Anda di halaman 1dari 20

Projek Akhir

Nama : Muhammad Kamal Bin Abdul Hamid


No. Matrik : A170712
Pensyarah : Prof. Dato' Ir Dr. Riza Atiq Abdullah Bin O.K. Rahmat
CIRI-CIRI GURU YANG DIIMPIKAN

“ ُ ْ ََ َ ّْ َ ُ ْ َ ْ َ
ْ‫ُ ََ ّب‬ ”
‫ِي‬ ْ‫لو ال المر ِ يب م ا َر‬
𝐽𝑖𝑘𝑎 𝑏𝑢𝑘𝑎𝑛 𝑘𝑒𝑟𝑎𝑛𝑎 𝑔𝑢𝑟𝑢𝑘𝑢, 𝑡𝑖𝑑𝑎𝑘𝑙𝑎ℎ 𝑎𝑘𝑢
𝑚𝑒𝑛𝑔𝑒𝑛𝑎𝑙 𝑅𝑎𝑏𝑏-𝑘𝑢

GURU
➢ Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi seorang
guru ialah seorang individu yang mengajar dan mendidik
sesuatu ilmu pengetahuan.

➢ Secara umumnya, seorang guru bukan sahaja mengajar ilmu


berkaitan pendidikan formal, bahkan seseorang itu layak
menjadi guru walaupun mengajar ilmu pendidikan tidak formal.

➢ Oleh itu, ciri-ciri guru yang diimpikan akan menjadi agen


pendidikan yang berkesan.
Antara ciri-ciri guru yang diimpikan:

01 Mentaati perintah
agama
03 Memahami matlamat
atau tujuan pendidikan

02 Mempunyai ilmu
pengetahuan yang
04 Mempunyai sifat
seorang muzakki
luas
Sambungan:

05 Berakhlak mulia
dalam setiap
06 Kreatif dalam setiap
pengajaran
perlakuan

07 Mahir teknologi
terkini
01
Mentaati Perintah Agama
➢ Guru yang menjadikan wahyu dan hadis sebagai asas dalam kehidupan menjadi
pilihan terbaik.

➢ Ini kerana beliau akan menitikberatkan hubungan dengan Pencipta melalui


kepatuhan terhadap perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya seiring
dengan kandungan pembelajaran.

➢ Maka, hubungan sesama manusia terutamanya anak didik akan menjadi baik
seiring dengan hubungan dengan Pencipta.
Sabda Rasulullah S.A.W:
ِّ َ َ َّ ُ َ ‫َ َ ه‬ َ ْ ُ ْ َّ َ َ َ ْ ُّ َ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ُ ْ ُ ْ َ
‫ وسنة ن ِبي ِه‬،‫اَّلل‬
ِ ‫ ِكتاب‬:‫ لن ت ِضلوا ما تمسكتم ِب ِهما‬،‫تركت ِفيكم أمري ِن‬
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan
sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan
sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” [Riwayat Malik (1594)]

➢ Hadis diatas jelas menunjukkan ciri yang wajib ada dalam diri setiap
hamba terutamanya bagi seorang guru yang bertanggungjawab
menyampaikan ilmu yang benar.

➢ Guru yang merupakan seorang khalifah di dalam kelas


hendaklah menjalankan tugas dengan amanah serta adil
mengikut syari’atNya.
02
Mempunyai Ilmu
Pengetahuan yang Luas
➢ Guru hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan yang tidak terhad kepada sesuatu
pembelajaran secara khusus sahaja.

➢ Ini kerana ilmu-ilmu lain yang berkaitan kehidupan juga penting untuk
diterapkan supaya merangkumi aspek rohani, jasmani, emosi, intelektual dan
sosial pelajar yang seimbang.
➢ Seperti firman Allah dalam Al-Quran:

‫ت‬ َ َ َ َْ ْ ۟ ُ ُ َ ‫ََْ هُ ه َ َ َُ ۟ ُ ْ َ ه‬
‫يرف ِع ٱَّلل ٱل ِذين ءامنوا ِمنكم وٱل ِذين أوتوا ٱل ِعلم درجٰت‬
Maksudnya: “Supaya Allah ta’ala meninggikan darjat orang-orang
yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu
pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat.”
(Surah Al-Mujaadalah: Ayat 11)

➢ Guru yang mempuyai ilmu pengetahuan yang luas akan dinaikkan darjat
disisi Allah dan dihormati serta dapat membantu anak didik
mengembangkan pelbagai pengetahuan lain.

➢ Melalui ciri ini, para pelajar akan sentiasa menyanjungi dan menghormati
para pendidik yang akan memberikan kesan positif dalam pembelajaran.
03
Memahami Matlamat/
Tujuan Pendidikan
➢ Ciri ini sangat penting bagi membolehkan seseorang guru melaksanakan
tanggungjawab dengan bersistematik serta tidak terpesong dari tujuan asal iaitu
mendidik.

