Anda di halaman 1dari 6

MAKLUMAT PERTANDINGAN

1. TAJUK :

PERTANDINGAN SENI KHAT TULISAN JAWI PERINGKAT KEBANGSAAN


SEMPENA MAAL HIJRAH 1442H/ 2020M

2. TEMA DAN SUB-TEMA

TEMA : “UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI”


SUB-TEMA : “Pohon Jejawi Di Hujung Desa
Dedaun Nangka Jatuh Ke Laman
Tulisan Jawi Warisan Bangsa
Menjadi Pusaka Zaman Berzaman”

3. TARIKH:

Tarikh Tutup Penyertaan 28 OGOS 2020 (tertakluk kepada pindaan)

4. HADIAH:

Hadiah Keseluruhan Berjumlah RM13,000 Menanti Pemenang

i. JOHAN :RM 5000.00


ii. NAIB JOHAN :RM 4000.00
iii. KETIGA :RM 3000.00
iv. SAGUHATI :RM500.00
v. Anugerah Khas :RM500.00

5. LAIN-LAIN:

(a) Hubungi Kami Untuk Info Lanjut:

03 8870 7000 samb. 7665/7450/7441

(b) Layari Laman Web, Facebook, Instagram, Twitter JAKIM Dan YADIM untuk
maklumat lanjut.

6. ANJURAN

Anjuran: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dengan Kerjasama Yayasan


Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)
7. SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia (muslim dan non-muslim) dan


jika berumur bawah daripada 18 tahun peserta mestilah mendapat kebenaran
daripada ibu bapa/penjaga dan pihak sekolah.
2) Urusetia dan warga kerja JAKIM tidak layak menyertai pertandingan ini.
3) Setiap penyertaan mestilah karya asli yang ditulis tangan dan tidak
menggunakan mana-mana kesan khas digital atau apa-apa yang berkaitan.
4) Setiap karya yang dihantar mestilah yang ditulis sendiri oleh peserta bukan
diupah atau disalin daripada mana-mana karya orang lain.
5) Segala perbelanjaan penghasilan karya, pengurusan berkaitan karya dan
penghantaran melaui pos adalah ditanggung sendiri oleh peserta. Sekiranya
berlaku kerosakan pada karya yang dihantar pihak urusetia tidak akan
bertanggungjawab.
6) Setiap karya yang dihantar adalah menjadi hak milik Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM)
7) Mana-mana keputusan pertandingan yang akan diumumkan adalah muktamad.
Sebarang bantahan kepada keputusan hakim tidak akan dilayan.
8) Mana-mana kos berkaitan pengambilan hadiah oleh pemenang-pemenang tidak
akan ditanggung oleh urusetia.
9) Karya yang dihantar mestilah dalam keadaan baik dan tidak dilipat, digulung atau
rosak.
10) Penyertaan adalah dalam bentuk individu dan setiap individu hanya
dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
11) Semua penyertaan mestilah disertakan dengan borang penyertaan yang lengkap
dan ditandatangani oleh peserta. Pihak penganjur berhak menolak penyertaan
yang tidak lengkap atau tidak menepati syarat-syarat pertandingan.
12) Semua karya mestilah asli dan bukan plagiat daripada mana-mana individu atau
institusi. Urusetia Pertandingan berhak menolak mana-mana karya yang didapati
diplagiat dari mana-mana sumber yang diketahui.
13) Setiap karya yang terpilih akan dinilai oleh panel penilai yang dilantik oleh
JAKIM. Hanya tiga (3) karya yang terbaik sahaja akan diumumkan pada satu
masa yang ditentukan. Keputusan adalah muktamad.
14) Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan, tersilap
hantar atau penyertaan yang hilang. Bukti penyertaan atau pengeposan
bukanlah sebagai bukti penyertaan.
15) Mana-mana karya yang didapati tidak menepati syarat-syarat penyertaan dan
syarat pertandingan maka pihak jawatankuasa pertandingan berhak menolak
penyertaan dan karya tersebut.
16) Semua karya akan menjadi hak milik JAKIM dan hak cipta penerbitan
diserahkan kepada pihak JAKIM sepenuhnya. JAKIM berhak meminda, menerbit
atau menyebar karya tanpa perlu meminta keizinan daripada pemilik karya.
17) Jawatankuasa berhak meminda atau mengubah syarat penyertaan tanpa
sebarang notis.
18) Pemenang akan dipanggil terlebih dahulu untuk melakukan demonstrasi
sebelum mengambil hadiah bagi tujuan mengenalpasti keaslian pemilik karya
khat tersebut.
19) Penyertaan adalah percuma. Setiap penyertaan mestilah menggunakan
borang penyertaan rasmi yang boleh didapati seperti di LAMPIRAN A.
20) Peserta perlu menyertakan karya dan video dalam bentuk soft copy (vcd)
semasa proses menyiapkan karya yang berdurasi 10 minit (disunting).
21) Tarikh tutup pertandingan adalah pada 28 Ogos 2020 (tertakluk kepada
pindaan).
22) Hasil karya, video dan borang penyertaan hendaklah dihantar kepada :

