Anda di halaman 1dari 3

PENDAFTARAN PERTANDINGAN SENI KHAT

KEBANGSAAN SEMPENA PAMERAN DAN


SEMINAR SENI KHAT JAWI UTM 2022
ASSALAMU'ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

Bersempena dengan PAMERAN DAN SEMINAR KHAT anjuran UTM dengan kerjasama
Persatuan Khat Johor, satu pertandingan seni khat kebangsaan telah dianjurkan. Berikut
adalah maklumat pertandingan:

SYARAT PENYERTAAN

1. Terbuka kepada TIGA kategori -

a) Peringkat Sekolah Rendah (7-12 tahun)


b) Peringkat Sekolah Menengah (13-17 tahun)
c) Peringkat Terbuka (18 tahun ke atas)

2. Seorang peserta hanya dibenarkan menghantar SATU karya sahaja.

3. Karya pertandingan perlulah asli tulisan tangan serta tidak pernah dipertandingkan dalam
mana-mana pertandingan atau pameran lain.

4. Peralatan pertandingan ditanggung sendiri oleh peserta. Jenis kertas adalah bebas (art
paper dan sebagainya) namun kertas tradisional /waraq muqahhar adalah digalakkan.

5. Setiap karya yang dihantar perlulah dalam keadaan baik dan bersih. Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan, kecuaian dan kelewatan semasa
penghantaran karya samada melalui serahan tangan (by-hand) atau pos.

6. Kos penghantaran karya ditanggung sendiri oleh peserta. Sila pos karya ke alamat berikut:

UTM Library, Perpustakaan Sultanah Zanariah,


Universiti Teknologi Malaysia
81310 Johor Bahru
Johor

7. Maklumat peserta perlu dinyatakan di bahagian belakang karya iaitu: Nama, Nombor IC,
Alamat, Nombor telefon dan Kategori

8. Setiap karya pemenang adalah menjadi hakmilik penganjur. Karya peserta yang tidak
berjaya boleh dituntut dalam tempoh DUA BULAN selepas berakhirnya program Pameran
Seni Khat UTM 2022. Penganjur berhak menggunakan semula karya-karya peserta dalam
sebarang pameran, penerbitan, cetakan dan seumpamanya tanpa perlu memohon izin dan
persetujuan daripada peserta.

9. Pihak penganjur berhak menolak sebarang karya oleh peserta sekiranya tidak mematuhi
syarat-syarat yang ditetapkan oleh penganjur.

Tarikh penting:
Tarikh akhir daftar penyertaan : 15 Januari 2022
Tarikh akhir penerimaan karya siap : 1 Febuari 2022
Tarikh keputusan dan penyampaian hadiah : 27 Mac 2022

FORMAT DAN SYARAT PERTANDINGAN

1. Jenis khat - Peserta dikehendaki menggunakan dua jenis kaedah khat pada setiap karya
seperti berikut:

a) Peringkat Sekolah Rendah - Khat Nasakh & Khat Riq’ah


b) Peringkat Sekolah Menengah - Khat Thuluth & Khat Nasakh
c) Peringkat Terbuka - Khat Thuluth & Khat Nasakh

2. Saiz karya
a) Peringkat Sekolah Rendah dan Menengah - Saiz A3 (297mm x 420mm)
b) Peringkat Terbuka/ dewasa - Saiz A2 (420mm x 594
mm)

3. Jenis dakwat - Peserta dibenarkan menggunakan maksimum 3 warna sahaja (termasuk


corak hiasan).

4. Ayat pertandingan - Peserta dikehendaki mengkaryakan SALAH SATU SAHAJA dari


peribahasa seperti dibawah:

A. KATEGORI DEWASA/ TERBUKA

1) ‫( کاالو اصل بنيه يڠ باءيق‬thuluth) ‫( جاتوه ک الءوت منجادي ڤوالو‬nasakh)


2) ‫( کاالو تاکوت دالمبوڠ اومبق‬thuluth) ‫( جاڠن برومه د تڤي ڤنتاي‬nasakh)
3) ‫( الءوت مان تيدق براومبق‬thuluth) ‫( بومي مان تيدق دتيمڤا هوجن‬nasakh)

B. KATEGORI SEKOLAH MENENGAH

1) ‫( اورڠ بربودي کيت بربهاس‬thuluth) ‫( اورڠ ممبري کيت مراس‬nasakh)


2) ‫( بيار بوروق کاءين دڤاکاي‬thuluth) ‫( اصل ڤنداي مڠمبيل هاتي‬nasakh)

C. KATEGORI SEKOLAH RENDAH

1) ‫( د مان بومي دڤيجق‬nasakh) ‫( د سيتو الڠيت دجونجوڠ‬riqah)


2) ‫( ݢڠݢم بارا اڤي‬nasakh) ‫( بيار سمڤاي جادي ارڠ‬riqah)

5. Saiz tulisan - bebas. Namun setiap karya hendaklah menggunakan 70%-80% daripada
keseluruhan permukaan kertas untuk memaparkan kreativiti seni khat masing-masing.

6. Corak hiasan Islam atau zukhruf adalah digalakkan.

SKEMA PENGHAKIMAN

1. Penilaian untuk setiap karya adalah seperti berikut :

a) Kaedah Seni Khat dan Jawi : 60%


b) Susun atur dan kreativiti : 20%
c) Hiasan/Zukhruf : 20%

2. Para hakim berhak membuat sebarang PINDAAN ke atas syarat-syarat/skema


penghakiman mengikut kesesuaian dan keperluan pertandingan ini selain yang dinyatakan
tanpa memaklumkan para peserta.

3. Para hakim berhak untuk menolak penyertaan mana-mana karya sekiranya karya yang
dihantar peserta tidak menepati syarat-syarat pertandingan yang telah ditetapkan.

4. Semua keputusan hakim pertandingan adalah MUKTAMAD.

JUMLAH HADIAH

Kategori dewasa
Johan rm1500
Naib johan rm1000
Ketiga rm700
Lima saguhati xrm200

Kategori sek menengah:


Johan rm700
Naib johan rm500
Ketiga rm300
Lima saguhati x 70

Kategori sek rendah


Johan rm500
Naib Johan rm300
Ketiga rm200
Lima saguhati x Rm50

Anda mungkin juga menyukai