Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

buat insan-insan yang kami kasihi, yang telah pergi meninggalkan kami. Ya Allah ampunkan dosa mereka
ya Allah, Rahmati mereka, lapangkan kuburnya Ya Allah. Terangilah kubur mereka, Ya Allah permudah
segala persoalan ke atas mereka, Ya Allah Kau jadikan kuburnya taman-taman syurga, Jangan jadikan
kubur mereka lubang daripada lubang-lubang api neraka…

Aku rindu Abah, aku rindu ibu, aku rindu mereka yang telah pergi mendahuluiku. Aku sangat sayang
kepada mereka Ya Allah… Bebaskan mereka daripada nerakaMu Ya Allah. Letakkan mereka disebaik-baik
tempat di SyurgaMu ya Allah.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

ampunkan seorang wanita yang pernah kami tumpangi rahimnya


9 bulan 10 hari lamanya wanita itu telah melahirkan kami hingga koyak isinya ya Allah luka kulitnya ya
Allah tumpah darahnya ya Allah bercucuran air matanya menahan sakit dan derita.Itulah ibu kami ya Allah
demi Al Quran yang kami baca tadi keberkatannya ampunkan ibu itu yaAllah. Ampunkan ibu yang tidak
pernah kenyang makan minumnya kerana mengenyangkan kamiampunkan ibu yang tidak pernah lena
tidurnya kerana menyenyakkan tiduran kami Ampunkanibu yang tidak berkisah langsung dengan sihat
sakitnya kerana menjaga kebajikan kamiAmpunkan ibu mulia sungguh dirinya sudi membasuh mencuci
kotoran dan najis kami Ya Allah.Tidak pernah pula dia mengungkit dan bersungut Ya Allah. Ampunkan ibu
yang tanganlembutnya selalu mengusap rambut dan juga wajah kami. Hari ini wajahnya nampak urat urat
tua memamah dirinya Ya Allah.

Ya Allah ampunkan pula seorang lelaki yang dibin bintikan nama kami dengan namanya. Itulahayah kami
ya Allah, manusia yang mengajar kami “AsyhaduallailahaillahAsyhaduannamuhammadarrasulullah”.
Dengannya kami kenal ketegasan di dunia ini kami kenalperaturan dan manhaj hidup ini ya Allah Kami
kenal engkau tuhan kami Kami kenal nabimuutusanmu ya Allah. Kami kenal bahawa akidah yang
sebenarnya mesti dipegang sehingga akhirhayat kami Ya Allah ampunkan ayah yang kami tidak selalu
memahami dirinya Ampunkan ayahyang air matanya hanya untukmu Resah gelisahnya diceritakan hanya
padaMu. Rahsianya hanyaengkau yang tahu. Ampunkan ayah yang bertanya khabar melalui lisannya ibu.
Yangmenghulurkan wang saku melalui lembutnya tangan ibu. Yang selalu memandang kami ketawakecil
tersenyum lebar dari jauh Tetapi apabila didekati wajahnya tegas mendidik kami Hinggahari ini apabila
kami jadi ayah ibu kami baru mengenali itu ayah sebenarnya. Ya Allah andai katamereka berdua masih ada
engkau sihatkan mereka panjangkan umur mereka dalam kebajikandan kewarasan ya Allah Tambahkan
padanya ketabahan dan keimanan ketakwaan Ya ArhamarRahimin. Andai kata engkau mahu ambil dia
mereka berdua dari kami jangan engkau sakitimereka ya Allah jangan sakarat itu membebankan mereka ya
Allah seperti mereka selalumendodoi kami ya Allah lembutkanlah urusan itu ya Allah Andai mereka telah
pergi bertemudenganMu lapangkan kuburan mereka indahkan mereka dari kegelapan liang lahad ke
dalamsyurgamu yang luasnya tidak terperi kurniakan mereka nikmat yang abadi

Bulan Ramadan yang di nantikan


telah tiba,
Rinduku pun hanya sebatas rasa,
bukan dengan pertemuan Kembali,
ragamu yang menjauh tak tersentuh,
waktu yang lama setelah pemergianmu,
tak membuatkan ku melupakan semua kenangan bersamamu,
di bulan suci ini…
saat ini hanya gumpalan tanah yang selalu ku raba
untuk mengubati sejenank rinduku yang pilu membatin.
ingin aku memelukmu
merasakan Kembali ketenangan dalam dakapanmu.
tapi aku sedar itu hanya anganku semata
Angan yang membawa hatiku pada kehampaan hidup tanpamu.
Aku Rindu.

‫الَّلُهَّم َأِهَّلُه َع َلْيَنا ِباْلُيْم ِن َو اِإل ْيَم اِن َو الَّس َالَم ِة َو اِإل ْس َالِم َر ِّبى َو َر ُّبَك ُهَّللا‬

Ya Allah mohon hadirkan awal Ramadan kepada kami dengan penuh ketenangan, keimanan dan
keamanan. Dan berilah keselamatan dalam Islam dan berilah petunjuk untuk melakukan sesuatu yang
Engkau redhai, sesuatu yang Engkau sukai Ya Allah… Ameen

Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan


serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku
dan tuhanmu adalah Allah.

‫ كسالمتن دان كسجهتراءن‬،‫ ناءوغيله كامي دغن كأمانن دان كأيمانن سرتا كبركتن‬،‫يا هللا‬.
‫توهنكو دان توهنمو اداله هللا‬

Anda mungkin juga menyukai