JAWATANKUASA PERTANDINGAN SENI KHAT TULISAN JAWI


PERINGKAT KEBANGSAAN SEMPENA MAAL HIJRAH 1442/2020M,
BAHAGIAN PENERBITAN, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA,
ARAS 6, BLOK B, KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA, NO. 23, JALAN TUNKU
ABDUL RAHMAN, PRESINT 3, 62100 PUTRAJAYA.
8. PANDUAN PENULISAN SENI KHAT TULISAN JAWI

a) Jenis-jenis khat yang dipertandingkan:

(i) Khat wajib - Khat Thuluth

“UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI”


(saiz mata qalam tidak kurang dari 5mm)

(ii) Khat pilihan Bagi Ayat-Ayat Pantun


(pilih satu jenis khat sahaja)

- Khat Nasakh
- Khat Riq’ah

“Pohon Jejawi Di Hujung Desa


Dedaun Nangka Jatuh Ke Laman
Tulisan Jawi Warisan Bangsa
Menjadi Pusaka Zaman Berzaman”
(saiz mata qalam antara 1 mm -3 mm)

b) Tema Utama :
“UMMAH RABBANI NEGARA HARMONI”
c) Sub-tema :
“Pohon Jejawi Di Hujung Desa
Dedaun Nangka Jatuh Ke Laman
Tulisan Jawi Warisan Bangsa
Menjadi Pusaka Zaman Berzaman”

d) Setiap karya yang dihasilkan mestilah menggunakan dakwat kalis air yang
berwarna hitam atau dark brown.
e) Karya yang dihantar mestilah menggunakan kertas bersaiz A3 jenis Art
Paper atau menggunakan kertas tradisional (Waraq Muqahar).
f) Mata Qalam/Handam bersaiz tidak kurang dari 5mm bagi penulisan tema
Ma’al Hijrah. Manakala bagi ayat-ayat pantun pula mestilah saiz Qalam 1mm
hingga 3mm dan memilih salah satu dari 2 jenis khat iaitu Khat Nasakh @
Khat Riqa’ah. Tema Utama dan Sub Tema Wajib ditulis kedua-duanya.
Penggunaan ruang kertas termasuk hiasan mestilah tidak kurang daripada
80% saiz kertas dan tidak melebihi 85% (tulisan sahaja tidak kurang daripada
75%).
g) Penggunaan warna untuk tujuan hiasan tidak melebihi tiga warna.
h) Hiasan mestilah tidak menyalahi syarak dari segi susunan, kaedah, motif dan
gambaran kepada sesuatu maksud yang menyanggahi syariah.
i) Tiada penggunaan lambang atau logo sensitif yang menyentuh isu agama,
politik, perkauman sosial dan sebagainya.
j) Tema utama dan sub-tema mestilah ditulis mengikut standard tulisan jawi
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).
LAMPIRAN A
PERTANDINGAN SENI KHAT TULISAN JAWI PERINGKAT KEBANGSAAN
SEMPENA MAAL HIJRAH 1442H/2020M

BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN


SENI KHAT PERINGKAT KEBANGSAAN
SEMPENA MAAL HIJRAH 1442H TAHUN
2020

Nama Penuh

Nombor Kad
Pengenalan

Alamat Surat Menyurat

Nombor Telefon Rumah :


Tel. Bimbit :
Alamat Emel
Tandatangan

PENGHANTARAN DENGAN POS


Sila penuhkan maklumat seperti yang dikehendaki di dalam borang
penyertaan.Cetak borang penyertaan yang telah lengkap serta lampirkan bersama
karya khat anda dan hantar kepada:

Jawatankuasa Pertandingan Seni Khat


Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan
Sempena Maal Hijrah 1442H/2020,
Bahagian Penerbitan,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia,
Aras 6, Blok B, Kompleks Islam
Putrajaya, No.23. Jalan Tunku Abdul
Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya.

Anda mungkin juga menyukai