Anda di halaman 1dari 3

Berdasarkan catatan sejarah berhubung perkembangan bahasa Kadazandusun, segalanya bermula

pada 1994 dengan permohonan untuk pengajaran bahasa Kadazandusun secara formal di sekolah
telah dikemukakan oleh seorang Ahli Parlimen dari negeri ini iaitu Datuk Bernard Giluk
Dompok (kini Tan Sri).

Hasilnya, pada 1995, kelulusan Parlimen tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran
bahasa Kadazandusun di sekolah telah diperolehi dan dengan itu, Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pelajaran (kini Kementerian Pendidikan) diberi tanggungjawab
membina kurikulum mata pelajaran tersebut.

Bahasa Kadazandusun kemudiannya telah dipersetujui untuk dimasukkan sebagai mata pelajaran
bahasa murid dalam kurikulum sekolah dan ini bertepatan dengan semangat kenegaraan serta
Akta Pelajaran 1961.

Memorandum ketetapan keseragaman bahasa Kadazandusun, perisytiharan persetujuan antara


Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) dan Persatuan Dusun Sabah Bersatu (USDA)
telah diperolehi dan ditandatangani pada 25 Januari 1995.

Berganjak ke tarikh 17 Februari 1997, itulah hari pertama pengajaran pembelajaran bahasa
Kadazandusun secara formal dilaksanakan di 15 buah sekolah rendah di negeri Sabah dengan 14
buah daerah terlibat dalam program rintis berkenaan.

Pada 13 Februari 1999, ketika pelancaran Persidangan Pendidik Kadazandusun di Maktab


Perguruan Gaya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (ketika itu Menteri Pendidikan)
mengumumkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Kadazandusun ditawarkan di peringkat
sekolah menengah dan dirintis di tingkatan satu mulai 2005.

Bahasa itu kemudiannya ditawarkan sebagai mata pelajaran di peringkat Penilaian Menengah
Rendah (PMR) pada 2009 dan seterusnya SPM pada 2011.

Selepas 17 tahun diajar secara formal di sekolah-sekolah di negeri ini, termasuk dinilai di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pembelajaran bahasa Kadazandusun ‘diangkat’ ke
tahap lebih tinggi menerusi tawaran pengajian ijazah sarjana muda.

Pengambilan pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) Bahasa


Kadazandusun (Pendidikan Rendah) yang dimulakan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus
Kent pada 2012 bakal melahirkan graduan pertamanya pada 2017.

Ini disusuli dengan pengambilan pada tahun lalu dan untuk tahun ini, program berkenaan
diperluaskan ke IPG Kampus Keningau dengan keseluruhan bilangan penuntut bahasa
Kadazandusun di IPG terbabit ketika ini ialah seramai 59 orang dan diajar oleh lapan orang
pensyarah.
Kohort pertama Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian) Bahasa Kadazandusun
(Pendidikan Rendah) di IPG akan bergraduasi pada 2017 dan mereka merupakan perintis kepada
program terbabit di peringkat pengajian tinggi. Guru-guru pelatih yang dilahirkan tidak lagi
hanya bersifat biasa iaitu hanya untuk memenuhi keperluan di sekolah sebaliknya, dengan
pengambilan calon guru yang diperketatkan, guru-guru pelatih bahasa Kadazandusun yang
dihasilkan dapat bersama merealisasikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM).

Sebagai langkah meningkatkan ‘taraf’ bahasa Kadazandusun oleh IPGM, bahasa itu turut
ditawarkan sebagai subjek elektif di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Struktur program yang ditawarkan di IPG merangkumi 15 bidang iaitu :

* Fonetik dan Fonologi Bahasa Kadazandusun;

* Morfologi Bahasa Kadazandusun;

* Sintaksis Bahasa Kadazandusun;

* Kurikulum Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah;

* Pengajaran Kemahiran Bahasa Kadazandusun I;

* Semantik dan Peristilahan Bahasa Kadazandusun;

* Pengajaran Kemahiran Bahasa Kadazandusun II;

* Pentaksiran Dalam Pembelajaran Bahasa Kadazandusun;

* Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Kadazandusun Berbantukan Komputer;

* Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Kadazandusun Sekolah Rendah;

* Pengantar Linguistik Bahasa Kadazandusun;

* Sejarah Perkembangan Bahasa Kadazandusun, Perkamusan dan Terjemahan;

* Penyelidikan Tindakan I - Bahasa Kadazandusun;

* Kebudayaan dan Kesusasteraan Masyarakat Kadazandusun;

* Penyelidikan Tindakan II - Bahasa Kadazandusun (Pelaksanaan dan Pelaporan).

Bagi memastikan lahirnya guru berkualiti yang berdaya saing dan berjiwa pendidik, pelbagai
strategi dan pendekatan bersepadu dirancang untuk melaksanakan kurikulum di sepanjang
pengajian.Mereka juga didedahkan dengan teori dan praktikal bagi memastikan bakal guru ini
mencapai standard yang merangkumi tiga elemen utama iaitu pengetahuan dari segi isu
kandungan, kemahiran pedagogi dan profesionalisme keguruan.

Anda mungkin juga menyukai