukkan bagi setiap kumpulan ialah 3- 5 minit untuk menerangkan
tentang bunting dan 5 minit untuk sesi soal jawab.

6. Keaslian karya:

a. Karya hendaklah asli

b. Peserta tidak dibenarkan menciplak mana-mana bunting sedia ada.

7. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa perbelanjaan peserta.

8. Pemarkahan adalah seperti berikut:

a. Mesej 50%

b. Kreativiti 30%

c. Kerjasama 20%

9. Keputusan pengadil adalah muktamad.

10. Semua wakil kumpulan diwajibkan memberi persembahan tentang bunting mereka dan menjawab
beberapa soalan daripada pengadil.

Anda mungkin juga menyukai