➢ Bukan itu sahaja, guru yang cemerlang akan sentiasa memahami tanggungjawab
untuk menggalakkan pembangunan bakat anak didik merangkumi setiap aspek
kehidupan.
➢ Sabda Rasulullah S.A.W:
َ ُ ُّ ُ ُ ُّ ُ
‫كلك ْم َر ٍاع َوكلك ْم َم ْسؤول ع ْن َر ِع ََّّي ِت ِه‬
Mafhumnya: “Setiap kamu adalah penjaga/pemimpin dan setiap
kamu akan ditanya berkaitan dengan tanggungjawab yang dipikul.”
(HR. Muslim)

➢ Seorang guru seperti ini akan meletakkan masalah pendidikan


sebagai satu tanggungjawab yang mustahak dan bijak merancang
strategi untuk mengatasinya.

➢ Seorang guru yang terbaik akan terlebih dahulu


memahami tujuan pendidikan yang sebenar iaitu
membentuk anak muridnya menjadi seorang yang
berguna kepada agama dan masyarakat.
04
Mempunyai Sifat Seorang
Muzakki
➢ Seorang guru yang dihiasi dengan ketenangan hati berupaya dalam membersih
hati anak didik yang akan membawa suasana harmoni antara para pelajar dan
guru-guru.

➢ Suasana yang harmoni dalam pembelajaran akan membantu anak didik lebih
fokus dan bersemangat dalam kelas.
➢ Berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran:
ِّ ِّ َ ٰ ََ ُْ ْ ‫ا‬ ُْ ِ َ ََ ْ ‫ُ َ ه‬
‫ي َر ُس ْوًل ِّمن ُه ْم َيتل ْوا عل َّْي ِه ْم ا تي ِت ٖه َو ُيزك َّْي ِه ْم َو ُي َعل ُم ُه ُم‬ َِ ّ ‫اْل ِّم‬
ٖ ‫هو ال ِذي بعث ِف‬
‫ي‬ ِ ْ ِ‫ف َض ٰلل بم‬ ْ ِ ِ ‫ْال ِك تت َب َو ْال ِح ْك َم َة َوا ْن َك ُان ْوا ِم ْن َق ْب ُل َل‬
ٍ ِ ‫ي‬ ِ
Maksudnya: “Dia lah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan
mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menyucikan (membersih
jiwa) mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Sunnah),
meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata.”
(Surah Al-Jumu’ah: 2)

➢ Sebagai seorang guru, ciri ini amat diperlukan agar kembali meneladani
cara Rasulullah S.A.W. dalam konteks mendepani isu murid pada masa kini
dengan mengutamakan aspek penyucian jiwa dari setiap aspek berbanding
pembangunan intelektual murid semata-mata.
05
Berakhlak Mulia Dalam
Setiap Perlakuan
➢ Seorang guru yang berakhlak terpuji amat disegani para pelajar untuk mendekati
bahkan menarik minat mereka untuk belajar dengan guru tersebut.

➢ Pada masa yang sama, akhlak yang baik akan dicontohi dan mudah untuk
memberi didikan serta membina suasana Islamiah yang baik dalam diri setiap
individu.
➢ Berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W:
ً ُ ُ ْ ُ ُ َ ْ َ ً َ َِ ْ ُ ُ َ ْ َ
‫أ كمل المؤ ِم ِني ِإيمانا أحسنهم خلقا‬
“Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik
akhlaknya.” [HR. Tirmidzi (1162)]

➢ Hadis di atas menunjukkan akhlak mulia adalah merupakan suatu bentuk


kesempurnaan iman seseorang. Jadi, ciri berakhlak mulia hendaklah wujud dalam diri
setiap insan terutamanya bagi seorang guru yang sabar, suka membantu, baik hati,
berbudi bahasa dan banyak lagi.

➢ Peribadi seorang guru semestinya akan menjadi contoh kepada para pelajar
dalam mendepani cabaran kehidupan.
06
Kreatif Dalam Setiap
Pengajaran
➢ Mengamalkan prinsip kepelbagaian dalam pengajaran dapat mewujudkan
keseronokan ketika belajar dan meningkatkan kefahaman.

➢ Dalam erti kata lain, seseorang guru itu memahami setiap pelajarnya dan
melaksanakan pembelajaran mengikut kesesuaian anak muridnya.
➢ Berdasarkan firman Allah dalam Al-Quran:
َْ
َ ‫اْل ْل‬ ُ َ ‫الن َهار ََل‬
َّ َ ْ ‫ه‬ َ ْ َ ْ َْ َ َ ‫الس َم‬
َّ ْ َ ِ َّ
‫اب‬
ِ ‫ب‬ ‫ول‬ ‫ْل‬
‫ِ ِي‬ ‫ات‬ ‫ي‬ ِ ‫و‬ ‫ل‬
ِ ‫ي‬ ‫الل‬ ‫ف‬ ‫َل‬
ِ ِ ‫ت‬ ‫اخ‬‫و‬ ‫ض‬
ِ ‫ر‬ ‫اْل‬‫و‬ ‫ات‬
ِ ‫او‬ ‫ق‬
ِ ‫ِإن ِ يف خ‬
‫ل‬
Maksudnya: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan
pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah)
bagi orang yang beraka." (Surah Ali Imran: Ayat 190)

➢ Ayat diatas menjadi motivasi kepada hambaNya untuk lebih berfikir dan sentiasa
kreatif dalam kehidupan. Ciri ini hendaklah diamalkan oleh guru dengan menerapkan
kepelbagaian kaedah dan kreativiti ketika mengajar.

➢ Sebagai contoh, menggunakan grafik peta minda, ilustrasi dan video yang
menarik supaya dapat membangunkan modal insan yang kompeten, inovatif,
berkebolehan bagi memenuhi keperluan negara pada masa hadapan.
07
Mahir Teknologi Terkini
➢ Zaman moden amat memerlukan seorang guru yang dilengkapi dengan
kemahiran dalam teknologi terkini.

➢ Ciri ini dapat menjadikan suasana pengajaran yang lebih proaktif dan
menyeronokan apabila menggunakan pelbagai alat bantu mengajar.

➢ Bukan itu sahaja, ilmu sains dan teknologi merupakan sebahagian daripada ilmu
yang terdapat dalam wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT melalui Al-Quran.
➢ Seperti firman Allah dalam Al-Quran:
َ‫َص ٌح بم َم َّر ٌد ِّمن َق َوارير‬
ْ َ ‫ال إ َّن ُه‬ َ ‫الَّص َح َف َل َّما َ َرأ ْت ُه َحس َب ْت ُه ُل َّج اة َو َك َش َف ْت َعن َس َاق َّْي َها َق‬
ْ َّ ‫يل َل َها ْاد ُخل‬
َ ‫ق‬
ِ ِ ‫ََْ َْ ُ َ َ ُ ََْ َ ه‬ ِ
ْ َ ُ ْ َ َ ِِّ ِّ َ ْ َ َ ‫ي‬ ِ ِ
َ‫ي‬ِ ‫َّلل َر ِّب ْال َع َال ِم‬
ِ ِ ‫س وأسلمت مع سليمان‬ ‫قالت رب ِإ ين ظلمت نف ِ ي‬
Maksudnya: Dikatakan kepadanya (Balqis), “Masuklah ke dalam istana.” Maka ketika
dia (Balqis) melihat (lantai istana) itu, dikiranya kolam air yang besar, dan
disingkapkannya kedua betisnya. Dia (Sulaiman) berkata, “Sesungguhnya ini hanyalah
lantai istana yang dibuat dari kaca.” Berkatalah Balqis: “Ya Tuhanku, sungguh, aku
telah berbuat zalim terhadap diriku. Aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah,
Tuhan seluruh alam.” (Surah An-Naml : Ayat 44)

➢ Ayat diatas menceritakan kisah Ratu Balqis bersama Nabi Sulaiman puluhan abad sebelum wujud
pelbagai teknologi dan Al-Quran sudah menceritakan tentang adanya satu teknologi yang
diibaratkan seperti televisyen.

➢ Sebagai seorang guru yang unggul, ciri berkemahiran dalam teknologi terkini dapat membantu dalam
urusan pengajaran di samping memupuk semangat dalam pembelajaran para pelajar.
➢ Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja menyebabkan pembelajaran dan
pengajaran (PdP) secara bersemuka tertangguh, bahkan menjadikan tugasan guru semakin
mencabar apabila perlu menyesuaikan diri dengan norma baharu.

➢ Norma baharu telah menjadikan proses PdP dilaksanakan secara dalam talian dengan
menggunakan pelbagai aplikasi tersedia contohnya melalui MS Teams, Google Meet, Zoom dan
Cisco Webex.

➢ Oleh itu, kebolehan para guru dalam menggunakan teknologi memainkan peranan dalam
mendepani cabaran semasa di samping memastikan tahap kefahaman pelajar berada pada tahap
yang maksimum.
PENUTUP
Seorang guru yang unggul bukan hanya terletak pada silibus sesuatu
matapelajaran semata-mata akan tetapi merangkumi setiap juzuk
dalam kehidupan.

Seorang guru hendaklah dilengkapi


dengan pelbagai ciri yang unggul untuk
melahirkan manusia yang berguna kepada
agama, bangsa dan negara.

Secara tamsilnya, guru yang unggul akan menjadi agen kepada


perubahan anak didik untuk menjadi manusia yang terbaik persis
seperti bulan purnama yang menerangi kegelapan.

➢ Sabda Rasulullah S.A.W:


َْ ُ َ َ ْ َّ َ ْ ََ َْ ْ َ َ ْ ََ ْ ْ َ
...‫ ِإن ال ُعل َم َاء َو َرثة اْلن ِب َي ِاء‬,‫ َوفض ُل ال َع ِال ِم عل ال َع ِاب ِد كفض ِل الق َم ِر عل َس ِائ ِر الك َو ِاك ِب‬...
Mafhumnya: “…Keutamaan orang yang berilmu dibanding dengan ahli ibadah, seperti
keutamaan bulan purnama atas seluruh bintang-bintang. Sesungguhnya para ulama adalah
pewaris para nabi…” [HR.Abu Dawud (3641), At-Tirmidzi(2682)].

Anda mungkin juga menyukai